News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Teladan dari kisah Mustapha Kamal Attarturk

January 31, 2008

Antara syarat yang diekenakan olen Mustapha Kamal Attaturk

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.

Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.Kematian Kamal Atartuk Yang MenyeksakanDi saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang!

Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt.
Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Sejarah Pertembungan Islamis-Sekularis

Sejarah Dalam Dunia NyataSekular berasal daripada perkataan Latin 'saeculum' yang bererti 'suatu generasi atau zaman'. Dalam konteks barat dan dunia Kristian sekular membawa maksud penolakan agama dalam urusan yang berkaitan dengan keduniaan atau lebih jelasnya pemisahan antara agama dan negara. Agama cuma dibataskan kepada urusan individu dan duniawi dan tidak mempunyai hubungan dengan urusan politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Asas kepada sekularisme ialah politik yang berteraskan kebangsaan, ekonomi bebas (laissez faire) dan budaya hidup yang berlandaskan individualisme. Sekularisme menafikan aspek kehidupan yang berkaitan dengan kerohanian dan menekankan kepada aspek-aspek kebendaan. Sekularisme juga menafikan kewibawaan yang mempunyai unsur-unsur kerohanian. Ini termasuklah penolakan kuasa mutlak Allah s.w.t. dan kewibawaan para nabi dan rasul.

Para sekularis menganggap agama adalah buatan manusia dan tidak mengikut peredaran zaman.Sejarah Kemunculan SekularismeSekularisme lahior daripada pergolakan yang berlaku dalam agama Kristian pada abad pertengahan. kemunculannya adalah berikutan tindakbalas penganut agama tersebut terhadap kongkongan dan penguasaan gereja ke atas masyarakat. Peperangan Salib telah membuka mata orang Kristian Eropah terhadap perubahan, termasuk menuntut kebebasan daripada semua bentuk kongkongan gereja yang selama ini hanya membenarkan ilmu-ilmu yang tidak bercanggah dengan kepentingannya.Melalui gerakan yang dilakukan, orang Kristian Eropah berjaya memisahkan seluruh aspek kehidupan mereka daripada pengaruh gereja.

Kemajuan ilmu pengetahuan yang dicapai membolehkan mereka menghasilkan kemajuan ekonomi dan politik. Sistem feudal yang diamalkan sebelum ini digantikan dengan sistem kapitalis yang pada awal abad ke-20 turut membawa kepada kemunculan Komunisme dan Sosialisme. Melalui pemisahan sepenuhnya antara agama dan negara masyarakat moden yang dibentuk di Eropah dibina di atas asas sekular.

Sekularisme dan Dunia IslamSekularisme merebak ke dunia Islam melalui pertembungan dengan barat. Menjelang pertengahan abad ke-19, sebahagian besar wilayah Islam dijajah oleh barat. Ini termasuklah penjajahan Inggeris di Tanah Melayu (1874), Perancis di Tunisia (1881), Inggeris di Mesir (1882) dan Rusia di Merv (1883).Daulah Islamiyah yang masih mampu bertahan ialah Daulah Uthmaniyah.

Namun begitu, Daulah Uthmaniyah terpaksa berhadapan dengan ancaman barat yang menggelar daulah tersebut sebagai 'orang sakit Eropah'. Sebagai usaha untuk menghadapi ancaman ini, Daulah Uthmaniyah telah mengambil nilai-nilai barat agar mampu menghadapi persaingan tersebut. Ini termasuklah menghantar pelajar-pelajar Turki belajar di barat, memperkenalkan sistem pendidikan barat, menerima sistem perundangan barat termasuk hak sama rata antara orang Islam dan orang bukan Islam dan sebagainya.Penerimaan unsur-unsur barat turut membawa idea dan nilai barat ke dalam masyarakat Turki.

Kemasukan unsur-unsur ini merupakan permulaan kepada usaha-usaha ke arah memisahkan peranan agama dalam pemerintahan. usaha-usaha ini dijuarai oleh pergerakan Turki Muda yang kemudiannya berjaya menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1909. Pemerintahan Turki Muda selama lebih kurang satu dekad menyaksikan Daulah Uthmaniyah hancur dan turki kemudiannya muncul sebagai sebuah negara sekular.

Peristiwa yang berlaku di Turki meruapakn satu contoh bagaimana sekularisme berjaya merobohkan sebuah peradaban yang dibina selama 600 tahun. Sekularisme juga bertapak di negara-negara Islam yang lain dan seterusnya berjaya mendominasi politik negara. Golongan sekularis yang mengambil pelbagai bentuk seperti nasionalis sosialis, Baathis dan sebagainya kini merupakan kelompok yang berjaya menguasai politik negara Islam.

Kejayaan yang dicapai oleh kelompok ini adalah hasil eksploitasi, tipu daya, peranan kuasa barat dan juga akibat beberapa kelemahan kelompok Islam sendiri sehingga menyebabkan mereka gagal dalam persaingan yang berlaku.Konflik Sekularis-Islamis - Sorotan Kes di TurkiDaulah Islamiyah merupakan salah satu empayar yang teragung dlam sejarah manusia. Empayar ini berjaya bertahan selama sekitar 600 tahun dan menguasai sebahagian besar tiga benua iaitu Eropah Timur, Asia Barat dan Afrika Utara.

Empayar ini hancur dalam tahun 1924 apabila Kemal Ataturk mengujudkan sebuah negara Turki sekular. Bagi Kemal segala-gala yang berunsur Islam dianggap penghalang kepada kemajuan. Kemajuan dikaitkan dengan pembaratan yang mengamalkan nilai-nilai sekularisme. Sebagai melaksanakan cita-cita ini Kemal cuba mensekularkan seluruh kehidupan masyarakat Turki yang meangkumi aspek pendidikan, politik, ekonomi, nilai hidup dan sebagainya.

Pelaksanaannya termasuklah menghapuskan Islam sebagai agama rasmi negara, menggantikan undang-undang Syariah dengan undang-undang barat, menggantikan tulisan Arab kepada tulisan Latin, mengharamkan pemakaian purdah dan berpuluh-puluh lagi peraturan yang bertujuan bagi memisahkan masyarakat daripada ajaran Islam.Kemal berjaya mewujudkan sebuah negara Turki merdeka melalui dokongan yang diberikan oleh mereka yang berjuang di atas landasan Islam.

Malahan pada peringkat awal perjuangannya, Kemal menggunakan platform Islam bagi mendapatkan sokongan. Beliau sering menaiki mimbar pada hari Jumaat untuk menyampaikan khutbah. Umat Islam Turki terpedaya dengan sikap kepura-puraan Kemal sehingga membolehkan beliau berjaya menguasai tampuk kekuasaan Turki.

Bagi memastikan idealisme terus berkekalan, Kemal menggunakan dua pendekatan iaitu pendekatan pendidikan dan ketenteraan. Melalui pendidikan Kemal ingin memastikan bahawa generasi yang dilahirkan dibentuk mengikut acuan sekularnya menakala melalui ketenteraan Kemal ingin memastikan bahawa pelaksanaan mesti dijalankan walaupun melalui paksaan atau kekerasan. Ternyata pendekatan yang dilakukan oleh Kemal ini telah membentuk generasi yang amat tebal nilai-nilai sekularnya.

Walaupun Kemal telah membuat perancangan dan pelaksanaannya, namun masyarakat Turki tidak dapat dikikis sepenuhnya daripada nilai-nilai keislaman yang pernah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Sejak awal tahun 1970-an cahaya Islam mula menyinar di Turki. Melalui kegiatan kepartian yang digerakkan oleh Neemettin Erbakan pengaruh Islan ternyata berjaya menjadi unsur penting dalam politik Turki.

Namun begitu untuk Islam muncul sebagai kuasa dominan bukan suatu yang mudah kerana nilai-nilai sekularisme telah berakar umbi dalam masyarakat Turki. Lebih-lebih lagi nilai-nilai ini amat mendominasikan golongan elit, birokrat dan tentera.Kemunculan kembali Islam sebagai unsur penting dalam kehidupan masyarakat di Turki akan membawa kepada konflik dengan golongan sekularis.

Dalam pertembungan yang berlaku kelompok Islam telah mengalami pelbagai tindakan seperti parti yang menjadi wadah diharamkan, pelajar-pelajar yang bersimpati dengan Islam tidak dibenarkan meneruskan pengajian, pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam dipenjara atau dihalang daripada menjalankan kegiatan politik.Konflik Sekularis-Islamis - Sorotan Kes di MesirSelapas Perang Dunia I, politik Mesir telah didominasikan oleh Parti Wafd dibawah pimpinan Saad Zaghlul, seorang lulusan Universiti Al-Azhar yang berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris. Walaupun perjuangan Parti Wafd adalah atas asas-asas kebangsaan, namun parti ini didokong oleh unsur-unsur Islam yang kuat. Selepas kematian Zaghlul pada tahun 1927, Parti Wafd kehilangan arah dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai krisis yang melemahkan parti tersebut.

Sepanjang tahun 1930-an dan 1940-an politik Mesir semakin diwarnai oleh aliran politik yang berteraskan ideologi yang jelas. Pada waktu inilah politik Mesir didominasikan oleh Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna. Pada waktu ini Ikhwan al-Muslimin telah memainkan peranan penting dalam menyemarakkan kesedaran politik masyarakat, meningkatkan amalan spiritual melalui program usrah dan tarbiyyah dan menggerakkan kemajuan melalui program ekonomi dan sosial.

Potensi Ikhwan al-Muslimin untuk muncul sebagai kelompok yang bakal mendominasikan politik Mesir menghadapi cabaran yang hebat apabila Hassan al-Banna mati syahid pada tahun 1949. Gabungan antara kelemahan Ikhwan al-Muslimin sendiri menyelesaikan masalah dalamannya dan pendekatan golongan sekularis yang ternyata lebih berjaya, membolehkan golongan sekularis mendominasikan politik Mesir sehingga ke hari ini.Pengalaman yang boleh dipelajari daripada konflik sekularis-Islamis dalam kes yang berlaku di Mesir ini ialah bagi golongan sekularis kuasa mesti diperolehi dengan apa jua cara sekalipun.

Walaupun golongan sekularis menunjukkan sikap yang berbaik-baik dengan golongan Islamis, namun pendekatan ini adalah bersifat sementara kerana langkah itu diambil dalam proses mengumpul kekuatan. Bagi golongan Islamis pula pendekatan politik yang terlalu mempercayai pihak yang menjadi saingan juga membawa padah yang buruk. Ini adalah kerana bagi golongan sekularis untuk mencapai matlamat semua bentuk pendekatan boleh dilakukan termasuk menggunakan pendekatan yang zalim bagi menghapus pengaruh golongan Islamis dalam masyarakat.

Konflik Sekularis-Islamis - Sorotan Kes di MalaysiaPeranan golongan Islamis dalam mencetuskan kesedaran pendidikan, sosial dan politik masyarakat Melayu tidak diberikan perhatian yang sewajarnya dalam kajian sejarah di Malaysia. Sebelum Perang Dunia II, kegiatan mencetuskan kesedaran di kalangan orang Melayu didominasikan oleh mereka yang berpendidikan agama dan mendapat pendidikan di Timur Tengah. Seawal-awalnya tahun 1911/12 pelajar-pelajar Melayu di Mesir telah menerbitkan akhbar Ittihad yang bertujuan bagi menimbulkan kesedaran orang Melayu terhadapkepentingan pendidikan dan membina peradaban bangsa.

Pada tahun 1925, pelajar Melayu di Mesir menerbitkan Seruan Azhar yang cuba menyeru dan mendidik masyarakat supaya setanding dengan bangsa-bangsa lain yang lebih maju pada waktu itu.Sebelum Perang Dunia II ternyata golongan Islamis, terutamanya yang terpengaruh dengan idea-idea Islah telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan kesedaran masyarakat. Pendekatan yang paling berkesan yang digunakan bagi menyebarkan idea-idea ini ialah melalui penerbitan akhbar dan melalui institusi madrasah.

