CUKUP-CUKUPLAH BERBOHONG
CUKUP-CUKUPLAH BERBOHONG
"Itu bukan saya, aduan datang dari (Yang di-Pertuan) Agong.”
Demikianlah kenyataan bekas PM Tun Dr Mahathir apabila ditanya berkenaan peristiwa hitam pemecatan Ketua Hakim Negara dan beberapa Hakim Mahkamah Agung ketika beliau PM pada tahun 1988 dahulu.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara badan eksekutif terlibat dalam pemecatan ahli-ahli dari badan kehakiman kecuali semasa Dr M menjadi PM.
Peristiwa berlaku 29 tahun dahulu iaitu pada tahun 1988, Yang Dipertuan Agong yang dimaksudkan Dr M kini telah pun mangkat, lalu tiada untuk mengesah atau menafikan tuduhan beliau itu.
Tetapi sejarah tidak boleh dipadamkan walaupun Dr M kelihatan cuba berbuat demikian entah bagi apa agenda atau tujuan. Malah kawan-kawan baru Dr M hari ini khasnya Lim Kit Siang semasa itu antara yang banyak menyerang tindakan kezaliman Dr M terhadap badan kehakiman.
Walau Yang Dipertuan Agong yang dimaksdukan Dr M itu telah mangkat tetapi ramai yang lain masih hidup malah mangsa utama kezaliman dan penganiyaan ini masih hidup ke hari ini iaitu Tun Salleh Abbas sendiri. Dan banyak rekod, makalah, dokumen dan buku yang telah ditulis berkenaannya, mustahil Dr M sahaja yang benar, mereka yang lain ini berbohong dan menipu.
Tun Salleh dalam bukunya “Mayday for justice (1989)” yang ditulis berkenaan peristiwa hitam ini menyebut:
"Justice like truth may be distorted and demeaned for a time but ultimately it cannot be destroyed"
(Keadilan sebagaimana kebenaran boleh diputar-belit dan dipermain-mainkan untuk sesuatu masa tetapi akhirnya ia sekali-kali tidak boleh dimusnahkan.)
Inilah yang Dr M cuba lakukan hari ini demi memanjangkan agenda politik peribadinya.
Segala yang busuk, hodoh dan buruk dimasa lampau hari ini mahu dipaparkan sebagai harum, indah dan segar semata-mata kerana beliau mahu berkuasa kembali.
Kalau kita kembali membongkar sejarah, seawal 1986 ketika Tun Musa Hitam melepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam ada mengisahkan sikap dan pendirian Dr M berkenaan badan kehakiman. Kata Musa Hitam tiap kali kerajaan tewas di mahkamah dalam satu-satu kes atau tuntutan, Dr M akan menyalahkan mahkamah yang kononnya memihak dan condong pada pembangkang dan anti kerajaan.
Kes Tun Salleh Abbas adalah kemuncak pertembungan antara Dr M dan badan kehakiman yang ketika itu antara yang terbebas di rantau ini dengan para hakim yang berwibawa dan berdedikasi.
Dr M telah mengambil kesempatan, mencuri konflik lama antara Yang Dipertuan Agong ketika itu dan Tun Salleh Abas, konflik semasa masing-masing masih muda, dibakarnya kembali sehingga akhirnya dipergunakan untuk memenuhi agendanya “mengajar” badan kehakiman agar jangan “degil” dan tunduk serta patuh pada telunjuknya sebagai PM ketika itu.
Semua yang menjadi saksi kezaliman tahun 1988 itu tahu akan perkaara ini tetapi cuba diputarbelit dan dipadamkan Dr M hari ini.
Jika Almarhum Yang Dipertuan Agong yang disalahkan Dr M, soalnya sejak bila pula Malaysia menjadi sebuah negara monarki mutlak? Sejak bila pula semasa beliau PM beliau mahu tunduk buta-buta pada istana? Mengikut rekod beliaulah satu-satunya PM yang berkrisis dan berkonfrantasai dengan istana sehingga akhinrya berjaya membendung kuasa Raja-raja Melayu!
Tun Salleh Abas sesungguhnya telah dipecat oleh PM Malaysia dan Dr M lah orangnya ketika itu yang sewajar dan sewajibnya bertanggungjawab.
Ketika itu, 29 tahun lalu Tun Salleh yang sungguh berdedikasi itu, Hakim tertinggi dalam negara telah diaib dan dihina oleh Dr M (sebagaimana beliau kemudiannya mengaib dan menghina Timbalan PM nya) semata-mata kerana Tun Salleh bangkit mempertahankan yang hak.
Tun Salleh menulis di dalam bukunya itu:
"As a human being I have only been tried and tested not destroyed. It will take more than any action of an immoral or authoritarian Government of the moment to destroy a man who will tell the truth and stand witness to God."
(Sebagai seorang manusia saya mungkin telah diuji dan dicuba, tetapi tidak sekali-kali dimusnahkan. Ia memerlukan sesuatu yang besar melebihi tindakan sebuah kerajaan yang tidak bermoral dan rakus untuk memusnahkan seorang insan yang akan terus menyatakan kebenaran dan berdiri tegak sebagai saksi di hadapan Tuhannya.)
Cukup-cukuplah berbohong.
Kata Tun Dr Mahathir lagi:
"Bukan saya. Malangnya kerana peguam negara masa itu tidak mahu menyebut (Yang di-Pertuan) Agong. Dia kata bahawa saya yang membuat aduan tetapi saya tidak mengadu,"
Dunia tahu siapa yang punya prejudis dan memusuhi Ketua Hakimnya sendiri, sehingga akhirnya memecatnya dengan penuh zalim.
Jangan kerana nak mengejar kuasa semua dosa dan kezaliman yang lampau menjadi suci bersih.
Bertaubatlah Tun.
Roslan SMS
No comments
Post a Comment