Ekstremis Agama Lawan Fanatik Politik
Pihak berkuasa Indonesia menamakan militan warga Malaysia, Noordin Mat Top sebagai dalang serangan dua hotel ternama kelmarin, JW Marriott dan Ritz-Carlton yang mengorbankan sembilan orang dan mencederakan lebih 55 yang lain.
Ketua Anti Keganasan Kementerian Keselamatan Indonesia, Ansyaad Mbai, berkata ada petunjuk jelas menunjukkan Noordin menjadi dalang serangan itu kerana bom yang digunakan buatan sendiri dan taktik pengebom pula ialah dengan ‘membunuh diri’ dalam serangan itu. Pasukan keselamatan turut menemui bahan letupan yang digunakan dalam kejadian di Hotel Marriot dan Hotel Ritz-Carlton menyamai bahan letupan yang dirampas di Jawa Tengah, minggu lalu ketika menahan isteri Noordin, seorang warga tempatan.
“Penyiasat setakat ini menemui beberapa bom dan bahan membuat bom dalam bilik 1808 di Marriott yang dipercayai pusat operasi penyerang,” katanya.
Pengebom bunuh diri itu dipercayai tinggal dalam bilik terbabit dan menyamar sebagai tetamu sebelum meletupkan beg bimbit mengandungi bom di bilik mesyuarat dan restoran yang penuh sesak di Marriott dan Ritz-Carlton.
Ini merupakan serangan keempat di Indonesia yang didakwa didalangi Noordin selepas pengeboman Hotel Marriott di sini pada 2003, serangan terhadap Kedutaan Australia pada 2004 dan pengeboman di pusat peranginan di Bali pada 2005 yang mengorbankan lebih 40 orang. Nordin juga dikaitkan dengan pengeboman di sebuah kelab malam pada tahun 2002 di Bali yang mengorbankan 202 orang, majoritinya warga Australia.
(Sumber: Berita Minggu)
Siapa Noordin Mohamad Top?
Noordin Mohammed Top lahir di Johor pada 11 Ogos 1968. Dia adalah lelaki paling dikehendaki di Asia. Noordin dikatakan pakar bom Jemaah Islamiyah (JI) juga dilaporkan adalah pegawai, pelatih, pembuat bom dan perancang kepada kumpulan Jemaah Islamiah (JI).
Noordin dan Dr Azahari Husin seorang lagi rakyat Malaysia dikatakan “mastermind” pada kes pengeboman di Bali pada tahun 2002, bom Hotel JW Marriot di Jakarta pada 2003, pengeboman kedutaan di Jakarta 2004 dan pengeboman Bali pada tahun 2005.
Dr Azahari Husin adalah bekas pensyarah UTM,Skudai. Pada November 2005 iaitu beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri, Dr Azahari didakwa oleh pihak berkuasa Indonesia sebagai meletupkan dirinya bersama-sama beberapa pengikutnya setelah tempat persembunyiannya di sebuah Villa di Kota Batu, Indonesia diserbu Detasemen 88 polis khas Indonesia. Terdapat pula laporan lain yang mendakwa Dr Azahari ditembak mati dan 2 orang rakannya yang meletupkan dirinya.
Noordin iaitu anak murid Dr Azahari juga dikatakan menggunakan nama Noordin Muh Top, Noordin Mat Top, and Noordin Din Moch Top.
Dalam pengantar buku ‘Kala Agama Jadi Bencana’ tulisan Charles Kimbal, Guru Besar Studi Agama di Universiti Wake Forest, Amerika Syarikat, Dr. Sindhunata antara lain menyebut: “Pada awal milenium baru ini, tampaknya agama justeru memperuncing aspek dirinya yang negatif, jahat dan merosak. Tragedi 11 September 2001 seakan datang sebagai pesan awal bahawa agama bakal membawa permusuhan dan kekerasan, dan atas nama agama, orang seakan-akan diperbolehkan untuk meniadakan sesamanya. Milenium baru yang seharusnya membawa harapan ternyata menjadi awalan bagi kesedihan dan kekhuatiran, jangan-jangan lebih daripada milenium sebelummnya. Kini atas nama agama, orang bisa saling menghancurkan.”
Dahulu kita akan mendengar istilah ‘pengebom berani mati’ setiap kali berlaku pengeboman yang melibatkan militan. Istilah itu mendukung maksud besar pengorbanan individu terhadap perjuangannya. Kini kita diberikan istilah baru iaitu ‘pengebom membunuh diri’ yang ternyata berbeza pengertiannya dengan ‘pengebom berani mati’. Membunuh diri dilarang oleh agama. Manakala ‘berani mati’ mempertahankan kebenaran disanjung oleh agama.
