Analisa Qur'anik; Zulaikha vs Yusuf dan kematian Teoh

"Dan keduanya berlumba-lumba menuju pintu dan wanita itu menarik baju gamis Yusuf dari belakang hingga koyak dan kedua-duanya mendapati suami wanita itu di muka pintu." (Surah Yusuf: 25)
Iklan




Nabi Yusuf a.s digilai isteri pembesar al-Aziz kerana ketampanannya. Suatu hari Yusuf diminta masuk ke kamarnya dan wanita itu menutup pintu lalu membujuk rayu dan menggoda Nabi Yusuf. Nabi Yusuf menolak pujukan itu lalu berdoa memohon perlindungan Allah s.w.t daripada godaan dan fitnah tersebut.

Nabi Yusuf berlari ke arah pintu, tapi isteri al-Aziz mengejarnya dari belakang. dipegangnya baju Nabi Yusuf, lalu baju itu ditarik sehingga terkoyak. Ketika itu juga, pintu terbuka dan al-Aziz ternampak gelagat mereka berdua.

Dengan pantas, wanita itu menfitnah bahawa Yusuf berlaku serong kepadanya dan menyuruh suaminya penjarakan Yusuf atau pun menghukumnya dengan hukuman berat.

Melihatkan fitnah yang terpalit ke atas dirinya, Yusuf tidak berdiam diri, malah pemuda tampan itu mempertahan maruah dengan menjelaskan kepada Al-Aziz bahawa isterinyalah yang cuba menggoda dirinya.

Pada ketika genting itulah seorang saksi tampil dan memberitahu agar diperiksa. Kalau baju Nabi Yusuf koyak bahagian depan maka itu adalah bukti isterinya berkata benar, jikalau baju Yusuf koyak di bahagian belakang, itu adalah bukti isterinya berdusta.

Apabila al-Aziz melihat baju Yusuf a.s koyak di bahagian belakang, dia menyedari akan tipu daya isterinya. Dia meminta Yusuf melupakan saja peristiwa itu, lalu disuruh isterinya bertaubat di atas kesalahannya.

Kisah tentang bagaimana Nabi Yusuf a.s ditimpa fitnah yang dilemparkan Zulaikha itu disebutkan lewat surah Yusuf, ayat 23 sehingga 29 sebagai yang disebut di bawah ini.

"Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf supaya berkehendakkan dirinya; dan perempuan itu pun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya."

"Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf hal-hal yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya dia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan daripada segala dosa.

"Dan mereka berdua berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya."

"Yusuf pula berkata: "Dialah yang memujukku berkehendakkan diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:" "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.

"Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar."

"Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.

"Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. Dan engkau (wahai Zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu, sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!"

Beberapa analisa penting tentang kematian Teoh

Filem James Bond: Quantum of Solace telah mengingatkan kita kepada salah satu jenis seksaan yang telah dikenakan ke atas perisik British itu, iaitu dengan cara mendudukkan beliau dalam keadaan berbogel di atas sebuah kerusi.

Sementara itu pihak musuh telah melubangi bahagian bawah kerusi itu dan melalui bahagian itulah punggung James Bond terdedah lalu musuh menyeksanya dengan cara melantunkan bola besi tajam ke bawah punggung melalui lubang kerusi yang terdedah itu.

Ini membuktikan bahawa, lazimnya pada kebanyakan kes pergelutan yang mengakibatkan mangsa yang tak bersalah mati atau teraniaya, tindakan mencederakan bahagian belakang tubuh manusia ini mungkin boleh disandarkan sebagai bukti.

Mendiang Teo Beng Hock mungkin lebih mudah menanggalkan seluar dengan zipnya di depan. Apakah ada kemungkinan pasukan penyiasat sudah gabra dan gelabah, takut rahsia terbongkar akibat berlaku penganiayaan ke atas si mati lalu cenderung menolak si mati ke bawah sebagai jalan mudah?

Sepatutnya setiap kali soal-siasat yang mahu dijalankan mesti ada CCTV agar rakyat dapat melihat jika ada unsur-unsur penganiayaan berlaku ke atas si mati.

Dalam kes Teoh, kita jangan hairan jika penguasa akhirnya mengeluarkan kenyataan bahawa Teoh membunuh diri, sedangkan Teoh akan berkahwin dalam tempoh terdekat.

Teoh tergolong dalam kategori lelaki baik dan bertanggungjawab kerana apabila beliau mendapat tahu teman wanita beliau sedang mengandung anaknya dua bulan, beliau terus menyatakan hasrat untuk mendaftarkan perkahwinan.

Ini bermakna, beliau tidak akan bertindak meninggalkan teman wanitanya bersendirian untuk menjaga anaknya yang masih berada dalam kandungan itu. Jadi, mustahil dia membunuh diri dalam keadaan dia mahu bertanggungjawab untuk meneruskan kehidupan bersama bakal isterinya.

