News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

MENGHAYATI KEWUJUDAN SEKSA KUBUR

December 26, 2007

Istilah “kubur” hanyalah berdasarkan kebiasaan setiap manusia yang meninggal dunia akan dikuburkan.

Adakah setiap manusia mesti ada kubur jika mereka meninggal dunia?Sudah pasti tidak, kerana kadang-kadang terdapat menusia yang tidak diketahui dimana kuburnya, seperti orang yang mati dimakan binatang buas, mati terbakar hangus, mati hancur berkecai jasadnya kerana kemalangan, mati hilang dilaut kerana kapal terbang berkecai jatuh kedalamnya atau samada kapal atau feri karam dan sebagainya.

Namun menurut keyakinan ahli sunnah wal jamaah setiap manusia yang mati tetap akan berada di alam kubur atau di alam barzah iaitu alam di antara alam dunia dengan alam akhirat. Ini berdasarkan Firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 99-100:

حَتَّى إِذَا جَاء أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونََ

Maksudnya: “Kesudahan golongan yang kufur ingkar apabila sampai ajal maut kepada salah seorang diantara mereka berkatalah ia 'Wahai Tuhanku kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan'. Tidak! Masakan dapat ? Sesungguhnya perkataanya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzah (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).”

Menurut kamus Lisanul Arabi oleh Ibni Manzur, makna alam barzah ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dinding pembatas antara dua benda sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan.

Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzah atau alam kubur.Banyak perkara di dunia ini yang kita tidak dapat saksikan dengan mata kasar tetapi kita tetap meyakini kewujudannya. Contohnya bebarapa orang yang tidur nenyak di atas satu hamparan. Ada di antara mereka munkin bermimpi indah dan ketika ia bangun, jasadnya merasa nikmat yang dirasakan oleh rohnya ketika bermimpi.

Demikian sebaliknya, orang yang bermimpi buruk dan mengerikan, bukan sahaja rohnya terseksa tetapi badannya juga rasa terseksa. Sedangkan mereka yang tidur berhampiran pula tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh rakanya. Jika perkara seperti ini pun diakui hakikat kewujudannya maka demikianlah dengan alam barzah, malahan alam barzah lebih hebat dari itu.Sesungguhnya nikmat dan azab kubur adalah sesuatu yang wajib kita imani dan yakini kewujudannya walaupun ia tidak dapat dibuktikan secara nyata tetapi ia termasuk dalam perkara “sam'iyyat” yang wajib kita yakini.

Kerana Rasulullah SAW memerintahkan agar kita berlindung dari azab kubur sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang menyuruh para sahabat agar mengamalkan doa berikut:

اللهم اني اعوذبك من عذاب في النار وعذاب في القبر

Maksudnya: “Wahai tuhanku ! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur”

Kita wajib berlindung diri dari azab kubur, kerana alam kubur merupakan persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya.

Jika di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itulah tanda bahawa kita akan mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam akhirat nanti. Sebaliknya, apabila mendapat azab kubur, itulah petanda bahawa orang tersebut akan mendapat kesulitan diakhirat nanti.

Sabda Rasulullah SAW; Maksudnya “ Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Pernahkah kita terfikir bagaimana bentuk azab atau nikmat kubur ? Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya : “apabila salah seorang diantara kamu mati, akan ditujukkan kepada-Nya setiap pagi dan petang tempat tinggalnya. Bila ia penghuni syurga, akan ditunjukkan kepada-Nya kenikmatan syurga, dan bila ia penghuni neraka, akan ditunjukkan kepada-Nya keazaban neraka. Lalu dikatakan kepada mereka ; “itulah tempat tinggalmu, sampailah Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut nyatalah bahawa azab dan nikmat kubur pasti akan terjadi.Bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap, ilmu Allah yang tiada tandingnya pasti akan yakin dengan adanya siksa dan nikmat kubur.