Peranan yang dimainkan oleh golongan Islamis bagi menyemai benih-benih kesedaran ini besar implikasinya dalam sejarah perkembangan kesedaran Melayu. Namun begitu, tidak seperti di Indonesia dimana golongan Islamis yang mendokong idea Islah telah menubuhkan persatuan-persatuan seperti Sarekat Islam, Muhammadiah, PERMI dan sebagainya, di Malaysia golongan Islamis tidak menjuruskan kegiatan mereka kepada penubuhan persatuan.

Persatuan yang dianggap mewakili perjuanganIslamis iaitu Hizbul Muslimin hanya ditubuhkan pada tahun 1984 tetapi hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja kerana diharamkan oleh pihak British.Kekosongan yang wujud dalam perjuangan kebangsaan Melayu berikutan tekanan yang dikenakan oleh pihak British telah diisi oleh golongan nasionalis sekular yang muncul dan mengisi kepimpinan Melayu.

Golongan ini mendapat pendidikan barat dan ketika menuntut di London terpengaruh dengan nilai dan budaya barat.Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, golongan nasionalis sekular mendominasikan politiknya. Walaupun Islam tidak disisihkan sepenuhnya dari masyarakat, namun pelaksanaan Islam sepenuhnya juga tidak dilakukan. Islam dilaksanakan sebagai simbol. Walaupun Parti Islam wujud, namun kewujudannya lebih bersifat untuk menyaingi parti nasionalis. Bahkan dalam kes-kes tertentu Parti Islam memperlihatkan sikap lebih nasionalis bagi meraih simpati pengundi.

Pertembungan sebenar antara sekularis dengan Islamis di Malaysia berlaku apabila Islam cuba diamalkan sebagai ad-Din dan digerakkan sebagai satu gerakan. Ini menjadikan pertembungan antara golongan nasionalis dan Islamis sebagai pertembungan ideologi dan menjadi lebih sengit. Pertembungan ini nampak seolah-olah reda berikutan peristiwa tahun 1982. Tetapi hakikatsebenar bagi golongan nasionalis sekular, 'setback' yang berlaku tidak melemahkan semangat malahan melakukan perancangan yang lebih rapi bagi mempastikan golongan Islamis tidak beroleh kekuasaan.

Peancangan mereka membuahkan hasil kerana pada tahun 1998 dan seterusnya dilakukan kegiatan pembersihan berjaya dilakukan secara drastik dan halus.Dalam menyorot kembali kejayaan dan kelemahan golongan Islamis di Malaysia bagi tempoh 1982-1998 beberapa pengalaman mungkin boleh dipelajari. Bagi golongan sekularis baik di Timur Tengah mahupun di Malaysia terdapat satu persamaan ciri.

Bagi golongan sekularis matlamat menghalalkan cara dan tidak ada belas kasihan dalam proses merebut kuasa daripada golongan Islamis. Bagi golongan Islamis pula dalam tempoh ini ternyata sekali sikap yang ditunjukkan amat berkonflik antara satu sama lain. Atas sikap 'kerana prinsip' rakan-rakan seperjuangan cenderung diketepikan dan golongan lain termasuklah golongan sekularis diberi tempat atas alasan 'untuk dimenangi'. Kesempatan yang ada tidak digunakan dengan sebaik-baiknya dan sepenuh-penuh untuk kepentingan Islam tetapi sebaliknya turut diwarnai oleh agenda politik.

Bagi golongan nasionalis sekularis pula apabila mendapat peluang seluruh kesempatan digunakan bagi memastikan dominasi berterusan dan berakar umbi.Dalam sejarah konflik sekularis-Islamis dalam konteks perkembangan politik Islam kontemporari, kecuali Iran dan Sudan, golongan Islamis ternyata kurang unggul dalam menghadapi percaturan politik yang berlaku. Dalam konteks Iran, golongan Islamis berjaya kerana belajar daripada pengalaman tahun 1881, 1906 dan 1953 di mana sikap kompromi dengan golongan sekularis berakhir dengan sumbangan golongan Islamis ini tidak dihargai.

Pada tahun 1979, golongan Islamis Iran mengambil sikap tidak bersedia untuk berkrompomi dengan mana-mana kumpulan sekularis dan ini membolehkan kuasa terus dibolot oleh kelompok Islamis. Di Sudan pula, kelompok Islamis menggunakan pendekatan pragmatis bagi membolehkan mereka mengambil alih kuasa.

Apabila memperolehi kuasa pendekatan yang dilakukan ialah dengan memastikan kekuatan dikukuhkan di semua sektor. Mungkin pengalaman kedua-dua kelompok Islamis ini boleh dijadikan asas kepada usaha memastikan usaha-usaha golongan Islamis berakhir dengan memperolehi kuasa yang mantap.

Umno Kelantan didakwa perkuda kementerian, jabatan

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) - Umno-BN Kelantan begitu terdesak merampas Kelantan pada pilihan raya umum tidak lama lagi sehingga sanggup memperkuda kementerian dan jabatan kerajaan.
-->
Sumber-sumber mendakwa antara pihak dieksploitasi adalah Kementerian Pengajian Tinggi yang menterinya adalah tokoh dari Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed.
Beliau yang juga ahli Parlimen Jeli didakwa menggunakan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk kepentingan politiknya.
Menurut sumber-sumber itu, satu program Baktisiswa akan diadakan di semua 45 Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kelantan pada 6-9 Februari ini.
Katanya, semua Naib Canselor dan timbalan-timbalan mereka diwajibkan menghadiri majlis perasmian program tersebut oleh Mustapa di Universiti Malaysia Kelantan.
Pada Disember lalu, program seumpama itu diadakan di beberapa tempat di Kelantan yang mewajibkan setiap universiti menghantar 10 mahasiswa Kelantan untuk program culaan anjuran Umno-BN.
Sumber-sumber itu berkata, sesetengah pelajar menyatakan kesedihan kerana mereka tidak rela dipergunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu dengan mengorbankan kuliah.
Harakahdaily pernah melaporkan perjumpaan pemimpin Umno-BN Kelantan bersama mahasiswa Kelantan sempena sambutan Aidilfitri lalu.
Pihak terbabit didakwa menyuntik sentimen kempen memburuk-burukkan kepimpinan kerajaan PAS Kelantan ketika situasi pilihan raya kampus memuncak.
Pelajar dikatakan dihasut serta diminta membantu Umno-BN dengan memujuk ibu bapa dan saudara-mara di Kelantan mengubah sokongan daripada kerajaan negeri PAS. - lanh

Pemergian bekas Mufti Selangor satu kehilangan besar kepada rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) - Suasana sayu menyelubungi perkarangan Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh yang menempatkan bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom, setelah disahkan meninggal dunia pada jam 3.05 petang semalam.
-->
Suasana sedih menyelubungi sanak saudara, teman-teman seperjuangan dan kenalan almarhum yang sejak beberapa hari lalu mengikuti perkembangan kesihatan almarhum.
Orang ramai turut berada di hospital tersebut untuk mengikuti perkembangan dan menziarahi almarhum.
Anak sulung almarhum, Shahmun Ishak yang ditemui Harakahdaily berkata, doktor yang merawat almarhum mencabut alat bantuan pernafasan almarhum pada jam 2.45 petang, setelah keadaannya tidak menunjukkan sebarang tindak balas dan disahkan meninggal dunia selepas itu.
Sebelum itu, pihak doktor telah meminta ahli keluarga almarhum untuk membawanya pulang setelah pihak doktor tidak boleh berbuat apa-apa untuk menyelamatkan almarhum.
Almarhum meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pagi 29 Januari sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh apabila keadaannya semakin kritikal.
Tepat jam 4.00 petang, jenazah almarhum dibawa keluar dari ICU dan ditempatkan di Bilik Forensik untuk urusan membawa pulang jenazah.
Di bilik berkenaan, sanak-saudara dan orang ramai berkesempatan melihat dan memberi penghormatan terakhir kepada tokoh Islam negara itu, menjadikan suasana ketika itu lebih memilukan.
Almarhum kemudiannya dibawa ke kediamannya di Taman Sri Andalas, Klang dengan kereta jenazah.
Ketika jenazah tiba, orang ramai sudah mula membanjiri kediamannya untuk menziarahi almarhum. Turut berada di situ untuk memberi penghormatan terakhir ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Ali.
Dr Hassan ketika ditemui berkata, almarhum merupakan kenalan rapatnya selama lebih 20 tahun dan pernah bersama-sama dalam suasana kerja ketika di Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sebagai Ahli Majlis.
"Almarhum juga merupakan seorang tokoh ulama yang menghormati orang lain, walaupun mereka yang lebih muda daripadanya. Pengalaman saya bersamanya ketika lawatan kerja ke Rusia dulu serta pengalaman sebilik dengannya ketika itu jelas menunjukkan sifat almarhum," tegas beliau.
Dr Hassan menyifatkan kematian almarhum sebagai satu kehilangan besar kepada rakyat.
Beliau turut melahirkan rasa terkilan atas sikap kerajaan yang tidak menggunakan kepakaran, kebijaksanaan, keilmuan yang terdapat pada almarhum dalam usaha mengembangkan dakwah di negara ini, khususnya di Selangor.
"Saya begitu terkilan dan merasakan kerajaan BN bertindak bodoh apabila menafikan hak almarhum untuk berkhutbah di masjid-masjid, kampung almarhum sendiri ketika hayatnya, sedangkan tiada tokoh ulama yang sama posisi sepertinya yang berani berkata yang benar dan komited dalam mengembangkan dakwah kepada rakyat dan negara," tegas beliau lagi.
Sementara itu Bernama melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor Dato' Abdul Rahman Palil menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh ulama yang disegani.
"Ketika masih menjadi mufti dahulu ceramah yang disampaikan Allahyarham sangat berkesan dan mudah diterima. Semoga jenazahnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman," katanya.
Mufti Selangor Dato' Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata pemergian Ishak adalah satu kehilangan besar dan semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas rohnya.
"Saya ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga tabah menerima ketentuan Allah S.W.T," katanya.
Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Lipat Kajang, Seri Andalas, Klang pada jam 9.30 pagi ini (Khamis 31 Januari 2008), dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21./wann.

Belasungkawa untuk Almarhum Dato' Ishak Baharom

Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.
-->
Almarhum mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, Almarhum menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.
Jawatan terakhir Almarhum sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.
Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung.
Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.
Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS sehingga 2007. - mns

PAS dan BA akan halang eksploitasi wanita

January 30, 2008


KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - PAS berazam untuk memperbaiki taraf hidup dan kebajikan wanita negara ini daripada dieksploitasi pelbagai pihak termasuk bagi tujuan komersial.
-->
Sehubungan itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, bagi mencapai tujuan itu, PAS dan BA akan memperkenalkan undang-undang bagi mengelakkan wanita daripada dieksploitasi oleh mana-mana pihak.
Selain itu, kebajikan wanita bekerjaya juga akan terus dibela dengan memperkenalkan cuti bersalin selama 90 hari.
"Kita juga bakal memperuntukkan elaun khas bagi ibu tunggal (yang tidak mempunyai sumber pendapatan), penjagaan kesihatan serta mewujudkan pusat sukan dan taman rekreasi untuk wanita," katanya.
Nuridah turut membidas dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kononnya masa depan negara akan tergadai jika rakyat mengundi pembangkang membuktikan bahawa BN benar-benar berada dalam tahap cemas dan tertekan.
"Siapa Najib yang boleh cakap begitu? Masa depan negara dan rakyat adalah ketetapan Allah," tegasnya.
Menurut beliau, kebangkitan rakyat untuk menolak BN kini berpunca daripada kegagalan BN untuk membela nasib rakyat.
Beliau berkata, dengan jumlah kemenangan yang besar dalam pilian raya umum lalu, BN langsung tidak menerima pakai pandangan parti pembangkang, NGO dan rakyat dalam melaksanakan sistem pentadbiran negara.
"Segala keputusan bukan berpihak kepada rakyat tetapi menjaga kepentingan periuk nasi dan kroni mereka,"tegasnya.
Nuridah mengingatkan rakyat agar berhati-hati dalam pilihan raya umum ke-12 dengan tidak memberi kemenangan kepada BN kerana segala kekayaan negara akan terus menjadi milik mereka.
Dalam pada itu, beliau menggesa jentera muslimat supaya terus bekerja bersungguh-sungguh disamping membanyakkan doa.- tajdid

Hujah TV9 jadi platform lontar pemikiran 'kartun' UMNO

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Dua orang ahli panel program Hujah TV9 malam tadi (29 Januari) menjadikan program debat tersebut sebagai platform mengutarakan hujah-hujah 'kartun' dan tersasar.
-->


Dalam kekalutan orang politik menghadapi pilihan raya dan keterbukaan rakyat menerima pertembungan beberapa pihak yang terbuka di gelanggang demokrasi, ada pihak yang membelakangkan sistem demokrasi dalam negara.