Kita biasa melihat watak-watak dalam drama yang menunjukkan seorang lelaki atau perempuan yang tidak ingin berkahwin lagi apabila mereka mengetahui bahawa riwayat hidup mereka akan berakhir tidak lama lagi akibat penyakit tertentu.

Tapi, sikap ini tiada pada Teoh. Dia tidak mengidap apa-apa kesakitan dan sebaliknya dia ingin maju meneruskan hidup bersama orang yang dikasihinya. Jadi, teori Teoh membunuh diri ini tertolak. Jika dia bukan membunuh diri, maka yang tinggal adalah - teori dia telah dibunuh.

Tetapi, dibunuh oleh siapa? Maka, spekulasi-spekulasi daripada rakyat inilah yang akan membantu siasatan.

Kita jangan hairan kalau kumpulan pro-Umno akhirnya cenderung menyalahkan Teoh dengan pelbagai pertuduhan. Al-Qur'an membuktikan bahawa pada mulanya Al-Aziz mahu memihak kepada isterinya sendiri dan menyalahkan Yusuf a.s. Ini perangai Umno yang biasanya telah diketahui rakyat secara umumnya.

Tetapi, Allah s.w.t telah mengirimkan panduan kepada kita mengenai suatu kaedah untuk menyelesaikan masalah ini. Pada Surah Yusuf, ayat ke-26, Allah s.w.t berfirman:-

"Yusuf pula berkata: "Dialah yang memujukku berkehendakkan diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:" "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.

Seorang saksi yang datang daripada keluarga Zulaikha itu sendiri yang tampil memberikan pendapat yang rasional dan tidak memihak atau bersifat objektif. Saksi dari keluarga pendakwa (Zulaikha) sendiri yang tampil menolong siasatan.

Ini bermasud, samada pasukan penyiasat SPRM yang boleh tampil memberikan penjelasan jika beliau tidak gentar diancam ugut Umno. Atau, kalau saksi sudah takut, hanya pasukan penyiasat pemblog yang jujur saja dapat memberikan keputusan yang akan lebih meyakinkan khalayak.

Kisah kematian Teoh sangat ganjil dan pelik. Mungkin CSI yang boleh menyelesaikan misteri tak terungkap dan teka-teki ini. Kalau kita menyerahkan hal ini kepada pihak polis seperti syor klise yang dibangkitkan oleh Najib dan Muhyiddin, akan semakin menebal keraguan dasn prasangka orang-ramai.

Cara serbuan itu dilakukan sudah menunjukkan aksi yang meragukan ramai pihak. Oleh sebab itu, jangan disalahkan orang ramai yang akan membuat andaian sendiri dan spekulasi.

Ini kerana, masyarakat sudah tidak percaya polis akibat terlalu banyak kes tertunggak, kes tertutup dan akhirnya kes itu mencapai tahap X-Files khasnya ketika melibatkan politik.

Kes Altantuya diletupkan oleh bom C4 (bom digunakan sesuka hati saat Najib masih menjawat jawatan Menteri Pertahanan) adalah contoh mudah yang kerap dirujuk apabila Abdul Razak Baginda terlepas lalu beristirehat di Eropah.

PM, TPM tidak serius, rakyat berhak memajukan spekulasi

Najib dalam kenyataannya berkata, polis akan menyiasat kematian tersebut dengan menyeluruh dan profesional agar semua pihak dapat kepastian apa yang berlaku sebenarnya. Ini kenyataan yang biasa didengar. Tak bercakap pun orang tahu.

Najib turut meminta semua pihak tidak membuat kenyataan atau tuduhan yang boleh mengelirukan masyarakat umum sepanjang proses siasatan. Rasanya, untuk kes Teoh, masyarakat yang peka terhadap usaha membela kebenaran, perlu berlumba-lumba memajukan hipotesis, andaian dan spekulasi yang tersendiri.

Semua sikap ini akan memberikan tekanan ke atas polis, SPRM, Najib dan Muhyidin untuk menjelaskan hal yang sebenarnya. Lihat juga kenyataan Muhyiddin..

"Dalam soal ini kita mahu supaya tidak ada perkara yang perlu diselindungkan, siasatan perlu dibuat secara telus. Saya fikir ini langkah sewajarnya dibuat kerana ia sekarang di bawah tanggungjawab polis," kata TPM.

Muhyiddin seterusnya berkata, jika perlu, polis juga akan menyiasat parti politik dan anggota SPRM.

Ditanya tindakan segelintir pihak membuat bermacam-macam tuduhan melulu berhubung kematian mengejut bekas wartawan itu, beliau berkata, semua pihak perlu bertenang.

"Mereka mungkin terlalu emosional, sepatutnya mereka mesti bersikap rasional, kita jangan awal-awal buat tohmahan atau menuduh pihak tertentu melakukan itu ini, ini akan timbulkan salah faham.

