Majlis Perkahwinan Dikritik Kerana Gelek Gerudi




Semalam viral di media sosial apabila sebuah video memaparkan tiga orang artis dikir barat wanita bergelek dalam sebuah majlis perkahwinan di Kelantan.

Majlis perkahwinan tersebut dipercayai berlangsung di Kampung Padang Tembusu, Tumpat, Kelantan.

Sebaik sahaja video tersebut viral, netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana artis dikir barat tersebut dikatakan tidak menghormati majlis perkahwinan yang diadakan.

Dalam video berkenaan tiga wanita berpakaian ketat  dilihat beraksi bersama beberapa artis dikir barat sebelum bergelek mengikut irama dangdut ketika melakukan persembahan.

Rata-rata yang menyaksikan video berdurasi 12 minit 50 saat, melahirkan rasa marah dan ada juga diantara mereka yang memberikan komen lucah kepada penari tersebut.

@Firdaus Daus: "Jangan salahkan negeri kalau sikap segelintir yang macam tu kerana dia harus salahkan diri dia sendiri yang kurang didikan agama."

@JefryAdm: "Jangan disebabkan dia berbicara dalam bahasa kelantan, maka kita nak salahkan negeri Kelantan itu kerana tidak semua orang seperti mereka."

@DaudNash: "Kita ini dah seperti negeri serambi Mekah, lepas itu banyakan dosa lagi buat apa. Biarlah kerajaan Kelantan sahaja yang selesaikan masalah itu sendiri. Buat orang negeri lain tak perlu nak tokok tambah."

@GojengGg: "Tak malu ke melakukan persembahan seperti itu, sepatutnya majlis perkahwinan ini disambut secara sederhana."

@Sheda12E: "Saya lihat majlis ini dah seperti pesta sex kerana pakaian yang dipakai oleh penari itu sangat melampau dan memang patut ia menerima kecaman daripada orang ramai."

@AlynnRosli: "Saya sebagai peminat dikir memag dah tak minat dengan dikir moden. Lagu-lagu budu "pure" dikir kelantan saja yang boleh sangkut. Malu dengan gelek-gelek macam itu. Maaf la saya tidak baik mana pun cuma sekadar ingin menegur."

No comments

Powered by Blogger.