RM1.7 Juta Setiap 'Posting' Ronaldo



Gambar Ronaldo bersama anak kembarnya mendapat hampir lima juta likes.

KUASA media sosial telah didedahkan menerusi satu laporan yang mendakwa setiap 'posting' bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo di Instagram membolehkannya memperoleh sekitar 310,000 pound sterling (RM1.7 juta).

Satu kajian yang dilakukan penjadual Instagram, Hopper meletakkan pengaruh Ronaldo di tangga ketiga dalam senarai 10 sumber pendapatan tertinggi, ketinggalan di belakang Selena Gomez dan Kim Kardashian.

Ronaldo yang mempunyai 106 juta pengikut di Instagram sering memuatnaik gambar mengenai aktiviti hariannya setiap hari.

Dan menurut Hopper, setiap kali Ronaldo memuatnaik posting terbaharu, dia akan memperoleh pendapatan daripadanya.

Ronaldo merupakan salah seorang daripada dua ahli sukan dalam senarai 10 teratas.

Selain itu, pemain bola keranjang sensasi LeBron James menduduki tangga ke-10 dengan setiap postingnya membolehkan dia memperoleh kira-kira 93,000 pound sterling (RM516, 622).

LeBron dan Ronaldo merupakan dua atlet lelaki yang tersenarai dengan keluarga Kardashians mendominasi kelompok teratas itu.

Selain Kim, Kourtney dan Khloe Kardashian, Kendall dan Kyle Jenner turut menguasai tangga tujuh teratas.

Kelompok 10 teratas itu turut dikuasai pelakon dan model, Cara Delevinge dan Gigi Hadid.

No comments

Powered by Blogger.