"Saya fikir dalam kes sebegini berat sepatutnya pihak berkuasa polis buat siasatan rapi, eloklah kita tunggu hasilnya," katanya.

"Saya percaya polis akan kendalikan kes ini, jangan cakap banyak kita semua tak tahu apa sebenarnya berlaku," katanya. Tamat kenyataan Najib dan Muhyiddin yang tidak mahu banyak cerita dibongkar dengan cara meminta masyarakat tidak akan membuat sebarang spekulasi.

Spekulasi sebenarnya membantu polis meneruskan siasatan

Sebenarnya spekulasi masyarakat mungkin membantu polis meneruskan siasatan juga. Tidak betul andaian bahawa spekulasi mengganggu. Spekulasi dan andaian orang-ramai inilah yang mungkin membantu polis dan memangkin motivasi, merangsang minat polis untuk meneruskan siasatan.

Mungkin polis juga mengalami kebuntuan dalam beberapa hal. Maka, spekulasi dan maklumat yang dimajukan dengan andaian ini akan menyebabkan polis lebih banyak berfikir mengenai kematian Teoh juga.

Tanpa spekulasi-spekulasi, polis akhirnya akan membiarkan kes itu mati dengan sendirinya kerana masyarakat tidak lagi heboh membicarakannya.

Apabila masyarakat makin banyak menimbulkan teori, membangunkan andaian dan spekulasi, maka polis, Najib dan Muhyidin akan tertekan dengan sendirinya dan akan tergerak menyiasat kes kematian Teoh ini daripada semasa ke semasa.

Ringkasnya, kita tidak perlu tunduk lagi kepada permintaan Najib, Muhyiddin dan polis yang meminta kita tidak membuat spekulasi. Malah, spekulasi inilah yang akan membantu pihak polis menjejak kebenaran ke atas pembunuhan Teoh.

Lihat apa yang sudah berlaku ke atas kes adik Sharlinie Nashar dan Nurin Jazlin Jazimin. Apa yang dah berlaku apabila sudah kurang spekulasi?

Akibatnya, kes itu tenggelam timbul begitu sahaja. Dalam realiti masyarakat kita di Malaysia, sebenarnya spekulasi itulah yang lebih banyak membantu dan mendorong pihak polis melakukan siasatan.

Masyarakat tidak bersalah mengemukakan spekulasi kerana mereka didorong rasa ingin tahu ketika pihak polis mendiamkan kes itu atas arahan Umno.

Lihat saja gambaran perilaku dan sikap Al-Aziz ketika memberikan nasihat kepada Yusuf a.s untuk melupakan kes itu.

"Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. Dan engkau (wahai Zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu, sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!" (Yusuf: 29)

Sikap Al-Aziz yang cuba seboleh-bolehnya untuk menutup keaiban isterinya itu mirip sikap Umno yang cuba menutup aib para penguatkuasanya sendiri.

Jika hal itu kesalahan Yusuf, mungkin Al-Aziz akan hebahkan. Jika ada kaitan dengan Zulaikha, kes itu didiamkan saja seperti kes PM yang buat-buat tidak tahu lalu mendiamkan saja isu ilmu hitam yang terpalit ke atas isterinya itu.

Demikianlah Umno. Jika hal itu terkait dengan kesalahan orang-orang Umno sendiri yang perlu dilindungi, maka ucapan Umno kepada rakyat adalah seperti berikut, 'jangan buat spekulasi,' 'lupakan isu ini, biar polis uruskan', dan semua itu akan dilupakan apabila polis lengai, lambat bertindak dan akhirnya kes itu ditutup, ditindan isu lain pula.

Sikap ini, persis seperti yang digambarkan lewat ucapan Al-Aziz kepada Yusuf, "Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini."

Al-Quran tidak diamkan kes Zulaikha mengoyak baju Yusuf a.s di bahagian belakang walhal kes itu tidak diketahui ramai kerana hal itu berlaku dalam bilik tertutup. Allah tetap hebahkan walaupun watak Al-Aziz seperti Umno cuba membiarkan kes itu luput dalam kenangan dan lipatan ingatan zaman.

Tetapi Allah s.w.t tetap membongkar isi kejadian itu dengan lebih rinci sebagai panduan kepada kita, setidak-tidaknya untuk membantu kita menyelesaikan kekusutan berhubung teka-teki, kenapa bahagian belakang Teoh telah terkoyak.

Setidak-tidaknya, rujukan teori bersandarkan surah Yusuf telah membantu kita membuat andaian bahawa Teoh bukan bunuh diri, sebaliknya berkemungkinan besar dibunuh secara teknik yang kelihatan seolah-olah tidak disengajakan. Wallahu'alam..

5:30 p.m, 18 Julai
Sekolah Pemikiran Kg Baru

No comments

Powered by Blogger.