Malangnya bagi arena akademik apabila, profesor di Jabatan Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia, Dr Mohd Fadhil Che Din mengemukakan pendapatnya, Malaysia sekarang ini tidak memerlukan pembangkang.

"Kita tidak perlu kepada pembangkang, sebaliknya kita hanya perlukan pengkritik yang hebat," ujarnya dalam rancangan televisyen, Hujah di saluran TV9 malam tadi.
Apabila ditanya hos rancangan tersebut, Profesor Dr Agus Yusof, mengenai pengkritik itu biasanya datang daripada kalangan pembangkang Mohd Fadhil menjawab bahawa menafikannya dengan menyatakan bahawa ia boleh datang daripada kalangan ahli parlimen yang dilantik daripada kalangan parti pemerintah sendiri.


"Bahkan pembangkang ini tidak perlu bertanding dalam pilihan raya, sebaliknya kerajaan boleh memberikan platform badan bukan kerajaan atau NGO kepada mereka untuk membolehkannya berperanan.

"Pembangkang yang ada pada hari ini sudah tidak relevan," tegasnya.
Sementara itu, ketika membincangkan mengenai tuntutan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) sebelum ini yang menuntut agar Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) memanjangkan tempoh berkempen.


Beliau juga menyatakan bahawa tempoh kempen dalam pilihan raya yang panjang hanya membuang masa rakyat.
"Pilihan raya adalah gangguan kepada rakyat kerana kita bermain dengan emosi mereka.
"Ia juga akan menyebabkan emosi rakyat berasa terganggu dengan tekanan-tekanan yang tidak perlu," katanya.


Beliau mengambil contoh negara Singapura dalam mengamalkan kempen yang berkesan dan tidak sekadar memberikan tumpuan kepada tempoh berkempen semata-mata.
"Kenapa sekarang baru hendak disuarakan?" ujarnya lagi.
Jelasnya, kerajaan yang ada sekarang ini adalah merupakan kerajaan yang sudah cukup baik yang perlu dikekalkan tanpa perlu memberi ruang kepada pembangkang dalam pilihan raya nanti.


"Dengan kerajaan yang ada sekarang inilah, saya berupaya menjadi seorang pegawai yang berkualiti dan cekap," tegasnya.
Mengulas mengenai isu yang sama, seorang lagi ahli panel rancangan tersebut, Ahli Palimen Sri Gading, Dato' Mohamad Aziz berkata, isu tersebut bukan mengenai tempoh kempen yang menentukan kemenangan dalam sesebuah pilihan raya.
"Bahkan pada pilihan raya 1999, BN banyak kehilangan kerusi dalam keadaan tempoh kempen sebanyak lapan hari sahaja. Apa lagi yang tak cukup?" katanya.
Beliau mendakwa pembangkang hanya suka membuat kecoh dan andaian semata-mata.
"Mereka sekadar suka menganjurkan perhimpunan haram, buat bising dan buat cerita yang bukan-bukan," demikian ujarnya.


Pada masa yang sama, Harakahdaily juga menerima maklumbalas daripada penonton rancangan tersebut yang mendakwa Hujah yang disiarkan oleh TV9 ini telah menjadi pentas untuk Umno-BN menyebarkan propaganda mereka.

"Saya tak berpuas hati, kenapa pihak penerbit hanya jemput kedua-dua ahli panel yang menyokong sebelah pihak yang menyebabkan perbincangan menjadi tidak seimbang serta tidak mewujudkan idea yang pelbagai," ujar seorang pemanggil yang tidak mahu dikenali. - mr

Kenyataan Hamid Othman menyimpang dari Islam

January 29, 2008

Oleh Awang Harun

KUALA TERENGGANU, 29 Jan (Hrkh) – Kenyataan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman (foto) berhubung pelaksanaan hukum hudud dalam negara Islam menyimpang jauh daripada ajaran Islam.Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata, pelaksanaan undang-undang Islam termasuk hukum hudud merupakan ciri sebuah negara Islam.

Menurutnya, undang-undang Islam yang merangkumi hukum hudud mesti dilaksanakan di dalam pemerintahan Islam.

Ini, kerana katanya ia adalah perintah Allah dan Rasulullah yang mempunyai nas qat’i di dalam al-Quran dan hadis.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hamid dalam sebuah akhbar kelmarin bahawa penilaian sama ada negara ini mengamalkan Islam sepenuhnya ataupun sebaliknya tidak wajar dilihat daripada satu isu sahaja.
Sebagai contoh kata Abdul Hamid, hukum hudud yang mahu dilaksanakan di negara ini tidak sepatutnya dijadikan isu besar kerana ia bukan tuntutan fardu ain.
“Kenyataan Abdul Hamid itu jauh menyimpang daripada Islam, kalau nak mengampu pun tidak sepatutnya beliau yang mempunyai pendidikan agama membuat kenyataan seperti itu,” ujarnya yang juga AJK Dewan Ulamak PAS Pusat.


Tambahnya, Hamid juga perlu menyedari bahawa negara ini masih mengekalkan dasar sekular dan pemerintah yang ada menolak dan menentang pelaksanaan undang-undang Islam.
Justeru katanya, adalah tidak wajar sama sekali bekas menteri itu membuat kenyataan sedemikian yang mengelirukan masyarakat Islam di negara ini. - mns

Keputusan yang dibuat Suruhanjaya Haidar menghakis keyakinan rakyat

Suruhanjaya Haidar di dalam memutuskan untuk tidak menerima bukti wujudnya konspirasi menetapkan keputusan mahkamah telah menghakis keyakinan orang ramai bahawa kerajaan hari ini serius di dalam mengembalikan kedaulatan undang-undang di Malaysia.
-->


Saya amat kecewa bahawa Suruhanjaya Haidar telah memutuskan bahawa saya tidak perlu dipanggil untuk memberikan bukti wujudnya rasuah sebagaimana disebutkan di dalam petikan kenyataan saya yang diserahkan kepadada Suruhanjaya Haidar. Saya yakin bukti yang saya dapat berikan mampu membantu Suruhanjaya Haidar untuk mendapatkan kebenaran di sebalik kemelut yang melanda sejarah kehakiman Malaysia ini.

Keputusan Suruhanjaya untuk tidak membenarkan saya memberi keterangan sudah semestinya akan menimbulkan tanggapan ada kuasa-kuasa di belakang tabir yang menentukan keputusan tersebut. Kuasa-kuasa ini cukup berpengaruh sehinggakan Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk berbuat apa sahaja bagi menafikan saya memberikan bukti, meskipun bukti tersebut sudah semestinya akan membantu menjelaskan keterangan-keterangan lain yang telah diberikan selama ini. Namun, para pesuruhjaya (terutamanya Tan Sri Haidar) tidak mengambil peluang ini untuk mencari punca sebenar skandal ini, tetapi menghabiskan masa mereka dengan isu-isu prosedur dan tafsiran yang terhad tentang bidang kuasa mereka.

Tujuan dan matlamat siasatan ini ialah untuk memastikan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa hakim-hakim di negara kita boleh menjunjung keadilan tanpa kecuali. Malangnya, para pesuruhjaya mengambil tafsiran yang terhad terhadap terma-terma rujukan dan sekali gus mengelak daripada menyiasat rasuah yang paling jijik sekali bahawa keputusan di dalam mahkamah kita boleh diatur, dan bukannya mengapuskan barah rasuah ke akar umbinya. Secara asasnya, video Lingam menunjukkan pihak yang berkemungkinan terjebak atau sememangnya terlibat dengan rasuah dilantik ataupun dinaikkan pangkat sebagai hakim. Para pesuruhjaya tersilap di dalam hanya membenarkan bukti penetapan perlantikan hakim tanpa membenarkan bukti rasuah diambil kira.

Sebelum penubuhan Suruhanjaya DiRaja ini saya sudah mendesak agar terma rujukan siasatan ini mestilah cukup luas dan jelas bagi memastikan kemaslahatan umum dipelihara. Jelas, perkara ini tidak berlaku. Akibat daripada terma rujukan yang tidak dihurai dengan baik dan terma rujukan yang terhad, para pesuruhjaya kini telah membuat ralat yang nyata.
Justeru, di dalam pendekatan yang teramat pincang ini, Suruhanjaya bukan sahaja gagal mendapat gambaran sebenar situasi ini tetapi sama ada secara sedar atau tidak terlibat di dalam menghalang penegakan undang-undang. Saya tidak menggunakan istilah ini dalam konteks perundangan yang terhad tetapi konteks etika dan moral yang lebih luas bagai mengambil kira harapan tulen rakyat. Dan menjadi harapan sebenar rakyat bahawa prosiding siasatan ini dijalankan supaya keadilan dapat dicapai secara meyakinkan.


Saya juga menyeru Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil tindakan segera bagi menjelaskan terma rujukan bagi memastikan bukti rasuah termasuk penetapan keputusan mahkamah bermula dengan penyingkiran bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas diterimapakai di dalam siasatan ini.

Sekiranya kerajaan benar-benar serius di dalam memerangi rasuah serta mengembalikan keyakinan terhadap institusi kehakiman, inilah peluang untuk mereka membuktikan komitmen mereka. Sudah sampai masanya Perdana Menteri mengambil tindakan tegas bagi membawa mereka yang merosakkan institusi kehakiman, tidak kira apa jawatan mereka ke muka pengadilan, bukan dengan hanya melaungkan slogan muluk-muluk tentang prinsip ketelusan dan akauntabiliti.

Saya mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertindak segera bagi memastikan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa dapat diyakinkan bahawa kerajaan beliau serius di dalam memerangi rasuah dan benar-benar mahu menegakkan kedaulatan undang-undang.