Hanya orang yang jahil dan sesat serta suka mendustakan Rasulullah SAW akan meragui dan mengingkari adanya azab kubur.Sebenarnya di dalam Al-Quran terdapat lebih kurang 300 ayat yang menyatakan tentang kematian dan keadaan-keadaan kehidupan selepas daripada mati seperti di alam barzah dan di akhirat. Nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW menerangkan bahawa roh itu kekal, ada roh yang mendapat nikmat kerana amalannya di dunia dahulu baik dan ada roh yang terseksa lantaran amalannya di dunia dahulu jahat

.Atas sebab itulah, gambaran tentang azab seksa dan nikmat kubur wajib kita imani dan yakini. Apa lagi hadis-hadis yang menerangkan tentang azab seksa dan nikmat kubur sebagaimana yang dinyatakan adalah hadis sahih dan kuat darjatnya.Apabila kita mengingatkan tentang kewujudan azab yang ditanggung selepas mati oleh orang-orang yang derhaka kepada Allah, maka kita terasa gementar kerana takut akan azab Allah yang menggerunkan dan insyaAllah akan mendekatkan diri kita kepadaNya.

Justeru, kita boleh kasihkan harta tapi tidak lupakan soal hisab,kita boleh kasihkan rumah tapi tidak lupakan soal kubur,kita boleh kasihkan hidup tapi tidak lupakan soal maut,kita boleh kasihkan dunia tapi tidak lupakan soal akhirat.UNTUK itu, tidak ada jalan pintas melainkan kita wajib mematuhi segala yang diperintahkan Allah sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran.

Patuh segala perintah Allah adalah syarat untuk mendekatkan diri kepada Allah dn menjadi kekasihNya.Dengan mengingatkan azab kubur juga insyaAllah kita akan menjadi semakin takut untuk meninggalkan solat, meninggalkan puasa, tidak mengeluarkan zakat, berdusta, berjanji bohong, memerintah secara kejam, tidak adil, melanggar batas-batas hukum syariat dan sebagainya.

Dengan yang demikian akan memberi rangsangan kepada kita kearah melakukan kebajikan yang sangat dituntut oleh Islam. الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab API NERAKA”. (Surah Ali-Imran ayat: 16)

Marilah kita semua menjuruskan ingatan dan kesedaran untuk kita sama-sama menghayati dan menyedari hanya Allah yang maha Besar dan yang Maha Pemurah. Dibentang-Nya alam ini untuk kita, dicurahkan rahmat-Nya siang dan malam, sejak kita dilahirkan sampailah hari kematian kita.

Bahkan rahmat Allah yang lebih besar dan lebih banyak lagi adalah sesudah kita MATI, jika kita termasuk dikalangan orang yang beriman dan bertakwa serta banyak mengerjakan amal soleh selama hidup kita di dunia ini.Tanpa iman dan takwa, segala rahmat Allah akan terputus bila keluarnya nyawa dari tubuh kita.

Orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa ada kehidupan yang abadi dan lebih sempurna selepas kehidupan di dunia ini. Kehidupan inilah menjadi fokus utama orang-orang yang beriman.Kerana itulah, persoalan akidah merupakan perkara yang paling asas dalam Islam. Islam diibaratkan sebagai bangunan, manakala akidah pula diibaratkan sebagai asas atau tapak kepada binaan tersebut.

Jika rosak akidah seseorang maka rosaklah semua amalan yang dibina diatasnya. Atas dasar inilah Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan persoalan akidah sebelum mengajar tentang hukum syariat Islam.

Walaupun Islam menganjurkan penggunaan akal fikiran namun dalam pembahasan akidah peranan akal wajib dibatasi. Apalagi persoalan akidah banyak berkait dengan perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia yang sangat terbatas.

Kepada orang melayu Islam ingatlah semua yang hidup akan mati, berpesan-pesanlah kita bahawa azab kubur itu benar, janji Allah itu benar, shurga dan neraka itu benar, maka berpada-padalah amalan kita semasa hidup ini, orang lain yang tidak berjawatan dan berkuasa ini bukannya bodoh... mereka semua tahu, dengan sebab itu ada antara mereka yang menegor mereka yang membohongi mereka.

insaflah wallahhua'alam.

