Umat Islam Perlu Faham Batasan Pelihara Anjing - Jamil Khir
YAN, 6 Julai (Bernama) -- Umat Islam di negara ini digesa agar memahami tatacara dan batasan memelihara anjing termasuk menyentuhnya bagi mengelak kekeliruan akidah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata anjing dikategori sebagai najis mughallazah atau najis berat yang memerlukan cara pembersihan tertentu mengikut Mazhab Syafie.
"Ia perlu dibasuh dengan tanah dan air bersih. Jadi saya fikir sebelum kita menyentuh binatang mughallazah ini, kita perlu memahami etika dan peraturan sebagaimana perhubungan dan juga penyucian kepada binatang tersebut," katanya kepada pemberita.
No comments
Post a Comment