ANWAR IBRAHIM

Dolah beri Samy Thaipusam

January 28, 2008

Di tengah haba tunjuk perasaan Hindraf 25 November 07 masih terasa, dan di tengah Datuk Seri Samy Vellu disorak oleh masyarakat Tamil kerana mereke kecewa dengannya; maka Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi setuju dengan tuntutan masyarakat Hindu menjadikan Hari Thaipusam sebagai hari cuti umum di ibu kota Kuala Lumpur dan Putra Jaya. -->
Selangor memang sudah lama cuti umum.
Ia satu perkembangan yang menarik dan berani dari Perdana Menteri Abdullah Badawi, kerana empat Perdana Menteri sebelumnya sejak 50 tahun tidak menjadikannya cuti umum; tetapi menyetujui apa yang tidak pernah dipersetujui apa yang pemimpin lain sebelumnya tidak memperkenankannya.
Mengapa Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Dr. Mahathir tidak pernah memperkenankannya tidak diketahui. Mereka diketahui sebagai orang yang toleran. Terutama Tunku. Banyak tuntutan orang bukan Melayu diperkenannya hingga ada yang menganggap beliau 'menjual bangsa'.
Takutnya Tunku kepada ancaman perkauman hingga beliau sanggup memerdekakan Singapura dari Malaysia.
Thaipusam telah disambut di Tanah Melayu sejak sebelum merdeka dan memang ia antara perayaan yang menarik. Penjajah British tidak menjadi cuti umum pada hari itu pada hal sambutan di kuil jalan ke Kebun Bunga, Pulau Pinang sudah menarik perhatian pelancong. Masa itu pelancongan tidak dipromosikan.
Dan apabila Tunku menjadi Perdana Menteri, seorang yang dikenali sebagai orang paling disayangi oleh semua orang bukan Melayu tidak pernah memikirkan untuk menjadikan hari cuti umum.
Adakah ia tidak dituntut oleh masyarakat Hindu? Apakah masyarakat Hindu ketika itu kurang semangat agamanya dan tidak menjadikan perkara itu satu tuntutan yang mendesak? Apakah semangat 'Hindu Hadhari' belum pernah difikirkan seperti sekarang?
Pernah Tun Razak sebelum menjadi Perdana Menteri dirasakan oleh masyarakat bukan Melayu dan orang luar sebagai nasionalis Melayu tulen dan toleransi terhadap bukan Melayu tidak seterbuka Tunku. Itu sekadar sangka orang.
Tetapi Tun Razak membuat apa saja bagi mengelakkannya disangka tidak toleran apabila menjadi Perdana Menteri. Bagi menarik hati masyarakat bukan Melayu, Tun Razak menjalin hubungan diplomasi dengan Tanah Besar China pada ketika tiada negara Asean asal yang berani berbuat demikian. Takutkan China komunis pada masa itu adalah sikap semua negara non-komunis Asia Tenggara.
melawat China
Tun Razak memecah kebekuan itu dengan melawat China dan sepulangnya dari Beijing, dia mengisytiharkan cuti umum sehari di seluruh negara. Demikian politik supaya dikatakan toleran oleh Tun Razak. Tetapi dia tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menjadikan cuti umum bagi Thaipusam.
Punya nak menjaga hati orang bukan Melayu Dr. Mahathir hampir menjadikan semua sekolah kebangsaan sebagai sekolah Inggeris. Dikatakannya tidak mahir bahasa Inggeris menjadikan rakyat mundur, suatu pandangan yang tidak disetujui oleh para pendidik dan budayawan Melayu. Kerana pandangannya disenangi oleh orang Melayu, maka diingggeriskan pengajaran sains dan matemaik saja.
Politiknya adalah sekadar untuk memenangi hati orang bukan Melayu. Tetapi dia tidak pernah menimbangkan tuntutan MIC dan Samy Vellu yang mendesak supaya hari Thaipusam dijadikan cuti umum.
Semasa pentadbiran Dr. Mahathirlah MIC dan badan-badan NGO menuntut hak kebudayaan masyarakat India diberi layanan yang lebih baik termasuklah menjadi Thaipusam hari cuti umum. Ada tindakan diambil bagi meningkatkan kebudayaan dan kehidupan masyarakat India, tetapi tetap Thaipusam tidak dijadikan cuti umum.
Sekalipun permintaan itu tidak pernah dilayan, tetapi tiada siapa boleh mengatakan keempat-empat Perdana Menteri sebelum ini sebagai pemimpin yang tidak toleran atau orang yang tidak mengambil berat tentang hak-hak agama lain.
Walaupun Tunku tidak menjadikan cuti umum pada hari Thaipusam, Tunku tetap dikira sebagai orang yang paling disenangi oleh semua bukan Melayu dan orang yang membela nasib semua kaum. Tidak dikata dia cauvinis kerana tidak menjadikan cuti umum pada hari Thaipusam.
Tiada sesiapa mengatakan Tun Razak, Tun Hussein dan Dr Mahathir sebabgai orang yang mementingkan nasib dan kepentingan bangsa Melayu saja walau pada zaman mereka tiada cuti umum bagi Thaipusam.
dianaktirikan
Tetapi ketegangan kaum dirasakan ketara sejak akhir-akhir ini. Kerajaan Malaysia dirasakan tidak melakukan secukupnya untuk melayan kepentingan kaum bukan Melayu termasuklah kaum India. Ia dikira tidak toleran malah ada yang merasakan kaum India itu dianaktirikan. Bukan saja dikatakan kaum itu dibiarkan menjadi golongan miskin, dan hak keagamaan mereka diabaikan.
Justeru itu Perdana Menteri Abdullah Badawi telah diberi memorandam oleh sepuluh menteri bukan Melayu dalam kabinetnya. Tidak pernah menteri-menteri bukan Melayu tergamak menghantar memorandum kepada Perdana Menteri sebelum beliau dan malah siapa dari mereka berani mempersoal wibawa masing-masing sebagai Perdana Menteri. Tetapi amat malang bagi Perdana Menteri, pernah Ong Ka Ting, Samy Vellu, Kim Yeik dan lain menghempas memorandum ke mejanya.
Sesudah memorandum itu dibacanya, mereka tarik balik memorandum itu.
Untuk menjadi Perdana Menteri yang toleran dan bagi mengekalkan harmoni kaum dan memupuk perpaduan dan persaudaraan, diistiharkan cuti umum bagi Thaipusam bermula di Wilayah Persekutuan.
Jadilah Datuk Seri Abdullah Badawi PM paling toleran, mengalahkan Tunku dan lain-lain. Adakah ia menjamin harmoni atau menambah menajam perasaan dalaman? Moga-moga ia terus menyemarak harmoni negara.- tajdid

Taipusam, daulat dan umat Islam

Oleh asli"

Setiap tahun kerajaan Malaysia sentiasa toleransi terhadap pelbagai agama seperti Budhha, Hindu, Kristian. Namun apakah terfikir oleh kerajaan Malaysia bahawa disana ada umat Islam yang terlibat.Umat Islam Umat Islam yang terlibat majoroti adalah sebagai penguatkuasa seperti PDRM, Majlis pembandaran, Alam Flora. Artikel ini bukan untuk 'lari' dari tugas yang diberi tetapi sekadar memberi pandangan agar agama2 lain di Malaysia yang mengaku sebagai negara Islam yang sinonim dengan mentauhidkan Allah SWT tidak sehingga kearah mendaulatkan berhala2 lain.

Saya melihat berhala2 lain dikawal rapi penganutnya, berhalanya, jalan-jalannya seolah daulatnya amat kuat.Amat mengelirukan ummah ialah apakah yang lebih besar tauhid atau berhala,anternatif lain patut difikirkan dan sesuai dengan kemodenan sekarang iaitu kemudahan pengakutan yang laju dan mudah sampai agar mudah menangkis kecelaruan jalanraya dan agama.

India2 Muslim

Sebagai contoh taipusam,kita patut ingat India2 muslim antara yang selalu mendampingi para penganut Hindu,Hindu yang sinonim dengan India pasti pendakwah dari India2 muslim mendekatinya,kerajaan Malaysia pula mendaulatkan berhala2nya dengan dikawal rapi oleh penguatkuasa,ia amat mengkecewakan para saudara India Muslim.Memang dakwah adalah tanggungjawab setiap muslim tanpa mengira bangsa,namun mereka (India muslim) lebih tahu bahasa,budaya, pendekatan yang sesuai dan tak semua umat Islam mahir berbahasa India, faham budaya. Disini golongan India muslim lebih kehadapan berbanding muslim lain.

asli"

Daripada Abi Said Al-Khudri RA, beliau telah mendengar Nabi bersabda:

Daripada Abi Said Al-Khudri RA, beliau telah mendengar Nabi bersabda:

Sesiapa yang melihat sesuatu perbatan yang tidak baik (mungkar), hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya; jika tidak boleh, cegahlah dengan lidahnya; jika tidak boleh juga hendaklah dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman – Riwayat MuslimDari Ibn ‘Abbas RA., dia berkata, “Suatu hari aku berada di belakang Nabi SAW., lalu beliau bersabda, ‘Wahai Ghulam, sesungguhnya ku ingin mengajarkanmu beberapa kalimat (nasehat-nasehat), ‘Jagalah Allah, pasti Allah menjagamu, jagalah Allah, pasti kamu mendapatinya di hadapanmu, bila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah dan bila kamu minta tolong, maka minta tolonglah kepada Allah. Ketahuilah, bahwa jikalau ada seluruh umat berkumpul untuk memberikan suatu manfa’at bagimu, maka mereka tidak akan dapat memberikannya kecuali sesuatu yang telah ditakdirkan Allah atasmu, dan jikalau mereka berkumpul untuk merugikanmu (membahayakanmu) dengan sesuatu, maka mereka tidak akan bisa melakukan itu kecuali sesuatu yang telah ditakdirkan Allah atasmu. Pena-pena (pencatat) telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering.” (HR. at-Turmudzy, dia berkata, ‘Hadits Hasan Shahih’. Hadits ini juga diriwayatkan Imam Ahmad)

Tiba Masanya Kita Dedahkan Rasuah Musa Hassan Kepada Rakyat!!

Tiba Masanya Kita Jatuhkan Musa Hassan dan Unit Cawangan Khas Umno bukit Aman.!!

Jelaslah kepada kita sekarang, Musuh kita bukan hanya SPR dalam kita menuntut perubahan, tetapi ia melibatkan unit yang amat setia kepada Pemimpin yang Zalim iaitu unit Cawangan Khas Bukit Aman , satu entiti dalam PDRM yang sering dipergunakan oleh pemimpin Umno, Mengapa saya fokuskan Unit Cawangan Khas dan tidak Polis keseluruhannya? Ia adalah kerana 2 peristiwa kejam dan tragis terhadap demokrasi Negara kita akhir akhir ini alatnya adalah Unit Cawangan Khas Bukit Aman.

Pengalaman saya diperhimpunan bersih juga Polis biasa hanya sekadar menjadi pemerhati, yang beria ia menjaga dan menangkap ini terdiri dari unit cawangan Khas.Kini unit ini kembali cergas sepenuhnya dibawah Musa Hassan setelah Datuk Ramli Yusuf berjaya disingkirkan dalam Konspirasi sulit Musa Hassan, manakala kordinator bagi Musa Hassan adalah timbalannya Ismail Omar. Unit cawangan Khas ketika ini bertindak ala Polis cawangan Shah Iran dipuncak kuasanya menentang kebangkitan penyokong revolusi Iran .

Sebelum ini saya pernah mendedahkan siapa Ismail Omar, Mengapa dia berani bertindak kejam dan saya juga pernah menceritakan bagaimana selepas ini Mahkamah akan digunakan Polis bermula dari dia dilantik sebagai Timbalan ketua Polis Negara. Ismail Omar yang pernah menjadi pendakwa dan berkelulusan Undang Undang dan dia amat licik menggunakan pengalamannya bagi menjadi barua yang setia kepada pemimpin yang Zalim.Mengapa dia menggunakan Mahkamah? malah dipergunakan Mahkamah Majistret yang Majisteretnya juga boleh terdiri dari anggota Polis.dan Mahkamah Majistretlah yang paling mudah dipergunakan kerana Mahakamh ini adalah standard Mahkamah yang membicarakan soal Saman Trafik dan soal bergaduh soal hutang.dan apa susahnya kalau nak minta arahan jangan mengadakan perhimpunan.

Kerja Ismail Omar dan Musa Hassan kini tidak lagi diganggu kerana Datuk Ramli Yusuf berjaya disingkirkan. Apalagi harapan kita kepada PDRM? Masih adakah mereka didalam PDRM yang bersimpati dengan kita sebagai agen perubahan,dan masih ada lagikah orang seperti Datuk Ramli Yusuf yang berani menyiasat dan mendedahkan kebobrokan Ketua Polis dan teamnya yang bersengkongkol dengan penjenayah.

Disinilah letakkanya peranan kita sekarang. Ingat!! Kita kini berhadapan dengan unit cawangan Khas dan bukan Polis keseluruhannya. Apakah kita hanya menunggu nunggu tarikh satu satu perhimpunan? Lalu semua pemimpin kita ditangkap, apa usaha kita selain dari perhimpunan untuk kita menuntut perubahan, bukan salah untuk berhimpun tetapi mestilah ada usaha bersungguh sungguh melakukan perubahan. Iaitu usaha diluar daripada kita membuat perhimpunan. Kali ini kita bukan lagi berhadapan dengan SPR malah Unit Cawangan Khas. Apakah tidakMusatahil Unit cawangan khas ini juga memainkan peranan memenangkan Umno pada pilihanraya akan datang? Kerana SPR tidak mampu bertindak bersendirian, jangan lupa Polis dan SPR pernah berkumpul di Pulau Pangkor bersama Abdullah Badawi bagi membincangkan soal Pilihanraya.

Kini Unit Cawangan Khas bukan l;agi bekerja untuk membanteras jenayah, mereka tidak mampupun untuk menangkap pembunuh Nurin dan penculik kepada Sharline, kerja utama mereka bukan menjaga kententraman rakyat kini mereka menumpukan usaha menjaga kedudukan pemimpin Umno. Kalau diikutkan prestasi Musa Hassan yang meningkatnya indeks Jenayah Negara kepada 13% manakala kes rogol lebih 100% dibawah pentadbirannya , Musa Hassan seharusnya dipecat! Tetapi Abdullah Badawi menyambung Kontrak Musa Hassan 2 tahun lagi.