Masa Depan Malaysia Yang Malap?

December 25, 2007

Dewasa ini kita semua boleh melihat situasi pentadbiran dan kewangan negara Malaysia yang semakin berkecamuk dan kacau bilau. Dari segi kewangan, walaupun matawang Malaysia didagangkan kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat, namun ini tidak bermakna ekonomi Malaysia sebenarnya kukuh dan stabil.

Beberapa projek pembangunan negara telah, sedang dan akan mengalami masalah kerana kedudukan aliran tunai dan kewangan negara yang semakin parah. Dana awam termasuk dari dana Petronas telah digunapakai untuk menyuntik aliran tunai kepada pasaran demi untuk menaikkan Indeks Komposit Bursa Malaysia. Malah beberapa GLC memain peranan melakukan “operational syndicate trading” pada Bursa Malaysia sebagai usaha untuk memulihkan keyakinan para pelabur asing.

Beberapa insiden yang berlaku di Malaysia dewasa ini termasuklah Perarakan Awam BERSIH dan yang dianjurkan oleh Majlis Peguam telah berjaya menyedarkan masyarakat awam tentang kepincangan pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi & Co serta ketelusan Institusi Kehakiman. Malah dunia luar kini dapat melihat “disebalik tabir” wajar sebenar pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi & Co yang boleh diklasifikasikan sebagai satu pentadbiran yang kalut dan boneka.

Malah beberapa insiden penangkapan individu sosial awam serta pemimpin politik pembangkan memperlihatkan bahawa pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi & Co sebenarnya tidak jauh bezanya dengan Kerajaan Komunis. Walaupun telah berkali-kali pihak Kerajaan Malaysia memperkatakan bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi, namun semua pihak yang waras akal fikiran akan dapat menyaksikan bahawa ini semua adalah lakonan demi untuk kesinambungan kuasa mutlak Abdullah Ahmad Badawi & Co.

Saya telah tegaskan beberapa kali bahawa Malaysia sebenarnya adalah sebuah Negara Komunis. Malaysia telah lama menjadi Negara Komunis walaupun dahulunya Malaysia mengamalkan doktrin Komunisma secara berselindung. Kini Abdullah Ahmad Badawi & Co telah memperlihatkan bahawa keperluan untuk menzahirkan doktrin Komunisma Malaysia telah sampai keperingkat pelaksanaannya.

Didalam negara komunis, adalah perlu diujudkan beberapa agensi penguatkuasa yang mempunyai kuasa yang tidak terbatas. Cuba anda lihat bagaimana PDRM telah memperlihatkan kekuasaan mereka dalam mengintrepitasi Akta Polis sehingga Akta Polis lebih berkuasa daripada Perlembagaan Malaysia, sedangkan sepatutnya Pelembagaan Malaysia adalah kuasa yang terulung. Mana-mana akta atau undang-undang lain yang bercanggah dengan Perlembagaan secara “otomatis”nya terbatal. Tapi kini Akta Polis adalah melangkaui kuasa Perlembagaan Malaysia.

Akta Polis dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekarang ini dipergunakan secara meluas sehinggakan Perlembagaan Negara kini dilihat sebagai satu “koran buruk” yang tidak bermakna. Institusi Kehakiman pula kini telah dilacurkan dan dilihat penuh dengan kudis-kudis berpenyakit HIV+ didalamnya. Malah jika ada mana-mana hakim / peguam yang bagus, maka mereka biasanya akan dilenyapkan dari arus perdana.