Menurut Charles Kimball, kepatuhan buta kepada pemimpin agama merupakan antara punca wujudnya ekstremis agama. Hampir semua agama besar dunia pernah mencatatkan kewujudan golongan ekstremis.
Asahara Shoko, pengasas aliran Aum Shinrikyo, gerakan agama yang mengejutkan dunia kerana melepaskan gas saraf di 16 stesyen keretapi bawah tanah di kota Tokyo yang mengorbankan 12 mangsa dan mencederakan lebih 500 orang pada tahun 1995. Keanggotaan gerakan ini melebihi 10,000 orang di Jepun, dan 30,000 orang di Russia. Agama Buddha melarang pembunuhan, tetapi Asahara Shoko melakukan sebaliknya.
Pada 1984 petugas keamanan Palestin di Kubah Batu dan Masjid Al-Aqsha di Jerusalem terserempak dengan dua ekstremis Yahudi yang membawa sejumlah bom untuk meledakkan bangunan suci Islam. Apakah yang memotivasikan serangan keji ini? Mereka ingin membangunkan kembali Kuil Yahuni di tempat yang disebut kaum Muslim sebagai haram al-syarif yang dipenuhi struktur Islam yang dibanggakan itu.
Pada tahun 1993, Michael Griffin menembak mati Dr. David Gunn di luar klinik pengguguran bayi di Pensacola, Florida. Lima hari kemudian, pendeta Paul Hill muncul di kaca televisyen untuk mewajarkan tindakan Michael Griffin. Hill kemudian menjadi tokoh penting di kalangan ekstremis Kristian. Empat belas bulan selepas itu, Hill bertindak sendiri. Dia membunuh Dr. John Britton dan rakannya, James Barret di klinik yang sama.
Hill adalah sebahagian daripada anggota Army of God (Tentera Tuhan) yang menentang pengguguran bayi yang dibenci oleh Tuhan. Mereka rela membunuh untuk mempertahankan perintah keenam dari Sepuluh Perintah Tuhan – kalian dilarang membunuh – kerana pengguguran bayi adalah perbuatan membunuh terhadap manusia tidak berdosa.
Membunuh mereka yang melakukan pembunuhan dibenarkan oleh Tuhan?
Dalam agama Hindu juga banyak ektremis. Banyak masjid dan geraja diserang di India.
Pada tahun lepas, tiga gereja di Bangalore, ibu kota Karnataka, India selatan diserang oleh kelompok fanatik Hindu. Penyerang melemparkan batu ke gereja-gereja itu dan patung-patung. Serangan itu menyusul penahanan Mahendra Kumar, pemimpin Bajrang Dal sayap kanan Hindu atas tuduhan menimbulkan rusuhan masyarakat. Bajrang Dal bertindak terhadap “pertukaran agama orang Hindu secara paksa” oleh kelompok Kristian lokal.
Ekstremis atau fanatik agama ini ada di mana-mana dan berlaku dalam hampir setiap agama dan kepercayaan, cuma bentuk tindakanya sahaja mungkin berbeza.
Kata Charles Kimball: “Waspadalah terhdap segala gerakan keagamaan yang berusaha membatasi kebebasan intelektual dan integriti individu pengikutnya. Ketika para penganut mengabaikan tanggungjawab peribadi dan mengabdikan diri kepada pemimpin karismatik atau diperbudakkan oleh ajaran tertentu, agama itu dengan mudah menjadi kerangka kekerasan dan kerosakan.”
Sikap eksremis ini tidak terbatas kepada soal agama dan kepercayaan. Dalam politik kepartian sifat fanatik sama hebat dengan fahaman fanatik dalam agama. Kedua-duanya dibezakan oleh kaedah dan pendekatan. Fanatik agama menjadikan syurga (Tuhan) sebagai motivasi, manakala fanatik politik menjadikan bangsa atau negara sebagai perangsang.
Gagasan besar oleh pemimpin berkarismatik yang kedengaranya lunak, sekiranya dipatuhi secara buta, bakal membawa kemusnahan yang lebih besar daripada pengeboman di hotel, serangan gas saraf di stesyen keretapi bawah tanah atau pembunuhan di pusat kesucian agama.
Di Malaysia, golongan fanatik politik kelihatan semakin berkembang dan membimbangkan dari hari ke hari. Dan adakalanya kita merasakan seperti fanatik politik sedang berlawan dengan ekstremis agama. Perlawanan ini semakin hebat.
1malaysia

No comments
Post a Comment