Siapa yang sebenarnya harus kita jatuhkan? Siapa yang harus kita dedahkan rasuah dikalangan mereka, dan siapakah kini yang harus kita tumpukan agar mereka dilumpuhkan. Apakah dikalangan Polis kebanyakan tahu apa dokumen rasuah yang didedahkan Raja Petra melibatkan Musa Hassan? Kenapa kita membiarkan pendedahan berharga Rasuah Musa Hassan oleh raja Petra berserta dokumen affidavit dan salinan surat sulit yang telah didedahkan sebagai bahan arkib atau bahan sejarah ? kenapa tidak kita mula dedahkan salah laku Musa Hassan dikhalayak awam? Dan kenapa kita tidak hantar salinan dan terjemahan pendedahan Raja Petra ke balai balai Polis seluruh Negara agar mereka tahu dengan siapa mereka bekerja, dan siapakah Musa Hassan.

Disinilah bermulanya tugas kita sebagai agen perubahan. Dan inilah waktunya yang paling sesuai Ketika ini soal keselamatan awam dan kes Sharline menjadi tumpuan awam, kes ini gagal diselesaikan oleh Polis. sudah tiba masaya Rakyat marhaen semua tahu apakah punca kejadian jenayah berleluasa dan jenayah gagal ditangani, Sebabnya Ketua Polis kita menjadi alat penjenayah yang dikenali sebagai Goh Chen Poh@ tengku. Kini tiba masanya kita bukan sahaja menarik sokongan rakyat menyokong kita tetapi menarik sebahagian anggota polis dan tentera menyokong kebangkitan rakyat.

Pas dan Keadilan perlu berani mengambil langkah memulakan kempen pendedahan Rasuah ketua Polis Negara.. Dari membiarkan pemimpin kita ditangkap kerana berhimpun, lagi elok kalau mereka ditangkap kerana mendedahkan Rasuah Ketua Polis Negara. Ingat pendedahan Raja Petra berserta bukti Afidavit dan Dokumen sulit. Ia bukan cerita kosong kedai kopi, malah ia disahkan lagi dengan pengakuan Datuk Ramli Yusuf. Malah secara terbuka bekas ketua polis Negara Tun Hanif Omar mengatakan 40% anggota polis Rasuah dan terbahagi ke[ada dua, apakah kita tidak boleh menarik sebahagiannya kepada kem pembangkang? ia tidak musatahil.. Anwar telah berjaya menjatuhkan Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairus , Ezam berjaya menjatuhkan Ketua Pengarah BPR dengan pendedahan Mereka, pendedahan mereka dibantu Media sedikit sebanyak.

apakah Mustahil kita mampu menjatuhkan Musa Hassan dan Unit Cawangan Khas Umno ini? Kerana mereka inilah menjadi dinding kebal Umno dalam usaha kita menuntut perubahan, lebih elok kempen kita kali ini cuba kita resapi ke dalam kem kem tentera. Tidak ada cara lain lagi kita mampu melawan mereka.

Kita kesuntukan masa, inilah masa yang paling sesuai. Rakyat dahagakan satu perubahan!! Ingat Polis dan tentera yang baik juga dahagakan perubahan!! Ayuh kita pecahkan tembok kezaliman. Kalau mereka Polis (unit Cawangan Khas) beria ia mahu menjadi alat kepada Umno menangkap pemimpin pembangkang, ayuh Pembangkang kita Isytiharkan Perang kita kepada mereka. Kita dedahkan Rasuah Musa Hassan. Biar rakyat tahu siapakah sebenarnya ketua polis Malaysia .
Apakah Tindakan Kita Mulai Sekarang?


Kumpulkan dari artikel Pendedahan Raja Petra dalam siri Corridor Of Power berkenaan Rasuah Musa Hassan, Terjemah dan membuat cetakan.

2. Sebarkan dengan Surat arahan Kepada Cawangan cawangan Pas dan Keadilan Seluruh Negara agar mereka menyebarkanya seluruh Rakyat.Manakala Pos dan hantarkan kepada seluruh Balai Polis dan Kem tentera seluruh Negara. Adakalanya Surat arahan itu penting agar perkara ini dilakukan ahli dan cawangan secepat mungkin dengan berasa bertanggung jawab..

3. Sebarkan di Seluruh Masjid diseluruh Negara selepas Sembahyang Jumaat. Dan lakukan juga sebaran risalah masalah Harga minyak da barang. Dan aktiviti edaran risalah ini penting, saya hanya pernah jumpa risalah Hizbu Tahrir, dimana risalah Pas dan Keadilan? Ayuh Kita Lakukan Penyebaran Risalah melawan regim Abdullah Badawi, Regim ini kini menggunakan sepenuhnya Unit cawangan khas yang terdiri daripada Polis yang menjadi barua penjenayah dan gangster. Malah dengan berita terbaru bagaimana Polis Menahan sejumlah besar peserta Protes kenaikan Harga barang kini Sah mereka telah diperkudakan sepenuhnya.

Ayuh PAS dan Keadilan segera menghantar surat ke cawangan cawangan mereka seluruh Negara agar mereka bersedia menghantar seramai mungkin ke perhimpunan BERSIH 23 Febuari Depan!! Ayuhhh Kita himpunkan setengah juta Rakyat kita pecahkan tembok kezaliman!! Kalau takut dengan perjuangan usah bicara soal perjuangan…


Kelantan Merintis Perubahan

January 27, 2008


KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN

1. Cuti 2 hari seminggu

2. Cuti bersalin 60 hari

3. Pinjaman tanpa faedah

4. Pajak Gadai Islam (Ar-Rahn)

5. Rumah Tiga bilik

6. Menutup Premis Perjudian & Pusat Hiburan

7. Papan Iklan Wanita menutup aurat

8. Maahad Tahfiz Sainz

9. Bandar Raya Islam

10. Skim Takaful Warga Emas (percuma)

Tafsir al-Maidah ayat 79: Cegah mungkar dengan kekuasaan

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang disebut oleh Ibnu Majah di dalam kitabnya bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Suruhlah kamu kepada yang baik dan cegahlah kamu daripada kemungkaran, sebelum berlaku bahawa kamu berdoa, tetapi tidak diperkenankan kepada kamu." -->

Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud; "Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman."

Seseorang itu jika melihat kemungkaran berlaku di hadapan matanya, sekiranya boleh diubah dengan tangan, makan gunakanlah ia, jika berkuasa berbuat demikian.
Sebagai contoh sekiranya benda itu layak dibakar api atau dihancurkan, maka benda itu perlulah dilakukan demikian selepas ditegur dengan lidah, kemungkaran itu tetap tidak berubah dengan syarat jangan membawa fitnah yang lebih besar.

Yakni sekiranya cegahan dibuat dengan tangan, berlaku tindakan yang lebih besar fitnahnya maka ia adalah dilarang kerana kita hendaklah mengelak fitnah yang lebih besar.
Ertinya jika menggunakan tangan, kemungkaran itu berhenti, maka adalah wajar cegahan dengan tangan digunakan.

Sesetengah ulama mengatakan bahawa yang mempunyai kemampuan itu adalah kerajaan. Dia berupaya menyuruh kepada perkara yang baik dan mencegah kemungkaran dengan tindakan undang-undang.

Jangan pula berlaku kerajaaan sendiri memberi lesen untuk membenarkan orang ramai melakukan maksiat atau kemungkaran dengan meluluskan lesen judi, arak dan seumpamanya.
Kerajaan memberi alasan kononnya tindakan tersebut bertujuan mengawal kegiatan maksiat di kalangan rakyat. Jika demikian kenapa lesen mencuri tidak diberikan kepada pencuri dan perompak untuk mengawal berlakunya kecurian dan rompakan?

Bukan bererti mengawal sesuatu kegiatan itu dengan memberi lesen kepada sesuatu organisasi atau indivisu tetapi mengawal juga boleh berlaku dengan menyediakan tempat atau sebaliknya.
Jika diambil contoh untuk mengawal supaya orang ramai tidak buang air merata justeru disediakan tandas, bukan bererti untuk mengawal kecurian dan rompakan disediakan pula tempat untuk aktiviti jenayah berkenaan.

Ini kaedah yang tidak boleh dipakai dari segi undang-undang dan akal fikiran yang waras. Bukan semua kaedah boleh dipakai dalam semua perkara kerana kaedah penyelesaiannya berlainan antara satu perkara dengan satu perkara lain.

Misalnya, untuk menimbang emas dan getah mestilah memakai dacing berbeza bukan hanya dengan menggunakan satu dacing sahaja.
Ertinya pemerintah mesti mencegah kemungkaran, iaitu mengenakan tindakan undang-undang mengikut hukum Islam terhadap segala kesalahan jenayah dan maksiat kerana inilah maknanya mengubah dengan tangan.

Dan antara orang yang mampu mengubah dengan tangan juga adalah ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Jika anak-anak mereka melakukan kemungkaran termasuk tidak mengerjakan solat maka menjadi tanggungjawab ibu bapa menggunakan kuasa yang ada pada mereka termasuk menggunakan tangan bagi mengubah perbuatan mungkar yang dilakukan oleh anak-anak mereka.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Suruhlah anak kamu mengerjakan sembahyang ketika umurnya tujuh tahun. Pukullah mereka bila umurnya 10 tahun (jika tidak mengerjakan sembahyang)."

Begitulah juga dalam perkara yang lain. Apabila seseorang anak itu mencapai umur 10 tahun, maka diizinkan mengenakan tindakan memukul ketika melakukan kesalahan yang bercanggah dengan hukum agama.

Pukulan yang dibuat ialah pukulan mendidik, bukan pukulan marah dan geram yang mencederakan tubuh badan anak berkenaan. - lanh

KOMEN ORANG CINA TERHADAP MELAYU

Berikut adalah pandangan wartawan muda orang Cina terhadap orang Melayu.. Bacalah dengan perasaan minda yang terbuka.

Oleh Tay Tian YanSin Chew Daily

Jangan kita berbalah mengenainya lagi. Tiada siapa di Malaysia yang mencabar hak-hak orang Melayu atau status Islam.Tetapi sebaliknya, semua warga Malaysia (termasuk orang bukan Melayu) berharap orang Melayu akan memperbaiki kaum mereka sendiri dengan lebih pantas. Begitu juga orang bukan Islam berharap kejayaan Islam Hadhari yang dibawa oleh Pak Lah.Orang bukan Melayu sedar bahawa penduduk negara ini ialah 60% orang Melayu dan 65% penduduk beragama Islam.

Jika orang Melayu dan Islam tercicir di belakang dalam pembangunan, seluruh negara tidak akan bergerak ke hadapan.Dengan itu, bukan saja orang bukan Melayu akan mengelak daripada menggunakan taktik kotor atau mengambil kesempatan situasi yang ada, malah mereka akan senyap-senyap lakukan yang termampu membantu orang Melayu menghadapi keadaan tersebut.Saya ada seorang kawan Cina yang mempunyai sebuah perniagaan yang agak berjaya. Ramai orang mahu melabur dalam perniagaannya dan bersama dalam program francaisnya, yang bernilai agak besar.

Bagaimanapun, bagi membantu membangunkan Melayu, dia telah menyediakan hak francais kepada orang Melayu dengan percuma, malah membantu mereka mendapatkan dana dan membuka kedai-kedai mereka.Alasannya semata-mata altruistik; dia tidak mengharapkan apa-apa pembayaran atau pampasan bagi usaha-usahanya itu. Dia hanya berharap dia dapat bantu rakan Melayunya berjaya.Dia mahu buktikan bahawa orang Melayu boleh berjaya dan orang bukan Melayu boleh bekerja sama.Sedihnya, projek tersebut gagal.