Kerajaan Barisan Nasional (dan UMNO khususnya) kini semakin terdesak untuk mempertahankan kuasa mereka sehinggakan mereka sanggup untuk melaga-lagakan dan melihat perbalahan kaum berlaku di Malaysia. Malah diberitakan mereka jugalah yang menjadi dalang utama dalam beberapa insiden huru-hara yang kononnya dilakukan oleh pihak HINDRAF. Walaupun saya tidak bersetuju dengan isu Hindraf, namun saya merasakan kaum India di Malaysia perlu mendapatkan hak-hak mereka sewajarnya.

Memang MIC kononnya menjadi juara bagi kaum India di Malaysia, namun merekalah juga yang menjadi parasit dan mempergunakan kaum India serta menganaktirikannya selama ini. Malah dalam kes MAIKA Holding, pihak MIC adalah dalang utama disebalik kekalutan korupsi yang berlaku didalam syarikat tersebut.

Jika Malaysia masih terus dipimpin dan ditadbir secara “BANGANG” oleh Abdullah Ahmad Badawi & Co, maka janganlah anda terkejut jika pada akhirnya Malaysia akan menjadi salah satu daripada berikut:
1. Dijual kepada negara asing (dijajah)

2. Bankrap
3. Menjadi Negara Komunis secara “TOTAL”

RAKAT TERUS MENDERITA

RAKYAT TERUS MENDERITA.

Harga minyak masak terus melambung. Bekalan minyak masak dilaporkan berkurangan di beberapa negeri, termasuk di sekitar ibu kota, menyebabkan harga barang kawalan itu kini meningkat hingga RM2.70 sehingga RM2.80 sekilogram berbanding harga yang ditetapkan RM2.50 sekilogram.

Tinjauan media di beberapa kedai runcit sekitar ibu negara semalam, mendapati peniaga merungut kerana menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan daripada pemborong, namun segelintir lagi mengakui bekalan masih boleh didapati dengan mudah walaupun harganya dinaikkan.Nampaknya janji manis Shafie Afdal untuk memantau hanyalah omongon kosong bagai menanam tebu dibibir mulut.

Mungkin sudah beribu kali Shafei berjanji untuk melaksanakan pemantauan tapi semuanya hanyalah untuk menyedapkan hati rakyat kerana itu semua mustahil dapat dilakukan.Kesimpulannya kerajaan yang ada sekarang sememangnya gagal untuk mengawal harga barangan kerana kelembapan dan kelemahan mereka.

Sudah sampai masanya rakyat mengajar kerajaan yang ada sekarang pada pilihanraya akan datang.

WAHAI RAKYAT SEMUA GUNAKAN KUASA YANG ADA PADA ANDA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN BN YANG LEMBAP DAN ZALIM INI. UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF SERTA PEMBANGKANG LAIN.

Husam Musa cabar menantu PM

Menantu PM sekarang ini diserang dari pelbagai penjuru. Lambat laun beliau akan menjadi liabiliti yang terpaksa dikorbankan oleh UMNO. Sewaktu perhimpunan agung UMNO yang lalu, sewaktu menantu PM (atau dikenali sebagai budak kecik dikalangan orang lama UMNO) berucap, ramai yang menguap.

Nampak sangat beliau cuba jadi jaguh pemuda seperti Anwar Ibrahim dahulu. Sekurang-kurangnya Anwar pada ketika itu membawa arus kedalam UMNO dengan kemasukkan beramai-ramai ahli ABIM kedalam UMNO. Berbeza dengan menantu PM, beliau hanya bawa sijil nikahnya sahaja.

Terbaru, Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa, menyatakan cabarannya kepada menantu PM untuk berdebat. Sila klik disini. Apakah menantu PM berani berdepan dengan "mastermind" kerajaan negeri Kelantan itu? Kita tunggu dan lihat.

Rasanya beliau tidak mungkin akan berani menyahut cabaran Husam memandangkan beliau tidak layak untuk berentap dengan Husam.

Husam menjadi Naib Presiden PAS kerana beliau dipilih oleh perwakilan PAS. Manakala menantu PM menang tanpa bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO oleh kerana beliau mempunyai sijil nikah dengan anak PM.

