Di sebalik kemenangan Ahmadinejad
Pilihan Raya Presiden Republik Islam Iran baru sahaja selesai dengan kemenangan cemerlang bagi Presiden bersuara lantang Mahmoud Ahmadinejad (Walaupun keputusannya dipertikai oleh pencabar utamanya tapi setelah penyiasatan dibuat ternyata dakwaan penipuan itu adalah semata-mata suara yang dicipta oleh pihak musuh-musuh Republik Islam Iran).
Iklan
Sekali lagi rakyat Iran membuktikan kepada dunia bahawa bangsa Parsi ini masih sayang dan mempertahankan Revolusi Islam yang telah diasaskan oleh Imam Khomeini sejak 30 tahun yang lalu.
Walaupun separuh daripada pengundi adalah mereka yang belum lahir ketika kejayaan Khomeini menghalau rejim Shah yang disokong oleh Zionist dan "syaitan akbar" Amerika Syarikat, tetapi keberkatan masih menyebelahi Islam.
Jika kita lihat kebangkitan hijau yang dibawa dalam masa kempen pilihan raya seolah-olah Islam akan kalah di Iran. Walau ada segelintir pemimpin yang berfahaman liberal dan mendapat sokongan dan galakan Amerika tetapi mereka gagal menguasai Iran.
Rakyat telah menunjukkan "Makkal Sakhti" mereka. Walau apapun perbezaan mereka, rakyat akan tetap bersatu jika anasir luar mula campur tangan. Ini suatu perkara yang Amerika dan musuh benar-benar tidak memahaminya.
Tidak faham Iran
Sebahagian besar masyarakat dunia tidak memahami politik dan jiwa rakyat Iran. Pengalaman menaiki teksi dari lapangan terbang menuju ke ibukota Tehran atau berbual dengan masyarakat awamnya, kita akan terperanjat dengan rungutan dan sindiran mereka terhadap mullah dan pemerintah Iran.
Seolah-olah pemerintahan Islam di Iran akan jatuh ke tangan liberalis dan perangkap musuh dalam masa yang singkat.
Hakikatnya, setiap kali pilihan raya golongan agamis dan konservatif semakin mendapat tempat di hati rakyat. Kematangan mereka penuh misteri dan membingungkan para pengkaji politik antarabangsa.
Barangkali sepotong hadis Rasulullah s.a.w. berikut boleh sedikit mencerahkan misteri bangsa yang mempunyai ketamadunan 2,500 tahun ini.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a yang berkata, "Kami sedang duduk bersama para sahabat Rasulullah s.a.w. ketika Surah Jumuah turun kepada baginda lalu baginda membacakan ayat " ... Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum datang ..."
Seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. sebanyak dua atau tiga kali tetapi baginda tidak menjawab. Bersama kami adalah Salman al-Farisi. Rasulullah s.a.w. berpaling kepadanya dan meletakkan tangan baginda ke atas paha Salman seraya bersabda, "Sekiranya iman berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya lelaki dari bangsa ini yang akan mencapainya." (Sahih Muslim, Kitab al-Fada'il as-Sahabah hadis 6178 dan Sahih Bukhari, Kitab Tafsir, Jilid 5, m.s 108).
Hari ini dunia harus akur dengan pencapaian bangsa Salman ini. Kesungguhan mereka dalam menjaga dan menggali khazanah keilmuan Islam memang sukar ditandingi. Kesungguhan ini diwarisi sejak berkurun lama dengan pelbagai kecemerlangan tamadun terukir melalui ilmuan tersohor seperti Al-Kindi, Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Ar-Razi, Sheikh Baha'i, Fizinski, Mulla Sadra dan lain-lain.
Ketekunan mereka terserlah dengan penulisan kitab-kitab dalam bidang sains, matematik, perubatan, falsafah termasuk nahu bahasa Arab yang masih menjadi rujukan hingga ke hari ini.
Kota sejuta ulama
Hari ini di Qom, kota yang dijuluki dengan nama 'kota sejuta ulama', kitab-kitab peninggalan ulama silam boleh didapati dengan mudah dan murah.
Di sini terdapat Perpustakaan Ayatullah Mar'ashi Najafi yang dipercayai perpustakaan manuskrip Islam terbesar di dunia setinggi tujuh tingkat yang turut memuatkan beberapa hasilkarya seperti naskhah al-Quran khat Kufi akhir kurun kedua hijrah, kitab Nahjul Balaghah tahun 469H, al-Qanun Ibnu Sina kurun ke 16 dan lain-lain.
Menariknya, berhadapan dengan bangunan ini, terdapat sebuah pasaraya kitab setinggi lima tingkat untuk mereka yang berminat membeli-belah kitab lama dan baru daripada pelbagai aliran mazhab.
Penulis pernah menemui senaskhah tafsir Pimpinan ar-Rahman dalam tulisan jawi dijual di salah sebuah toko di situ!