Perniagaan yang dijalankan oleh orang Melayu yang telah dibantu, semua mengalami kerugian dan terpaksa ditutup. Terdapat banyak sebab mengapa perkara tersebut berlaku, melibatkan pengurusan kewangan dan perbelanjaan, begitu juga jumlah masa dan usaha yang diluangkan.Dengan tidak disangka-sangka, perniagaan orang Melayu yang tidak menerima bantuan telah berkembang maju. Pemilik Melayu tersebut telah mendapatkan dananya sendiri dan bekerja bersungguh-sungguh dalam perniagaan francaisnya.

Dia merupakan satu-satunya penerima francais Melayu yang berjaya dalam seluruh kumpulan tersebut.Mungkin kita boleh belajar sesuatu daripada semua itu: kejayaan boleh dicapai bagi orang Melayu yang kerja keras. Masalahnya ialah apabila semua disuapkan ke mulut, mereka tidak tahu menghargainya.Menggunakan dana perniagaan untuk membeli kereta-kereta mewah. Menghabiskan masa yang bernilai di padang-padang golf atau temujanji- temujanji yang tidak menambah nilai. Lemah pengurusan dan pengetahuan pemasaran. Buku kira-kira yang cacamarba. Pekerja yang tidak bersemangat. Penyelewengan.

Dengan amalan dan masalah yang seperti ini, memang tidak lama bagi sebuah perniagaan akan menjadi lingkup. Walaupun dengan peluang yang turun dari langit sekalipun, akan jadi abu jika ia disalahuruskan.Begitu juga, orang Cina yang mempunyai mentaliti generasi kedua dan hanya tahu bagaimana membuat tuntutan tanpa berbuat apa-apa, itu tidak akan menghasilkan apa-apa. Tidak kira tinggi mana kedudukannya atau banyak mana keistimewaan yang diberikan, dia tidak akan mencapai kejayaan.Kejayaan atau kegagalan tidak bergantung kepada kaum atau agama; ia tidak kira sama ada anda seorang Melayu atau bukan Melayu. Apa yang penting ialah sikap, latihan dan semangat.

Dengan itu, banyak yang telah disebut dalam Pemuda Umno dan di Perhimpunan Agung Umno mengenai melindungi keistimewaan- keistimewaan dan ekuiti bumiputera yang sebenarnya tidak bermakna.Jika kita masih terbelenggu dalam perbahasan tanpa menangani permasalahan yang menyelubungi orang Melayu, pembangunan negara akan terbantut dan tidak akan maju ke depan.Walaupun akan dirasa baik untuk melepaskan geram dengan menuding jari kepada orang lain dan mengherdiknya, tetapi adakah itu menyelesaikan permasalahan sebenar?Akhirnya, orang yang dijadikan kambing hitam dilanyak habis-habisan dan akan terfikir sama ada masih ada masa depan bagi kerjasama, sementara orang yang menghentam akan merasa hebat

.Sudah tentu selepas hanya beberapa hari perasaan hebat itu akan pudar, dan masalah sebenar masih belum selesai.12 teras Pak Lah dan ucapan Najib adalah sebahagian mentaliti yang rasional dan berpandangan ke hadapan dan tidak akan berlegar selama- lamanya sekitar isu etnik.
Pemuda Umno dan Umno patut ikut haluan tersebut dan tidak hanya gah menggunakan platfom politik.

PILIH KASIH DALAM MENJATUHKAN HUKUMAN

Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya mengenai isu 'Anak Pontianak' dan 'Faizal Superman'.Dalam hal ini tidak adil jika Faizal sahaja yang dihukum seteruk-teruknya, bagi saya 'Anak Pontianak' itu lagi teruk pelakuanannya (jika gambar itu benar-dari mata saya memang itu gambar real atau mungkin saya rabun).Jangan lupa pula pada Zhana yang turut mengalami perkara yang sama. Dia dilepaskan begitu sahaja tanpa sebarang hukuman, siap boleh dapat tawaran jadi DJ lagi seolah-olah perkara berbogel tu suatu yang membanggakan, malah memurahkan rezekinya.Baru-baru ni saya ada menerima email mengenai gambar 'Aksi lucah' si Dj tu di konti. Nampaknya masih tak insaf sebab dia langsung tidak dihukum semakin galak pula dia beraksi macam tu. Memualkan!.Apa nak jadi dengan orang-orang dalam industri hiburan ni..memang silap Faizal membuka baju. Tapi bagi saya cukuplah sekadar memberi hukuman seperti menjalankan kerja amal dan menarik royalti atau apa sahaja pendapatan.Tapi janganlah sampai dia di ban dari muncul di mana-mana kaca tv atau konsert.. Faizal antara penyanyi yang berbakat dan lagu-lagunya menepati citarasa, apa salahnya bertolak ansur mungkin ini menjadi pengajaran yang terakhir buatnya, kalau betul mahu menghukum Faizal, pastikan mereka yang lain yang berbogel dan beraksi lucah turut dihukum. Barulah adil.Apa pula tindakan kamu wahai ahli seni yang memperjuangkan kebenaran, apa pula tindakan anda pada mereka yang berbogel dan beraksi lucah? Apa pula tindakan anda pada mereka yang melakukan plagiat? Tidakkah perkara itu lagi buruk dan keji?Jika membuka baju sudah menjadi kesalahan besar dan tidak boleh bertolak ansur... mereka-mereka ini lagi teruk perangainya. Jangan menunggu orang lain bising baru nak bertindak.

Ibadah : Azan Mengikut Syarak

January 26, 2008

Di setengah masjid atau surau di kalangan masyarakat kita, ada yang meninggal amalan azan atas sebab-sebab tertentu atau tanpa sebab yang munasabah. Peningggalan azan kerap berlaku terutama azan isyak apabila terdapat kuliah maghrib di masjid atau surau tersebut yang melangkaui masuk waktu isyak. Apakah pandangan terbaik mengikut sunnah terhadap amalan meninggalkan azan samaada atas sebab-sebab tertentu atau sebaliknya?

Kelebihan Azan Pada Pandangan Syarak

Azan ialah zikir yang digunakan untuk memberitahu masuknya waktu solat. Ia disyariatkan di Madinah al-Munawwarah pada tahun pertama hijrah. Para ilmuan Islam sangat menitik beratkan tentang masalah azan sehingggakan menjadi khilaf di kalangan mereka samada azan itu sunat muakkadah atau pun fardu kifayah.

Berkata Imam as-Syirazi di dalam kitabnya al-Muhazzab: “Pada menyatakan hukum azan dan iqamah. Bermula hukum kedua-duanya adalah sunat (muakkadah), dan ada juga dikalangan ulamak kita (yang bermazhab Syafie) yang menganggapnya adalah fardu kifayah. Maka jika berpakat ahli sesuatu negeri atau kawasan untuk meninggalkan kedua-duanya, maka mereka hendaklah diperangi. Ini kerana azan adalah sebahagian daripada syiar Islam, maka tidak harus mencuaikannya”. Berkata Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisi pula (seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabya al-Kafi Fi Fiqhi Ibni Hanbal: “Azan itu disyariatkan umtuk sembahyang lima waktu dan tidak (disyariatkan untuk) sembahyaang-sembahyang yang lain. Ia adalah fardu kifayah kerana ia termasuk dalam syiar Islam yang jelas. Maka kerana inilah, jika sepakat penduduk sesuatu kawasan untuk meninggalkannya, maka mereka hendaklah diperangi kerananya (meninggalkannya)”.

Azan memang disyariatkan untuk setiap sembahyang fardu yang lima. Fonomena yang berlaku di sesetengah kawasan yang meninggalkan azan Isyak merupakan satu keadaan yang kurang elok pada pandangan Syarak. Tetapi mungkin hukum dan keadaan ini tidak disedari oleh sebahagian daripada kita. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila masuknya waktu sembahyang, maka hendaklah salah seorang daripada kamu (melaungkan) azan”. Riwayat Imam Bukari dan Muslim. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad pula, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada (satu kumpulan yang terdiri daripada) tiga orang di sesuatu kampung yang tidak azan dan tidak mendirikan solat berjamaah, melainkan mereka telah pun dikuasai oleh syaitan”.

Fadilat atau kelebihan azan sangatlah banyak. Bahkan khilaf di kalangan ulamak antara kelebihan azan dan menjadi imam. Ada di kalangan mereka yang menganggap bahawa azan lebih afdhal. Ini kerana Rasulullah SAW pernah mendoakan keampuanan untuk para muazzin. (Dalam hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi). Abu Said al-Khudriyy pernah berkata kepada seorang pengembala kambing: “Sesungguhnya aku lihat kamu banyak bersama kambing (peliharaanmu) dan pedalaman (kawasan pengembalaanmu). Maka bila kamu berada di tempat kambingmu (peliharaanmu) atau pedalaman (kawasaan pengembalaanmu), azanlah untuk bersolat. Angkatkanlah suara laungan azanmu itu. Ini kerana tidak ada sesuatu pun yang mendengar suara muazzin samada di kalangan jin mahu pun manusia, melainkan ia akan menjadi saksi (kebaikanmu) pada hari qiamat”. Katanya lagi: Aku mendengarnya daripada Rasulullah SAW”. Hadis riwayat Imam Bukhari.

Maka samalah kita menghidupkan syiar azan ini. Dan janganlah kita meninggalkannya kerana ia adalah syiar Islam yang sangat jelas. Kawasan yang terdengar azan padanya adalah satu petunjuk yang menunjukkan bahawa ada di kalangan penduduknya yang beragama Islam. Tambahan lagi, hikmah daripada pensyariatan azan adalah sangat besar. Ini kerana azan bukan sahaja mengandungi aqidah dan laungan kepada simbol amalan Islam iaitu solat, bahkan ia adalah laungan kepada seluruh muslimin untuk mencapai kemenangan dunia dan akhirat. Laungan ini mengingatkan kaum muslimin supaya mengambil dengan sebab-sebab kemenangan iaitu dengan kembali kepada panduan Allah (al-Qur’an) dan juga RasulNya (Hadis).

Aqidah : Riddah Yang Paling Bahaya

Riddah Yang Paling Bahaya

Murtad merupakan dosa terbesar yang dilakukan oleh seorang muslim. Dosa yang dilakukannya itu telah menghilangkan identitinya sebagai seorang Islam, dan dia bertukar menjadi seorang yang kafir. Dosa yang dilakukannya itu adalah dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik[1], dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu (syirik), bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang sangat besar”..surah an-Nisa’: 48.

Masalah murtad ini sentiasa berlaku. Murtad pernah terjadi di zaman Rasulullah s.a.w., dan juga di zaman-zaman yang lain. Bahkan Abu Bakar juga masyhur dengan kesungguhannya memerangi kaum yang riddah. Cuma murtad yang ada di sepanjang zaman hanyalah masalah yang terpencil. Namun kebelakangan ini, ia sudah menjadi satu gejala, di mana ramai di kalangan muslim yang murtad. Gejala ini berlaku disebabkan kejahilan mereka tentang hakikat Islam yang sebenar. Mereka kurang mengenali Islam, bahkan ada yang langsung tidak memahami Islam. Orang yang betul-betul mengenali dan memahami Islam pasti tidak akan meninggalkan Islam, bahkan akan berjuang mempertahankannya. Orang yang mengenali emas dan permata tidak akan melemparkannya demi untuk mengambil seketul najis. Namun kejahilan telah menimpa umat ini. Dan peluang inilah yang digunakan oleh orang bukan Islam untuk memurtadkan sebahagian umat Islam.

Bila berlakunya murtad, maka ia merupakan satu jenayah. Ini kerana orang yang murtad telah mengkhianati akidah kaum muslimin dan merendah-rendahkannya. Ia juga bererti mengkhianati Negara Islam dan mencabar kedaulatannya. Kerana inilah menjadi tugas pemerintah Negara Islam untuk mengenakan hukuman kepada sesiapa sahaja di kalangan warganegaranya yang murtad. Hukuman ini adalah untuk mengawal gejala penghinaan terhadap kesucian agama Islam sesudah mengenalinya.

Namun, apakah halnya kalau pemerintah yang murtad? Apakah keadaannya kalau pemerintah yang ditugaskan untuk menjaga kesucian agama juga murtad dengan menghina dan mencaci agama? Inilah murtad yang paling bahaya sebagaimana yang disebutkan oleh Dr. Yusof al-Qardhawi dalam kitabnya “Jenayah Riddah dan Hukuman Kepada Si Murtad Mengikut al-Qur’an dan Sunnah[2]”. Kami akan sedutkan di sini kata-kata beliau agar ia boleh membantu kita dalam memahami dan menghadapi gejala murtad ini.