BN tidak menjamin keselamatan negara

DUNGUN, 24 Dis (Hrkh) - Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak berupaya menjamin keselamatan negara, sekiranya terus memerintah.Kenyataan ini dibuat oleh Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika berucap Pada Ceramah Perdana, Sempena Aidiladha di pekarangan Masjid Sura,Terengganu baru-baru ini.

Katanya, negara tidak selamat jika rakyat masih terus memberi mandat kepada BN memimpin negara ini dalam pilihan raya umum akan datang.

"Negara tidak selamat lagi jika kita (rakyat) masih beri mandat kepada Umno dan BN memerintah.

"Kita (rakyat) rugi besar jika ini tidak dibuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang," tegas Anwar.

Katanya lagi, masalah rasuah di kalangan pemimpin Umno/BN sudah begitu parah dan merugikan masa depan negara dan rakyat seluruhnya. Kerjasama PAS dan KeADILan bukan sekadar pakatan bagi menjatuhkan Umno/BN namun muafakat unutk membawa rakyat mengembalikan maruah agama dan bangsa.

"Pakatan kita ini bukan sekadar pakatan politik untuk jatuhkan Umno/BN tetapi ini adalah soal maruah," ujarnya.

Mantan Timbalan Perdana Menteri itu juga menyifatkan pemimpin Melayu Umno telah rosak nilai moral dengan terlibat dengan gejala rasuah, salahguna kuasa serta 'merompak' kekayaan negara.

Menurutnya lagi, hasil kekayaan diagih-agihkan hanya kepada segelintir kroni-kroni yang rapat dengan pemimpin negara.

"Saya sudah dedahkan banyak rasuah pemimpin Umno seperti pembahagian saham, AP, pembelian senjata dan sebagainya.

"Yang terbaru adalah kes Pelabuhan Klang selain Kes Lingam sebelum ini," jelasnya.
Turut berucap pada majlis tersebut Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali. - buletinonline.net

Menantu PM dalang perhimpunan Hindraf?

December 8, 2007

Itulah maklumat yang kami terima. Bunyinya pelik tetapi ada alasan kukuh yang diberikan oleh pemberi maklumat kami. Dalam sejarah politik Malaysia, hanya apabila terjadinya perbalahan diantara kaum, UMNO, MCA dan MIC akan kembali menjadi kuat. Ini telah terbukti selepas berlakunya tragedi berdarah 13 Mei 1969. Melayu kembali menyokong UMNO dan Cian kembali bersama MCA.

Ini yang ingin dilakukan oleh menantu PM. Beliau tahu bahawa orang Melayu sudah mula hilang keyakinan kepada PM, dan ini amat berbahaya jika berterusan sehingga Pilihanraya Umum ke 12. Jika kebencian orang Melayu kepada Pak Lah berterusan, bermakna undi mereka akan pergi kepada pembangkang dan Pak Lah akan dilihat gagal mempertahankan prestasi PM. Maka mudahlah untuk Najib meyakinkan Pak Lah untuk berundur dan memberikan laluan kepadanya untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Ini yang paling ditakuti oleh menantu PM. Jika Najib naik, peluangnya untuk terus kukuh didalam UMNO sehingga menjadi PM tidak akan berjaya. Segala usaha yang telah dilakukannya termasuklah menggadaikan sedikit demi sedikit negara kepada Singapura sia-sia.Jadi beliaupun memulakan taktik jahatnya. Sumber kami mengatakan bahawa beliau bertemu dengan Uthayakumar beberapa bulan yang lalu dan memulakan perundingan.

Diantara perjanjian mereka ialah, menantu PM akan membiayai kesemua kos yang diperlukan oleh Uthayakumar untuk menganjurkan satu perhimpunan yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan menaikkan kemarahan orang Melayu. Sebagai balasan, Uthayakumar akan terus disokong dari segi kewangan dan perlindungan daripada dikenakan sebarang tindakan seperti ISA. Sebab itu sehingga hari ini kerajaan tidak menggunakan ISA kepada Uthayakumar walaupun beliau telah memainkan isu yang bahaya dan berpotensi untuk menjadikan satu rusuhan kaum.