Justeru, tidak hairanlah perbahasan ilmiah para ulama mereka menggunakan rujukan dan sumber yang asli. Menghadapi pelbagai kempen dan tohmahan yang 'mengkafirkan' mereka oleh golongan pelampau, mereka masih bertahan dan dengan tenang terus menyuburkan tradisi ilmu yang berpijak pada nalar dan dalil yang sahih.
Bahkan, lebih daripada itu, mereka sentiasa mencari jalan untuk berdialog dengan penuh hikmah dan harmoni dengan menubuhkan organisasi peringkat antarabangsa dan menganjurkan pelbagai konferensi yang boleh menyatukan umat Islam.
Pertubuhan Darul Taqrib yang pernah dipelopori oleh Ayatullah Burujerdi, Sheikh Abdul Majid Salim dan Sheikh Shaltut (bekas rektor Universiti al-Azhar), sering mengundang para ulama seluruh dunia untuk berbincang ke arah perpaduan umat Islam.
Solidariti ummah
Palestin adalah contoh paling jelas bagaimana Iran sangat mementingkan solidariti ummah. Bagi Iran Palestin bukan sekadar isu politik bahkan menjangkau persoalan akidah yang mesti dipertahankan walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan-kepentingan domestik.
Imam Khomeini pernah menyebutkan bahawa antara tujuan utama penubuhan republik Islam adalah untuk membebaskan Palestin. Revolusi yang diasaskan oleh beliau adalah kesinambungan perjuangan cucu Rasulullah s.a.w, Saidina Husin r.a, di Karbala yang menjadi simbol penentangan kaum tertindas melawan mustakbirin.
Bagi beliau, kewujudan sebuah pemerintahan Islam adalah asas bagi kemunculan Imam Mahdi yang akan memenuhi bumi dengan keadilan setelah kezaliman berleluasa sebelumnya.
Walaupun begitu usaha musuh untuk memecahkan perpaduan ini tidak pernah padam sama ada yang berselindung dalam jubah keIslaman atau melalui tangan jahat Zionis-Amerika.
Dalam isu nuklear Iran, pelbagai tuduhan dan momokan khususnya Amerika dilemparkan kepada Iran bertujuan untuk menyudutkan pengaruh negara Mullah itu daripada Arab serantau.
Namun Ahmadinejad dengan penuh mantik bertanya, "Jika nuklear berbahaya, mengapa ada negara yang menggunakannya, dan jika memang ianya baik, mengapa kami tidak dibenarkan?"
Pertanyaan serupa pernah dilontarkan oleh beliau dalam persoalan Holocoust, "Jika memang Jerman membunuh Yahudi, mengapa Palestin yang harus menanggungnya? Mengapa tidak Eropah?"
Perkembangan mutakhir pilihan raya presiden sekali lagi menyaksikan Ahmadinejad mendapat sokongan kuat daripada rakyat. Walaupun terdapat penentangan daripada sebilangan kaum pemodal dan golongan kaya di Iran, popularitinya terus gemerlap.
Dasar pemerintahannya yang berusaha membaiki status ekonomi rakyat bawahan dan menarik balik subsidi kelompok atasan menjadikannya jauh ke depan daripada rival politik yang lain.
Dalam mengharungi krisis ekonomi global, Iran yang sekian lama terkongkong dalam embargo antarabangsa tajaan Amerika masih terus bertahan.
Ketika dunia sibuk tentang kejatuhan ekonomi sekarang mereka tidak berubah dan masih meneruskan kehidupan saperti biasa.
Cuba kita bayang kan seandainya Iran tidak dikhianati oleh AS bagaimana mengembangnya ekonomi mereka tanpa pergantungan luar.
Misi islah
Bagi masyarakat awam, sosok Ahmadinejad benar-benar mencerminkan pemimpin masa depan yang membawa misi islah dan keadilan. Bahkan kehangatan kehadirannya turut dirasai oleh jiran-jiran Arab yang semakin dilemahkan oleh kegawatan ekonomi yang bergantung penuh pada Barat, kerosakan moral para aristokrat dan campur tangan kuasa asing.
Hari ini Iran di bawah presiden Ahmadinejad dan kepimpinan spiritual Ayatullah Sayyid Ali Khamenei benar-benar telah menggantikan Arab sebagai penjaga Islam. Benarlah firman Allah SWT dalam surah Muhammad ayat 38, "Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."
Ketika turun ayat ini, para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang akan menggantikan kami? Baginda menepuk bahu Salman al-Farisi dan bersabda, "Dia dan kaumnya! Dan jika agama berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya yang akan mengambilnya adalah lelaki dari bangsa Farsi." (Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 4, m.s 182)
---
Penulis adalah Pengarah Institut Ilmu dan Kefahaman Ali bin Abi Talib (iMPACT), Kota Bharu, Kelantan.

No comments
Post a Comment