Ulasan lagu "AKU NEGARAKU"
Lagu Aku Negaraku wajib utk dinyanyikan dlm perhimpunan sekolah. Klu sekolah sy ada 4 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku, Lagu SK. Perdana dan Lagu Aku Negaraku.
Ulasan sy untuk Lagu Aku Negaraku sangat tidak sesuai dinyanyikan dlm perhimpunan sekolah. Kenapa?
1. Rentak lagu yang terlalu laju. Tempo lagu terlalu laju sangat tidak sesuai dgn lagu perhimpunan. Mau tidak mau murid dan guru nak terjonget2 apabila nyanyi lagu berentak laju. Adalah sangat janggal menyanyikan dlm keadaan berdiri tegak. Oleh itu, lagu ini tidak sesuai utk dinyanyikan diperhimpunan.
2. Nyanyian berlapis2. Semua sedia maklum lagu ni lagu duet. Jadi, diperhimpunan nak ikut penyanyi satu atau penyanyi kedua? Lirik belum habis nyanyi dah masuk chorus "Aku Negaraku.. Aku negaraku.." Sangat tidak sesuai dinyanyikan diperhimpunan.
3. Tiada rentak patriotik. Lagu perhimpunan sedia maklum berentak patriotik.Ia memberikan semangat utk dinyanyikan. Untuk lagu Aku Negaraku sama sekali tiada rentak patriotik. Ada part lagu penyanyi berteriak panjang. Jadi, lagu ni tidak sesuai dinyanyikan diperhimpunan.
4. Lirik lagu ntah apa2 ntah. Aku cuba dalami isi lirik lagu ni memandangkan aku guru muzik, guru bahasa melayu dan penulis lirik lagu. Aku tak faham apa yg nak disampaikan. Aku baca, baca, baca dan baca. Ke isinya terlalu memdalam? Oleh kerana murid yg menyanyi lagu ni. Adalah sgt penting mereka fahami dan menghayati lirik lagu tersebut. Tapi? Lagu ni tidak sesuai untuk perhimpunan.
5. Saya mencadangkan lagu tersebut digugurkan dlm lagu perhimpunan. Kalau nak juga tambah lagu, sy cadangkan lagu "Satu Malaysia" Lim kok wing punya lagu. Lagi bagus dan ada penghayatan.
Setakat itu sahaja ulasan peribadi saya untuk lagu "Aku Negaraku".
#cikguadiwira
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1612011535477149&id=100000049552845
No comments
Post a Comment