cinta suci atau cinta duit?



KUALA BERANG: Walaupun suaminya ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selepas didapati positif dadah jenis heroin, kasih sayang wanita berusia 106 tahun, Mek Wook Kundor terhadap suaminya, Mat Noor Che Musa, 37, tidak pernah luntur.

Perasaan itu jelas dilihat pada wajahnya yang sebak walaupun merelakan suaminya menjalani rawatan pemulihan bagi membolehkan mereka kembali melayari bahtera rumah tangga seperti pasangan lain kelak.

Seperti Wook, cinta Mat Noor terhadap isterinya juga tidak dapat disangkal apabila dilihat mencium wajah wanita itu sambil memohon maaf terhadap segala kesalahannya.

Wook berkata, dia reda dengan ketentuan Tuhan dan menganggap kejadian itu sebagai ujian dalam rumah tangga.

seterusnya...

No comments

Powered by Blogger.