MAHATHIR GANTI NAJIB?
Seringkali rakyat yang dikuasai emosi dalam mengamati politik menyebabkan mereka lebih cenderung memilih jalan singkat sebagai penyelesaian.
Sikap simplistik tersebut kerana beberapa faktor:
• Melihat politik berorientasikan isu. Bukan kepada dasar ideologi yang menjadi latar penentu kepada sesebuah parti politik.
• Terikut-ikut dengan kempen politikus yang hanya beragenda menukar tampuk kepimpinan negara dan parti. Bukan menukar dasar pemerintahan yang menjadi faktor utama kerosakan negara.
Berapa banyak sejarah yang kita saksikan, dengan hanya menukar pucuk pimpinan tidak mendatangkan perubahan ideal yang diidamkan. Selagi dasar tidak berubah, maka produksi kitaran pemimpin yang korup tetap berulang.
Yang terbaharu, mereka mendakwa perlu jatuhkan Najib. Tidak perlu dibimbangkan Tun Mahathir, kerana beliau hanyalah diktator yang sudah pencen. Sedangkan kempen tersebut membuka jalan kepada diktator pencen tersebut untuk kembali berkuasa.
Sekular tetap sekular.
Abdul Mu'izz Muhammad
27 Julai 2017
No comments
Post a Comment