Ibrahim Ali Cemuh Nik Abdul Aziz Dan Semua Ali PAS
KUALA KRAI - Datuk Ibrahim Ali berkata, "Nik Abdul Aziz elak dari menyambut cabaran Timbalan Perdana Menteri sebab pada saya tidak ada asas untuk menidakkan kegagalan beliau untuk memberikan manfaat terbaik kepada rakyat.
"Sepatutnya Pas dan kerajaan negeri membentangkan prestasi pemerintahan mereka selama 20 tahun di Kelantan berasaskan fakta dan apa yang dilakukan untuk syiar Islam, ekonomi dan prasarana tetapi Pas takut mereka dipersoalkan rakyat."
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Pas hanya bermain dengan slogan Islam untuk mengalihkan pandangan pengundi daripada isu-isu asas bagi menutup kelemahan mereka.
"Tetapi saya lihat pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai ini tidak ada slogan 'Membangun Bersama Islam' sebab mereka sudah jadi kuda tunggang DAP yang menolak slogan yang ada kaitan dengan Islam.
"Strategi Pas kali ini adalah mengalihkan pandangan pengundi dengan membangkitkan isu tuntutan royalti minyak dan mendakwa mereka tidak mampu membangunkan negeri disebabkan tidak mendapat royalti minyak," katanya.
"Mereka mengambil kesempatan ini dengan menaikkan dan menampal poster Nik Abdul Aziz sedang berdoa untuk meraih simpati para pengundi."Tetapi kita harus ingat selama 20 tahun beliau berdoa majoriti penduduk di Manek Urai masih minum 'air tandak' , soalnya sampai bila rakyat di sini akan minum air tandak," katanya.
Sementara itu, Ibrahim berkata, BN berpeluang mencapai kemenangan pada pilihan raya kali ini berdasarkan kesedaran rakyat selepas 20 tahun diabaikan."Pas walaupun tidak menunaikan tanggungjawab mereka dapat mengeskploitasikan isu untuk menyentuh jiwa rakyat," katanya dengan tegas...
http://johornews.blogspot.com/

No comments
Post a Comment