Azizan dan Lim Kit Siang Berpakat Semula
TIADA benang yang kusut yang tidak dapat dihuraikan dan tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Sekiranya semua pihak sedia berunding duduk semeja berbincang dengan tenang dan rasional, semua masalah dapat diatasi. Serumit mana pun kalau ada keikhlasan di hati ia akan menemui jawaban dan menyelesaikan masalah betapa pun rumit.
Begitulah apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat di Kedah, kemelut atau huru hara yang ditimbulkan oleh DAP kerana tidak berpuas hati mengenai beberapa perkara dianggap telah selesai hari ini setelah Menteri Besar Kedah, Azizan Razak dan Lim Kit Siang bersama pemimpin DAP Kedah duduk semeja di Kuala Lumpur hari ini.
Ketiga-tiga pihak Pas, PKR dan DAP hari ini bersetuju untuk mewujudkan satu sekreteriat bagi dijadikan medan ataupun saluran untuk para pemimpin Pakatan Rakyat duduk membincang apa-apa masalah yang timbul.
Perkara ini diumumkan oleh Azizan Razak dalam satu sidang media khas selepas mengadakan pertemuan dengan Lim Kit siang dan para pemimpin DAP Kedah. Pertemuan yang berlangsung dalam semangat muhibbah itu juga bukan saja bersetuju mewujudkan sekreteriat tetapi turut sama menyelesaikan beberapa isu lain. Penyelesaian dicapai hari ini dibuat secara pakej.
Adalah diharap selepas ini tidak akan timbul lagi kecam mengecam antara satu sama lain, khas DAP di Kedah. DAP hendak menerima dengan terbuka dan sedia mematuhi persetujuan yang dicapai hari ini tanpa mempamierkan berbagai kerenah ganjil.
Sudah tentu dalam menjamin hubungan baik ini DAP bukan saja perlu mengharapkan semua permintaannya dipenuhi tetapi sebaliknya bersedia juga memahami perasaan dan keperluan pihak lain, PAS dan PKR. Foto Zamzarina. mso
No comments
Post a Comment