Kata beliau: “Dan murtad yang paling bahaya ialah murtad pemerintah dan murtad pihak berkuasa yang mana menjadi tanggungjawab mereka sebenarnya untuk menjaga akidah ummah, memerangi murtad dan menghalau si murtad supaya dia tidak berada di kalangan masyarakat Islam. Tetapi (apakah keadaannya) kalaulah pemerintah sendiri yang menerajui riddah, samada secara tersembunyi atau terang-terangan. Dia sendiri yang menyebarkan perkara-perkara fasiq, samada secara tertutup atau terbuka, bahkan dia memberikan pelbagai pangkat dan gelaran kemuliaan kepada mereka (orang yang murtad). Dan perkara ini samalah seperti kata pepatah “Penjaganyalah si pencurinya” (atau dalam pepatah melayunya ialah harapkan pagar, pagar makan padi). Atau ia juga boleh dikatakan seperti kata-kata seorang penyair “Penjaga kambing hendaklah menjaga kambingnya daripada serigala, maka apakah keadaannya kalaulah penjaganya itu sendiri adalah serigala”.

Kita lihat golongan pemerintah yang sebegini mencintai musuh-musuh Allah dan memerangi kekasih-kekasih Allah. Mereka merendah-rendahkan akidah, memperlekehkan syariah, tidak menghormati suruhan dan larangan Allah dan Rasul, memandang rendah tempat-tempat suci dan syiar-syiar Islam, menghina para sahabat, keluarga-keluarga Rasulullah, para khalifah yang terpuji, juga merendah-rendahkan ulamak-ulamak ulung dan juga tokoh-tokoh pejuang Islam. Mereka menganggap berpegang dengan ajaran Islam (yang sebenar) sebagai jenayah dan melampau seperti bersolat di masjid bagi lelaki dan memakai hijab bagi perempuan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga mengamalkan apa yang dinamakan sebagai falsafah “mengeringkan tempat keluar air mata” (atau dalam istilah kita seperti “mencantas tunas supaya tidak tumbuh”). Falsafah ini mereka amalkan secara terang-terangan yang mana kita boleh lihat samada dalam sistem pembelajaran dan siaran penerangan sehingga tidak timbul lagi akal yang berfikiran untuk Islam dan tiada lagi ruh keislaman. Mereka tidak berhenti setakat itu sahaja, bahkan mereka menghalau para pendakwah yang sebenar, dan menutup pintu-pintu yang boleh digunakan oleh para pendakwah atau gerakan yang benar, yang ingin menghidupkan kembali Islam dan memakmurkan dunia ini dengan asasnya.

Cuma, apa yang menghairankan ialah, ada sebahagian daripada golongan-golongan ini – sekalipun riddah mereka telah jelas - masih lagi ingin mengekalkan nama Islam. Ini adalah supaya mereka lebih senang untuk menghancurkan Islam dan supaya umat Islam masih lagi menganggap mereka juga sebagai kaum muslimin. Mereka ingin menghancurkan binaannya daripada dalam. Dan ada sebahagian mereka berusaha untuk bertoleransi dengan agama, dengan cara menggalakkan masyarakat mengamalkan agama Islam yang terpesong (yang mereka anjurkan), dengan sambutan daripada golongan yang membakar kemenyan untuk mereka (menyokong mereka) di kalangan orang-orang yang biasa disebut oleh orang ramai sebagai “ulamak kerajaan dan kuli-kuli polis”.

Kalau begini keadaanya, maka semuanya akan tergendala. (Ini kerana) Siapakah yang akan mengenakan hukuman hudud kepada mereka? Jauh daripada itu, siapakah yang akan memfatwakan kekufuran mereka? Padahal ia adalah kekufuran yang “bawwah” (jelas) sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis. Siapakah yang akan menentukan yang mereka ini sudah murtad, sedangkan Majlis Fatwa rasmi dan mahkamah rasmi berada di tangan-tangan mereka?

Tidak ada lagi (yang mampu melakukan perkara-perkara tersebut) selain suara ramai orang Islam dan jantung hati mereka. Yang mana suara mereka ini mesti dikepelai oleh golongan yang bebas (bukan ulamak kerajaan) seperti para ulamak, para pendakwah dan para pemikir yang mana mereka ini tidak akan berdiam diri sekalipun mereka sentiasa disekat dan dihalang, bahkan ia akan bertukar menjadi bukit api yang akan menyala ke arah muka-muka toghut-toghut yang murtad itu. Bukanlah senang untuk menghapuskan masyarakat Islam dengan identiti mereka, dan bukan senang untuk mereka (orang Islam) bertolak ansur dalam masalah akidah pegangan mereka yang merupakan sumber kewujudan mereka dan rahsia kekekalan mereka.
Para penjajah barat telah mencubanya (untuk membuang identiti masyarakat Islam) seperti penjajah Perancis di Algeria, dan penjajah timur juga telah mencubanya seperti Rusia di jajahan taklukan mereka dahulu. Namun mereka semua gagal sekalipun betapa kerasnya dan lamanya tempoh percubaan mereka itu untuk menghapuskan akar umbi identiti keIslaman dan individu muslim, yang mana akhirnya penjajah terpaksa pergi dan yang kekal adalah ISLAM dan kaum muslimin.


Namun, peperangan yang dihalakan ke atas Islam dan para pendakwahnya oleh sebahagian pemerintah yang berfahaman kebangsaan, sekular dan terpengaruh dengan barat di sebahagian negara – sesudah kemerdekaan mereka daripada penjajah - adalah lebih kuat lagi permusuhannya dan lebih besar daripada peperangan yang dilakukan oleh golongan penjajah lagi”.
Inilah yang disebutkan oleh Dr Yusof al-Qardhawi tentang riddah yang paling bahaya. Semoga ia boleh menambahkan kefahaman kita tentang permasalahan riddah yang berlaku dan menjadi sumber kekuatan kita untuk menghadapi gejala riddah ini. Semoga kita termasuk dalam golongan tentera Abu Bakar yang sanggup mati untuk memperjuangkan agama Allah. Amin.
[1] Syirik adalah kekufuran. Semua jenis kekufuran termasuk murtad tidak akan diampunkan Allah SWT.[2] Judul asal buku ini adalah: “جريمة الردة..وعقوبة المرتد في ضوء القرآن والسنة ” . Tidak diketahui samada buku beliau ini sudah diterjemahkan atau belum. Ia setebal 79 m/s dan cetakan pertamanya adalah pada tahun 1996.

APABILA PROFESSOR KANGKONG BERCAKAP, SEMUANYA INDAH

Hanya Firaun dan Namrud larang salahkan kerajaan
Subky Abdul Latif


Saya adalah penonton regular program Forum Perdana Ehwal Islam setiap malam Jumaat di TV1. Yang terbaru ketika berforum di Kangar, saya tidak setuju dengan Prof. Yusuf Hussein, bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang tidak mahu orang menyalahkan kerajaan.
Saya beriman dengan ajaran bahawa kerajaan yang diistilahkan sebagai ulil amri hendaklah dipatuhi.Tetapi kepatuhan kepada ulil amri itu tidak mutlak. Kepatuhan yang mutlak ialah kepada Allah dan Rasul-Nya. Kepatuhan kepada ulil amri sepanjang ia patuh kepada Allah dan Rasul-Nya.
Saya bukan menganjurkan kerajaan yang tidak patuh kepada Allah dan Rasul hendaklah diperangi. Tetapi saya hendak mengatakan kerajaan boleh ditegur dan boleh disalahkan jika diyakini dasar dan tindakannya tidak betul.
Saidina Abu Bakar Siddiq ketika menerima perlantikan sebagai khalifah menuntut kepatuhan umat selagi dirinya berada pada jalan Allah dan Rasul. Tetapi jika beliau tidak mengikut jalan itu, maka beliau minta dibetulkan.
Khalifah Umar al-Khatab membuat permintaan yang dari umat ketika menerima perlantikannya. Lalu bangun seorang pemuda menghunus pedang sambil mengingatkan Amirul Mukminin, pedangnya akan singgah ke lehernya jika beliau menyeleweng. Saidina Umar bersyukur kerana ada umat Islam yang sedia menegurnya.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, setiap orang adalah penggembala atau pemimpin. Dia akan ditanya tentang penggembalaannya atau pimpinannya.Allah akan bertanya pemimpin apa yang dibuatnya tentang pimpinannya. Bukan Allah saja yang akan bertanya kepadanya, tetapi setiap orang yang terasa dirinya dizalimi dan tidak mendapat layanan adil dari pemimpinnya berhak bertanya.
Rasulullah s.a.w. adalah pemimpin contoh. Tiada yang bersalahan dalam pimpinannya, tetapi bermacam-macam karenah Badawi ditujukan kepadanya. Semua yang dihadapinya itu dilayan mengikut kesesuaian.Sepanjang sejarah manusia, para nabi minta umatnya taat kepada Allah dan setia arahannya. Tetapi tidak pula nabi-nabi itu melarang umatnya bertanya dan memberikan pandangan. Apabila ada yang tidak patut dan pandangan kaum musyrikin yang tidak betul, maka nabi-nabi itu pergi kepada mereka membuat penjelasan.Yang tidak mahu ditegur dan melarang rakyat membuat komen tentang perjalanan raja dan pemerintahan ialah Namrud, Firaun dan orang-orang yang zalim sepertinya.Forum Perdana RTM di Perlis itu adalah tentang angkara lidah dan bahaya fitnah. Mungkin forum tajaan kerajaan Shahidan Kassim itu gerangan adanya gara-gara lidah tak bertulang Dato Radzi Sheikh Ahmad, Setiausaha Agung Umno mahu Menteri Besar Perlis ditukar.
Profesor dan bekas Mufti Wilayah itu telah membuat huraian tentang tidak baiknya fitnah dan betapa wajarnya menjaga lidah. Tetapi kesimpulannya, dia tidak suka sangat orang menyalahkan kerajaan yang ada hari ini. Baginya semua orang mesti menanyalah diri sendiri tentang apa yang berlaku. Maksudnya tentang kepincangan dan kelamahan yang dihadapi oleh masyarakat dan negara.
Secara umum dia menolak peranan pembangkang dan peranan kritikan dalam media massa, menolak kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan. Semua ini dijamin dalam Islam dan demokrasi.
Dalam dunia memang ada yang membangkang melulu, menentang kerajaan melulu, mengecam orang itu dan orang ini dengan melulu. Tetapi semua kelemahan itu tidak menjadi hujah untuk menafikan keperluan bangkangan, kritisme, kebebasan menyatakan pandangan, membantah dan menegur.
Tidak ada yang manusia dapat harapkan raja bermata di hati dan pemerintah yang zalim dan diktator. Tetapi orang bergelar profesor dan bertaraf mufti bukan dari jenis seperti itu.
Profesor yang menyokong kerajaan boleh membela kerajaan dan programnya yang dikatakan baik dengan hujah akademik yang kuat. Memang dari dulu ada kerajaan yang baik dan adil. Maka kerja profesorlah untuk membetulkan apa yang dirasakan salah oleh setengah orang.
Tetapi profesor kerana bersetuju akan ada pula profesor yang lain menghujah yang dikataannya betul itu. Macam mana pun profesor yang setuju dengan kerajaan itu tidaklah wajar melarang teguran kepada kerajaan. Bukan begitu cara profesor.
Profesor mesti mengelak menjadi seorang ahli propaganda. Bukanlah sifat profesor menjadi propagandis.
Demikian juga mufti. Mufti mesti berkata betul. Islam tidak melarang menegur dan menyatakan zalim kepada yang zalim. Dalam Islam dalam keadaan sudah seratus peratus betul, masih diperlukan teguran. Imam-imam muktabar tidak menggalakkan ulama bekerja dengan kerajaan.
Justeru itu ada ulama sedia dipenjara dari menerima tawaran bekerja dengan raja atau khalifah. Akan sukar bagi ulama untuk menyatakan yang benar itu benar.
Yang menaikkan harga minyak ialah kerajaan. Yang menaikkan harga barang ialah peniaga dan disetujui oleh kerajaan. Yang mengadakan tol dan menaikkan tol adalah kerajaan. Yang memberi lesen kepada tv boleh menyiarkan itu dan ini adalah kerajaan.
Bagaimana rakyat boleh menyalahkan dirinya atas kepincangan itu? Maka apakah kejadian itu dibiarkan saja? Apakah tidak boleh kerajaan disalahkan dalam perkara seperti itu sebagai contoh?
Luncai yang dikatakan lucu itu pun tetap mengatakan kepala raja yang botak itu botak. Masakan profesor dan mufti tidak setuju botak kepala raja itu botak.Esoknya tv Aljazeera menyiarkan perbicangan isu Suharto. Dr Emil Salim, bekas menteri Suharto mempertahankan kebaikan pentadbiran Suharta tetapi tidak menyatakan kelemahannya. Emil Salim menyalah orang-orang yang tahu menyalahkan Suharto saja.Seorang panel bangga dengan yang baik dari Suharto tetapi baginya yang buruk itu banyak. Dia bertanya Pak Emil apakah tidak patut Suharto diadili atas keburukannya. Emil tidak berani mengatakan Suharto tidak boleh diadili.
Adililah bagi menentukan yang baik itu baik dan yang buruk itu buruk, walaupun Emil tidak mahu menyebut keburukan Suharto.

