HOT! PEWARIS terdesak! PERKASA terberak! PEKIDA tersentak!

ni mesti kes gagal nak kumpul orang kahkahkahkah...

mStar : Magaran beri GMI amaran batal perhimpunan 1 Ogos
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) memberi kata dua kepada Gerakan Mansuh ISA (GMI) agar membatalkan himpunan anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara 1 Ogos ini.

Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Abdul Aziz berkata, jika GMI masih berdegil untuk meneruskan hasrat mereka, pihaknya juga akan turut menganjurkan perhimpunan balas pada hari yang sama – juga di tiga lokasi sebagaimana diputuskan GMI untuk menyokong penggunaan ISA.

“Jika GMI berdegil, maka Magaran juga akan turun berdemonstrasi di jalan raya untuk mengokong ISA pada jam 11 pagi.

“Oleh itu, MAGARAN memberi amaran kepada GMI agar jangan bertindak bodoh mendesak kerajaan menghapuskan satu akta yang telah terbukti dapat menjamin keamanan negara,” katanya dalam sidang media pengumuman penubuhan Magaran di sini hari ini.

Magaran disertai oleh 56 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang keahliannya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

Dalam pada itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat laporan polis meminta supaya pihak berkuasa mengambil langkah menghalang sebarang perhimpunan yang dirancang pada 1 Ogos ini.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya mahu semua pihak yang merancang mengadakan perhimpunan berkenaan supaya menghentikannya kerana ia boleh membawa imej buruk terhadap negara.

“Hari ini kita membuat aduan berkaitan perhimpunan dan perarakan oleh beberapa pihak, iaitu terdapat satu pihak yang menyokong dan satu pihak lagi menentang ISA.

“Perkasa minta semua pihak yang nak buat perhimpunan ini supaya fikir kesannya kepada negara, kalau minta nak mansuhkan ISA atau minta diteruskan… Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dah buat kenyataan, sama ada nak kaji semula atau ubah suai, patutnya semua pihak kena tunggu, sabar dahulu,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis berkenaan.

kahkahkahkahkah...cetek otak la puak ni! semua puak pencacai ISA dah takut! konon nak bela melayu la. pirahhhhhhhhhhhhhhhh! kepala ngok hang nak jaga melayu!!

No comments

Powered by Blogger.