Apabila Terkena Batang Hidung Sendiri Baru UMNO Rasa Bisa Pedihnya!
PUTRAJAYA - UMNO Selangor mengutuk keras tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan empat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) daripada menghadiri persidangan DUN berkuatkuasa serta merta semalam.
Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Datuk Noh Omar yang kesal dengan tindakan itu berkata sikap Speaker DUN Selangor dan anggota DUN pakatan pembangkang itu dilihat sebagai tamak kuasa.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata hukuman yang dijatuhkan itu juga kejam berbanding kesalahan mereka yang dikatakan mengkritik Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) melalui media.
"Kita lihat hukuman yang dikenakan begitu kejam iaitu gantung setahun atau enam bulan dan dilucutkan taraf wakil rakyat, dan ini nampak tindakan yang berbau politik," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat dengan Exco-Exco pertanian negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Semalam Dr Mohamad Khir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang digantung setahun manakala empat Adun digantung selama enam bulan. Elaun dan kemudahan mereka sebagai Adun ditarik balik sepanjang tempoh penggantungan itu.
Empat Adun BN berkenaan ialah Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam), Datuk Warno Dogol (Sabak), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Marsum Paing (Dengkil).
Noh berkata apa yang berlaku itu menunjukkan parti pembangkang tidak lagi berpegang kepada soal kebebasan bersuara dan demokrasi yang diperjuangkan mereka sebelum berkuasa.
"Jadi di manakah slogan yang mereka laungkan itu dan jelas menunjukkan pakatan pembangkang di negeri ini tidak berdiri teguh," katanya.
- Bernama

No comments
Post a Comment