Antara jambatan RM7juta dan royalti minyak RM1 bilion
KUALA KRAI – Dalam tempoh 24 jam terakhir kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N41 Manek Urai yang berakhir lewat malam ini, kedua-dua parti bertanding, UMNO dan Pas semakin meningkatkan usaha bagi meraih pengundi menggunakan pelbagai pendekatan.
UMNO misalnya melalui Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjanjikan pembangunan pesat di Manek Urai sekiranya Barisan Nasional (BN) menang hari ini dengan membina sebuah ‘agropolitan’ bermaksud bandar pertanian serba moden dan pembinaan jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama bernilai RM7juta.
Selain itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri turut berjanji akan menjadikan DUN Manek Urai sebagai ‘anak emas’ kepada kerajaan pusat selain menjanjikan bantuan menyeluruh kepada golongan-golongan miskin yang didakwa dipinggirkan oleh kerajaan negeri Pas.
Ketua Operasi Pilihanraya Pas Manek Urai, Abdul Fatah Harun misalnya telah menegur UMNO kerana menyalahgunakan jentera kerajaan contohnya seperti menggunakan Kementerian-Kementerian untuk menarik pengundi.
“Jentera kerajaan seharusnya tidak digunakan pada pilihan raya seperti ini kerana jelas ia menunjukkan BN menyalahgunakan agensi kerajaan dan membazir wang rakyat, selain mereka hanya datang kesini semata-mata pilihan raya ini sahaja,” katanya.
Kenyataan Abdul Fatah tersebut telah dijawab oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub dengan mengatakan Pas juga telah menggunakan sejumlah wang yang besar pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai.
“Jika mereka kata kita datang ke Manek Urai dengan kereta besar dan menaburkan duit yang banyak, apa bezanya pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang datang ke sini juga menggunakan kereta besar dan duit yang banyak, jadi memang tanggungjawab kita sebagai pemimpin turun ke seluruh negara,” kata Ismail.
Sementara itu, pemimpin-pemimpin Pas dan PR lebih menggunakan isu royalti minyak sebagai modal kempen pilihan raya kecil mereka selain menuduh UMNO sebuah parti yang penuh rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
Sebagai contoh, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menjelaskan kepada pengundi bahawa kerajaan BN telah menipu rakyat Kelantan dengan tidak membayar royalti minyak berjumlah RM1 bilion kepada kerajaan Pas Kelantan sejak tahun 2004.
“Disini saya ingin menjelaskan bahawa rakyat Kelantan telah ditipu oleh Kerajaan BN dengan tidak membayar hasil bumi negeri ini yang memang menjadi hak rakyat Kelantan berjumlah RM1 bilion.
“Kami pemimpin PR akan memastikan rakyat Kelantan tidak akan ditipu lagi oleh UMNO-BN selepas ini,” katanya.
Antara isu-isu panas lain yang mewarnai pilihan raya kecil ini adalah seperti kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas, ‘kehilangan’ Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, selain kedua-dua parti menuduh sesama mereka ‘pengkhianat agama, bangsa dan negara’.
Dalam ceramah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di Kampung Sungai Peria baru-baru ini, beliau menyifatkan Pas disisihkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam PR serta menyeru agar parti tersebut menyertai BN.
Kenyataan tersebut lantas dibidas oleh pemimpin-pemimpin Pas dengan mengatakan individu sebenar yang disisihkan adalah Khairy sendiri dalam UMNO.
“Sepatutnya Ketua Pemuda UMNO diberi jawatan Menteri atau sekurang-kurangnya Timbalan Menteri, tetapi Khairy tidak diberikan sebarang jawatan, jadi beliaulah sebenarnya disisihkan dalam UMNO, bukannya Pas dalam PR,” kata Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasharuddin Hassan.
Dari tinjauan Sinar Harian hari ini, rata-rata penduduk di sini masih ‘keliru’ untuk menyokong calon dari UMNO, Tuan Aziz Tuan Mat ataupun calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah kerana bagi mereka Manek Urai masih memerlukan pembangunan.
Seorang peniaga durian di Kampung Pahi, Mohd Hasnawi Said menjelaskan, penduduk disini agak terkejut dengan suasana pilihan raya kecil ini kerana katanya, tidak pernah dalam sejarah Manek Urai, terlalu ramai pemimpin-pemimpin kedua-dua parti datang serentak ke sini.
“Terus terang saya katakan, Manek Urai masih perlukan pembangunan kerana anak-anak muda sini bekerja di bandar-bandar besar, kami hanya berserah kepada Allah SWT untuk tentukan kemenangan UMNO atau Pas,” katanya.
Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai diadakan 14 Julai nanti berikutan kematian wakil rakyatnya dari Pas, Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu. Ia menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN dari UMNO diwakili Tuan Aziz Tuan Mat manakala calon Pakatan Rakyat dari Pas diwakili oleh Mohd Fauzi Abdullah.
- Sinar Harian
* Jangan sokong parti jahat, janji mereka bawa binasa dan kerugian dunia dan akhirat.

No comments
Post a Comment