Khabar angin: Adun Galas meninggal dunia?

Menjelang hari pengundian yang sudah tidak sampai 24 jam, kini timbul pula khabar angin yang mengatakan kononnya Adun Galas, Che Hashim Sulaima telah meninggal dunia.



Ketika penulis dan seorang sahabat meninjau kawasan pilihan raya, kami singgah di sebuah gerai makan berhampiran dengan UPU Lata Rek untuk menghilangkan dahaga. Tiba-tiba seorang laki-laki yang tidak dikenali datang ke arah kami dan berkata dengan nada yang agak kuat mengatakan bahawa Adun Galas, Che Hashim telah meninggal dunia.


Lelaki tersebut cuba meyakinkan kami dan berkata, "ambo tau la ambo waris dia, baru sat tadi ambo diberitahu". Sahabat saya yang merasa hairan dengan berita tersebut, memberitahu bahawa baru semalam beliau bercakap Che Hashim dan diberitahu beliau semakin sihat.


Lelaki tersebut berlalu dan pergi menemui seorang lelaki lain yang sedang memandu van dan berkata, "Adun Galas dah mampuh" dengan nada yang meyakinkan.


Sahabat saya terus menelefon kawan beliau bagi mengesahkan cerita tersebut, dan kawan itu menafikan berita tersebut. Sahabat tersebut kemudiannya cuba pula menghubungi sendiri Che Hashim tetapi telefon Adun Galas itu tidak diangkat. Beberapa minit kemudian Che Hashim menelefon kembali beliau dan mengesahkan khabar yang disebarkan itu ternyata palsu.


Sebenarnya berita mengenai kematian Che Hashim Sulaima telah tersebar sejak 4 hari yang lalu. Sememangnya betul beliau kurang sihat beberapa minggu yang lalu, tetapi ia beransur baik beberapa hari kebelakangan ini.


Penulis menganggap ada pihak yang cuba menyebarkan khabar angin kononnya Che Hashim meninggal dunia di saat-saat akhir pengundian dengan tujuan cuba melemahkan semangat petugas-petugas PAS yang kelihatan semakin bersemangat untuk menghadapi Barisan Nasional.


Barisan Nasional kelihatannyat telah gagal mengaburi mata penduduk DUN Manek Urai dengan cuba memanipulasi isu pembangunan dan isu Kerajaan Perpaduan kerana kurang sambutan. Isu pendidikan dan pekerjaan calon sebagai penjual ikan pula menjadi 'makan diri' kepada BN.


BN juga tertekan dan terpinga-pinga menjawab isu royalti minyak Kelantan yang dibangkitakan oleh PAS beserta dengan bukti-bukti dan fakta-fakta yang sahih.

No comments

Powered by Blogger.