Jambatan Itu Menuju Ke Zaman Jahiliah
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan kesilapan dengan menawarkan jambatan baru berharga RM7 hingga RM10 juta kepada penduduk Manek Urai Lama, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai esok. Penawaran bersyarat ini dilihat oleh sesetengah pihak sebagai “tidak segar” dan tidak patut dilakukan oleh seorang pemimpin atasan UMNO-BN.
Ini tindakan terdesak BN untuk memancing undi.
Namun, secara tersiratnya Muhyiddin telah membuka pekung di dada bahawa selama ini BN tidak menghargai penduduk Manek Urai. Walaupun penyokong setia BN masih ramai di Manek Urai biarpun tidak seramai penyokong Pakatan Rakyat, (berdasarkan PRU 2008) tetapi BN tidak menghargai kewujudan mereka.
Sekiranya BN menghargai mereka, BN tidak akan menawarkan jambatan baru dengan bersyarat. Undi yang diberikan kepada calon BN dalam PRU 2008 langsung tidak diambil kira. Hanya undi kali ini akan diberikan ganjaran jambatan. Itupun kalau cukup untuk memenangkan calonnya. Murahnya penduduk Manek Urai pada penilaian BN. Undi mereka dijadikan bahan pertukaran untuk mendapatkan sebuah jambatan – kemudahan asas yang sepatutnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat dan negeri menyediakannya kepada rakyat.
Jika BN betul-betul sayang akan penduduk Manek Urai Lama, sudah lama jambatan itu dibina kerana pada tahun 2004 mereka menang bergaya. Tetapi tiada siapa bercakap pasal jambatan. Mungkin terlupa kerana asyik meraikan kemenangan bersejarah itu.
“Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN,” kata Muhyiddin Yassin.
Penawaran Muhyiddin mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak dahulu. Seorang rakan yang lebih tua berdiri di depan rumahnya sambil menunjukkan buah mangga Siam yang masak ranum. Dia pun berkata:”Siapa mahu makan buah mangga?”
Siapalah yang tidak mahu makan buah mangga Siam yang manis itu. Kami mengangkat tangan serentak.
Dia menambah: “Tapi dengan satu syarat. Kamu mesti bersihkan reban ayam aku!”
Celaka! Ingat dia betul-betul jujur mahu bagi kami makan buah mangga. Rupa-rupanya dia mahu kami main tahi ayam. Maklumlah bapa dia penternak ayam daging.
Penduduk Manek Urai tidak usah cepat membuat keputusan menerima atau menolak jambatan. Perhitungkan dengan semasak-masaknya kata-kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz wajib diperhalusi dengan waras akal.
“Tak ada sebab pun kita undi Umno sebab rakyat undi PAS dari tahun 1990 sampai hari ini, kerajaan pusat juga buat pembangunannya.
“Rumah dia buat, sekolah dia buat, universiti dia buat. Perlu apa orang PAS nak undi Umno. Undi PAS pun kerajaan pusat buat juga.
“Dia buat melalui orang lain, melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Sebab dia nak makan, bukan minum sambil menyelam, dia nak makan sambil menyelam,” kata Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS.
Kerajaan pusat memberikan pembangunan fizikal, manakala kerajaan negeri (PAS) memberikan pembangunan insan. Pembangunan yang seimbang. Inilah kelebihan yang ada pada rakyat Kelantan sejak tahun 1990 – tahun yang menyaksikan rakyat Kelantan berhijrah dari zaman jahiliah ke zaman Islam.
Adakah pendudk Manek Urai tiba-tiba terdetik di hati ingin menyeberang kembali ke “zaman jahiliah” semata-mata kerana sebuah jambatan? Sukar diterima waras akal. Namun, tidak mustahil.
Apabila diambil kira kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, sakit hati penduduk Manek Urai semakin berdenyut. Itupun kalau mereka sedar bahawa mereka ditawarkan “rasuah” politik. Agama mengharamkan rasuah. Tetapi Muhyiddin Yassin yang baru sahaja berfatwa bahawa mengundi BN juga dapat masuk syurga menawarkan “rasuah” kepada pengundi.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tawaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru di Manek Urai sekiranya pengundi memilih calon BN dalam pilihan raya kecil esok, adalah satu perbuatan rasuah
Sehubungan itu, beliau mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara tersebut.
“Dari sudut undang-undang ini salah, saya cabar SPRM, kalau kamu betul-betul amanah, mu siasat dan igat (tangkap) Muhyiddin kerana dia (buat) janji palsu ini.
“Kalau dia beranilah. Mana boleh, kalau nak jambatan pangkah Umno-BN. Mu pangkah BN pada 14 haribulan, 15 haribulan buat jambatan. Dia ingat bapak dia punya negeri,” kata Anwar Ibrahim.
Jangan lupa bahawa rakyat Kelantan mempunyai misi lebih besar iaitu menuntut royalti minyak. Kemenangan PAS di Manek Urai adalah bukti bahawa rakyat Kelantan bersatu dan bersedia berhadapan dengan Petronas.
Saya yakin penduduk Manek Urai tidak akan mudah termakan umpan. Seorang penduduk Manek Urai berkata kepada saya begini: “Aku tak akan pilih jambatan kerana royalti minyak puluhan kali lebih banyak!”
“Dan antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras.”
(Surah al-Baqarah:204)

No comments
Post a Comment