'Konspirasi jatuhkan k'jaan Pakatan S'gor'
Kelab Penyokong Kerajaan Selangor menyifatkan kematian Teoh Beng Hock merupakan sebahagian daripada episod konspirasi BN bagi merampas kuasa di negeri itu,seperti yang berlaku di Perak sebelum ini.
Naib Pengerui kelab tersebut, Ng Suee Lin berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi Umno negeri akan sentiasa berusaha merampas kerajaan Selangor yang diusahakannya sejak dulu lagi.
Bercakap Dalam satu sidang akhbar bersama petang ini, naib pengerusi kelab tersebut, Ng Suee Lim mendakwa, rentetan konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok (ADUN Kinrara dan ahli parlimen Seputeh) di bawah ISA September tahun lalu.
Ia berhubung isu penggunaan pembesar suara bagi kegunaan azan di sebuah masjid di Bandar Kinrara, Puchong.
Manakala episod kedua pula, dakwanya, membabitkan kes seorang lagi exco Selangor, Ronnie Liu yang juga ADUN Pandan Damansara, didakwa menghalang tugas anggota penguatkuasa di sebuah hotel di Puchong.
Ronnie Liu dihadapkan ke mahkamah pada 17 November tahun lalu, atas tuduhan bersubahat menghalang tugas pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada menutup sebuah hotel tahun lalu.
Episod ketiga pula, kata Ng, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa menggunakan kereta sendiri sebagai kenderaan rasmi serta isu agihan embu korban di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak, awal tahun ini.
Ng yang juga ADUN Sekincan mendakwa, episod seterusnya ialah perbuatan menyebarkan gambar bogel seorang lagi exco negeri, Elizabeth Wong Februari lalu. malaysiakini
Bercakap Dalam satu sidang akhbar bersama petang ini, naib pengerusi kelab tersebut, Ng Suee Lim mendakwa, rentetan konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok (ADUN Kinrara dan ahli parlimen Seputeh) di bawah ISA September tahun lalu.
Ia berhubung isu penggunaan pembesar suara bagi kegunaan azan di sebuah masjid di Bandar Kinrara, Puchong.
Manakala episod kedua pula, dakwanya, membabitkan kes seorang lagi exco Selangor, Ronnie Liu yang juga ADUN Pandan Damansara, didakwa menghalang tugas anggota penguatkuasa di sebuah hotel di Puchong.
Episod ketiga pula, kata Ng, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa menggunakan kereta sendiri sebagai kenderaan rasmi serta isu agihan embu korban di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak, awal tahun ini.
Ng yang juga ADUN Sekincan mendakwa, episod seterusnya ialah perbuatan menyebarkan gambar bogel seorang lagi exco negeri, Elizabeth Wong Februari lalu. malaysiakini
No comments
Post a Comment