Selepas perhimpunan Hindraf pada 25 November yang lalu, sekarang giliran menantu PM untuk mengapi-apikan kemarahan kumpulan Melayu pula. Diberitakan bahawa satu pertemuan oleh NGO dan Pertubuhan Melayu di Kg. Baru dalam jangkamasa terdekat ini. Tujuannya ialah untuk mempertahankan Islam.

Selepas pertemuan, NGO dan Pertubuhan yang hadir akan mengeluarkan kenyataaan dan slogan yang berbunyi, "Jangan cabar umat Islam dinegara ini". Pertemuan yang ditaja oleh menantu PM itu tidak lain tidak bukan berniat untuk menaikkan kemarahan orang Melayu.Apabila orang Melayu sudah marah, maka mereka akan kembali memberikan sokongan kepada Pak Lah.

Ini mencerahkan peluang Pak Lah untuk memimpin UMNO sekurang-kurangnya selama satu penggal lagi.Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara, saya tidak faham mengapa kestabilan dan keharmonian negara sanggup digadaikan demi untuk mempertahankan kuasa? Saya berharap agar orang Melayu tidak lagi bodoh dan membiarkan diri mereka diperalatkan oleh segelintir pihak yang hanya gila kepada wang dan kekuasaan.

Anak Jati Rembau.

Tok Guru Nik Aziz prihatin bila salib besar 'hilang'!

December 6, 2007

Tok Guru mengarahkan jika salib itu diturunkan atas arahan mana-mana pihak sama ada PBT atau kerajaan negeri, maka ianya mesti dinaikkan kembali. Setelah Hu Pang Chow pergi menyiasat rupanya menurut pihak gereja ianya diturunkan bagi tujuan pengubahsuaian.

Oleh Roslan SMS

Baru-baru ini di Dewan Rakyat Timbalan Menteri Pelajaran Noh Omar memaklumkan bahawa kerajaan tidak berhasrat menurunkan salib di sekolah-sekolah "missionary" yang diasaskan oleh pihak gereja. Ini lanjutan rungutan yang dikemukakan oleh wakil Umno (BN) dari Parit Sulong, Syed Hood Syed Edrus, yang mahukan sekolah-sekolah seumpama ini menurunkan salib dan patung di sekolah-sekolah berkenaan serta memutuskan terus hubungan gereja dengan sekolah-sekolah ini kerana bimbangkan pengaruh dari pihak gereja antarabangsa.


Kata beliau adalah mengaibkan yang masih ada lagi sekolah-sekolah dalam sebuah negara Islam seperti kita ini yang terus dipengaruhi oleh pihak gereja.Gesaan Syed Hood itu turt disokong oleh wakil Umno (BN) dari Sri Gading Mohammad Aziz.Walaubagaimanapun menurut laporan yang diterima semasa Timbalan Menteri berkenaan memberikan penjelasan tersebut, kedua-dua ahli berkenaan tidak berada di dalam dewan.Dan hari ini Syed Hood, apabila didatangi pemberita, dah bagaikan nasi disiram air, lembut dan lembik.

Kata beliau, isu ini dibangkitkan atas kehendak rakyat yang diwakilinya. Beliau sekadar mahukan penjelasan dan malah berterima kasih atas sumbangan sekolah-sekolah ini terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.Cuma masalahnya Syed Hood ini dengan sengaja cuba mengalihkan perhatian masyarakat bukan Islam terhadap beliau apabila beliau berkata (sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini):

PAS would play up the issue if no proper explanation was given. (PAS akan memainkan isu ini jika tidak ada penjelasan diberikan).Lihatlah betapa jahatnya pemimpin Umno. Ketika mereka tersepit, mereka akan membabitkan orang atau pihak lain yang tidak ada kena mengena dengan onar bikinan mereka. Mengapa heret PAS pula dalam isu ini? Seingat saya PAS tidak pernah sekalipun membangkitkan berkenaan isu ini kerana percaya pada kebebasan pendidikan.Malah saya teringat baru-baru ini Pengerusi Kelab Penyokong PAS Sdr.