Jangan sampai Islam dipandang buruk dan lekeh

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memerintahkan agar mayat mendiang Wong Sau Lan yang ditahan di bilik mayat HUKM diserahkan kepada suaminya Ngiam Tee Kong untuk disempurnakan menurut kepercayaan mereka. Mayat tersebut telah berada di bilik mayat HUKM sejak 3 minggu lalu apabila pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mendakwa yang mendiang telah memeluk agama Islam pada 24 Disember lalu di rumah pangsa Jalan Siakap, Cheras.Semalam di mahkamah pihak MAIWP membuat pengakuan bahawa apa yang didakwa peng “Islam”an mendiang itu adalah tidak sah menurut peruntukkan Hukum Syarak sebagaimana termaktub di bawah Akta Undang-undang Pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan. MAIWP kononnya mendapat tahu apa yang dikatakan pengislaman mendiang itu sebenarnya adalah tindakan mendiang membaca ayat-ayat al Quran semasa beliau dirawat oleh seorang bomoh di sana.

Suami mendiang Wong
Sekali lagi pentadbiran Islam menjadi perhatian Negara khasnya masyarakat bukan Islam.Kes seumpama ini semakin ketara kebelakangan ini terutama selepas kes Allahyarham Moorthy, Nyonya Tahir dan lain-lain. Sesungguhnya pertikaian seumpama ini sangat sensitif kerana ia pertamanya ia melibatkan yang mati yang sukar membela diri dan keduanya ianya berkaitan pertikaian agama. Kerana itu kita mengharapkan sekiranya pihak berkuasa agama ada asas dan mahu membuat tuntutan maka pastikanlah segala maklumat dan faktanya betul dan tepat.Kerana apabila berlaku seperti dalam kes mendiang Wong ini, maka bukan MAIWP atau kerajaan sahaja yang malu, tetapi seluruh umat Islam dalam Negara menanggung malu dan pasti terbuku dalam hati masyarakat bukan Islam persepsi yang buruk terhadap kita.Saya mengikuti dengan dekat kes Allahyarham Sjn Moorthy umpamanya, di sana pihak majlis agama memiliki bukti dan fakta kukuh, walaupun dalam kes itu masih banyak kekurangan pada pihak berkuasa agama, khasnya dalam bab susulan ketika Allahyarham masih hidup, namun bukti pengislaman dan segala rekod yang ada adalah kukuh dan berasas.Saya membangkitkan hal ini kerana tidak mahu Islam dilihat lekeh dan dikatakan gemar “mencuri mayat orang”! Kalau betul sebagaimana saya sebutkan di atas pihak berkuasa agama punya bukti dan asas kukuh, maka sewajarnya kita semua mempertahankannya, tetapi jika main serkap jarang dan berpandukan pada maklumat “bomoh” seperti dalam kes ini, ianya amatlah mendukacitakan.Saya difahamkan keluarga simati akan menuntut pampasan dn gantirugi dari pihak kerajaan dan majlis, sebagai seorang manusia biasa, saya boleh memahamitrauma dan kepiluan keluarga semati walaupun mereka bukan beragama Islam.

Bloggers semua "sampah": Rafidah

Berita pertama yang menarik perhatian saya dalam akhbar tempatan hari ini adalah kenyataan Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz bahawa kritikkan pemilik-pemiliki blog terhadap kerajaan tanpa asas dan fakta semuanya adalah "pure rubbish" ataupun "sampah" belaka.

Saya membaca kenyataan ini sambil tersenyum kerana kalau rakyat yang mengatakan sumbagan para bloggers itu "pure rubbish", maka seharusnya ia mencetuskan kebimbangan dan kerisauan, tetapi apabila yang merungut dan berleter adalah Ketua Wanita Umno Malaysia, maka saya mahu mengambil kesempatan mengucapkan syabas kepada semua bloggers, ayuh kita menyumbang lagi kerana ternyata ianya begitu berkesan sehingga menganggu pemimpin sehebat dan seperkasa Rafidah!Menurut Utusan Malaysia, Rafidah kononnya mendakwa bahawa parti-parti pembangkang "terpaksa" menggunakan internet kerana kononnya majlis-majlis ceramah pembangkang sudah tidak lagi mendapat sambutan.

Dan kononnya lagi internet digunakan oleh pembangkang lantaran takut mahu mengkritik kerajaan secara terang-terangan kerana mahu mengelakkan disaman.Rafidah perlu tahu ruangan internet sebenarnya adalah "extension" dari usaha rakyat Malaysia yang mahu menegak dan memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Parti-parti pembangkang dan NGO terus-menerus menganjurkan ceramah dan himpunan di seluruh negara, itu tugas dan tanggungjawab serta medan mereka.

Internet adalah lapangan baru, lalu ia juga perlu digunakan jika ia dapat membantu dan memberi manfaat kepada perjuangan yang besar ini.Jika apa yang diusahakan ini "pure rubbish" belaka tak perlulah Rafidah melenting kerana "sampah" itu adatnya busuk, dan manusia ini benci kepada apa sahaja yang busuk-busuk. Hakikatnya bloggers kini menerima kunjungan dan bacaan dari ribuan malah ada yang mencecah ratusan ribu pengunjung, di "forward" pula kepada puluhan dan ratusan ribu yang lain, dan ada yang dicetak dan diedar pula. Sebenarnya apa yang dihasilkan bukan "pure rubbish" tetapi mendedahkan "pure rubbish" yang diusaha dan dilakukan oleh Rafidah dan suku sakat kroni dan rakan-rakannya.Rakyat yang membaca dan melayari blog-blog ini medapat tahu apa yang tidak dapat mereka ketahui dari media arus perdana. Jika ianya "pure rubbish" sudah pasti tidak ada sesiapa yang berminat, namun yang nyatanya ia semakin hangat dan dicar-cari rakyat.

Oleh itu bukan bloggers yang perlu bimbang dan cemas, yang perlu bimbang dan cemas adalah esiapa sahaja yang mengeluarkan bau busuk seakan "pure rubbish" itu. Kami tidak tetapi yang rakyat tahu melalui sumbangan kami, bahawa yang busuk laksana "pure rubbish" itu adalah BN dan orang seperti Rafidah.Terima kasih Kak Pidah.

Mansuh sahaja Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan!

Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa setiap warganegara Malaysia berhak bersuara dan mengeluarkan pendapat disamping berhak berhimpun secara aman. Inilah asas atau tunjang sistem demokrasi yang kita amal dan pertahankan dalam negara kita selama ini. Sekiranya hak ini disekat, sekiranya hak ini dikenakan dengan pelbagai syarat dan peraturan kecil yang tidak munasabah, maka peruntukkan hak asasi yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan negara Malaysia yang Merdeka ini sekadar alat soleh untuk mencomelkan para rupa yang pada hakikatnya hodoh bagaikan jembalang.

Sebentar tadi Himpunan Aman PROTES telah digagalkan oleh kuasa yang ada pada pihak polis, kononnya bersandarkan pada perintah mahkamah yang diperolehi, yang melarang perhimpunan itu.Berpuluh-puluh pimpinan NGO dan parti-parti politik yang cuba berhimpun untuk menjayakan program tersebut telah ditahan antaranya Sdr Muhammad Sabu, Sdr Tian Chua, Dr Hatta Ramli, Dr Badrul Amin, Sdr Arultchelvan, Dr Dzulkifli Ahmad dan ramai lagi.Hakikatnya kos hidup dan harga barangan serta perkhidmatan telah meningkat dan menjejaskan kehidupan rakyat. Dan dengan kenaikkan harga minyak yang dijangka diumumkan tidak berapa lama lagi, kos hidup akan terus melambung dan menghimpit kehidupan rakyat.

Atas dasar ini rakyat keluar menyatakan bantahan mereka, itupun salah? Itupun sudah tidak dibenarkan lagi? Mereka bukannya keluar dengan senjatapi atau besi, kayu dan parang. Mereka keluar dengan tangan kosong atas keyakinan hak mereka untuk bersuara dan berhimpun dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.Pada saya kerajaan ini tidak bermaruah kerana telah memperkosa hak kepunyaan rakyat itu.

Kalau beginilah kerajaan BN maka masukkan sahaja dalam manifesto mereka nanti bahawa kerajaan BN akan memansuhkan samasekali Artikel 10, bukankah lebih mudah dan terang.Tahniah BN hari ini Artikel 10 telah berjaya kamu perkosa dan bunuh mati!

RTM dan TV3 hanya bagi Peluang Slot Iklan Pilihan Raya!

Hari ini Dato Zahid Hamidi melakukan satu sandiwara terbaru arahan Pengarah Zainuddin Maiden, ataupun dikenali sebagai anak Maiden!! katanya RTM akan bagi peluang Pembangkang untuk muncul dan berkempen dikaca TV, saya memang pasti yang pembangkang akan muncul di TV tetapi bukan untuk kempen tetapi untuk di fitnah Umno dan Putar belit mereka yang akan menjatuhkan lagi nilai dan moral pemimpin pembangkang!! itulah kerja mereka selama ini.
Saya rasa eloklah Barisan Alternative membuat cabaran terbuka dengan mengambil
kesempatan sandiwara Zahid Hamidi untuk membenarkan slot Iklan untuk pembangkang, cukuplah kalau disediakan Slot Iklan 5Minit Sehari selama tempoh berkempen, dan bolehlah kita menayangkan Iklan Menifesto pembangkang terutama hasrat untuk menurunkan Harga Minyak. tak payahlah susah susah siar ceramah pemimpin pembangkang, cukuplah hanya dengan Iklan Menifesto pembangkang yang dihasilkan sendiri Klip Video Menifesto oleh BA. biarpun RM 10,000 untuk satu minitpun tak mengapa, janji peluang diberikan.

saya ingat lagi berbaloi kalau slot Iklan dbenarkan. untuk BN pun boleh melakukan Iklan begitu juga BA belajar dari negara negara Barat, Klip Video calon seperti Calon Presiden Amerika dibuat secara Kormersil, ketika itu Model dan artis tidak laku, yang menjadi Model didalam Iklan adalah Calon Calon bertanding. malah

Iklan calon setanding dengan Iklan Kormersil seperti Iklan Kosmetik, dan barangan berjenama. rasa rasa kalau Umno anak jantan , lebih baik dibuat debat terbuka menifesto untuk Calon Perdana Menteri Malaysia, iaitu Paklah dari BN manakala Dato Seri Anwar dari BA diatas satu pentas. apa macam? ada berani!! disitu setiap calon akan menerangkan apa rancangan mereka untuk Malaysia. biar rakyat menentukannya.
Saya ingatkan pemimpin Pembangkang, Ambil Peluang minta slot Iklan, biar dua dua parti bertanding diberikan Hak untuk membeli Slot Iklan dari mana mana stesen TV, paling kurangpun Iklan Menifesto!!

"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"


Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.