Hu Pang Chow ada menceritakan berkenaan satu insiden yang melibatkan salah sebuah gereja tertua dan terbesar di Kota Bharu iaitu Church of Our Lady Fatima (kebetulan penulis mendapat didikan peringakt tadika pada tahun 1969 di tadika kelolaan gereja berkenaan, ketika itu ayah penulis Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan).

Kata beliau, pernah pada satu hari Tok Guru MB bertanya melalui Dato Annuar Tan (EXCO Kerajaan Negeri) kemana perginya salib besar di atas gereja berkenaan? Rupanya Tok Guru perasan yang salib di gereja berkenaan telah tiada.

Kata Sdr Hu, Tok Guru mengarahkan jika salib itu diturunkan atas arahan mana-mana pihak sama ada PBT atau kerajaan negeri, maka ianya mesti dinaikkan kembali.

Setelah Sdr Hu pergi menyiasat rupanya menurut pihak gereja ianya diturunkan bagi tujuan pengubahsuaian.Ringkasnya begitulah prihatinnya kerajaan PAS terhadap rumah ibadat agama lain, jadi kenapa dalam hal ini ahli parlimen Umno ini gelabah mahu melibatkan PAS pula? Kalau dah salah tanggung sendiri, jangan capai dan gagau pihak lain lantaran kelemahan dan kesingkatan fikiran kita sendiri.

Begitulah Umno!

PAS tidak paksa artis pakai tudung

KOTA BHARU: Kerajaan negeri tidak pernah mengenakan sebarang paksaan atau syarat terhadap wanita termasuk artis yang berkunjung ke negeri itu untuk menutup aurat atau memakai tudung. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan Sains dan Teknologi Kelantan, Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri hanya meminta supaya wanita, terutama artis yang datang ke negeri ini berpakaian sopan dan ti­dak menjolok mata.

“Tiada syarat yang memaksa mana-mana artis wanita yang berkunjung ke negeri ini memakai tudung, selalunya langkah menutup aurat atau bertudung dilakukan dengan kerelaan artis itu sendiri,” katanya. Beliau berkata demikian selepas sesi dialog ‘Sinema Majid Majidi, Moral dan Kemanusiaan’ yang diadakan sempena Mini Fest Kelantan 2007 di sini.

Beliau mengulas dakwaan bahawa kerajaan negeri mengenakan paksaan terhadap artis wanita yang dijemput datang ke negeri ini untuk memakai tudung, termasuk artis terkenal tanah air, Maya Karin yang merupakan panel dalam sesi dialog berkenaan.

Maya, yang mengakui gembira dan teruja di atas jemputan kerajaan negeri turut memakai pakaian menutup aurat, termasuk mengenakan tudung berwarna biru gelap ketika sesi dialog itu. Selain Maya, dua lagi panel dialog ialah Pengarah Istana Budaya, Dr Hatta Azad Khan dan pengarah filem Mamat Khalid.

Nik Mohd Amar berkata, kerajaan negeri sememangnya berbesar hati atas keprihatinan dan penghormatan yang diberi oleh artis wanita yang memakai tudung sewaktu kunjungan ke negeri ini.

“Kebanyakan rakyat negeri ini bertudung, mungkin kerana itulah kebanyakan daripada artis wanita ini dengan sendirinya mahu memakai tudung untuk menunjukkan rasa hormat mereka. “Kita sangat berbesar hati apabila melihatkan kesanggupan mereka memakai tudung apatah lagi dengan kerelaan sendiri dalam menghormati dasar kerajaan Kelantan,” katanya.

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.