Fokus: IPT beri kelonggaran
Tertakluk kepada garis panduan disediakan universiti asalkan berpakaian kemas dan sopan
PELAJAR institusi pengajian tinggi (IPT) diberi kelonggaran dalam berpakaian ke kuliah bagi memastikan keselesaan mereka mengikuti program pengajian.
Tidak terhad kepada baju kurung atau kemeja, pakaian kasual seperti seluar jeans, kemeja T, rompi, jaket, kardigan malah pakaian sukan turut dibenarkan untuk ke kuliah mengikut kesesuaian bidang diambil.
Dalam konteks ini, pelajar dianggap cukup matang untuk menentukan pemakaian mereka bersesuaian dengan pengajian serta mencerminkan ketrampilan kesarjanaan mahasiswa.
Namun, kebebasan berpakaian itu tertakluk kepada garis panduan disediakan universiti yang antara lain menetapkan supaya mereka berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
Universiti Utara Malaysia (UUM) misalnya yang banyak menawarkan program pengurusan mewajibkan pelajar lelakinya berpakaian kemeja lengkap bertali leher setiap hari bagi membiasakan mereka dengan penampilan kemas.
Timbalan Naib Canselornya, Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid, berkata peraturan itu ditetapkan sejak awal penubuhan universiti berkenaan dalam usaha membentuk sahsiah pelajar yang bakal menyertai kerjaya profesional apabila tamat pengajian.
“Pensyarah dan kakitangan lelaki juga diwajibkan memakai tali leher kerana kami mahu menjadikan ia budaya di universiti, manakala pelajar perempuan juga sentiasa diingatkan supaya berpakaian sopan tetapi tidak semestinya berbaju kurung,” katanya ketika dihubungi.
Tinjauan di beberapa IPT sekitar Lembah Klang pula mendapati senario berbeza apabila segelintir pelajar berpakaian terlalu kasual, malah ada juga di kalangan mahasiswi tanpa segan silu berpakaian menjolok mata.
Dengan hanya memakai seluar Bermuda, seluar pendek paras paha , kemeja T dan berselipar, pelajar lebih kelihatan seperti ingin pergi bersiar-siar daripada menghadiri kuliah.
Tambah menyakitkan mata apabila ada pelajar perempuan yang berani memakai skirt pendek dipadankan dengan kamisol atau tiub saja serta baju kemban yang mendedahkan bahu dan sebahagian dada mereka.
Tidak kurang juga pelajar yang memakai aksesori dan berdandan berlebihan serta dengan bangga menayangkan bahagian badan mereka yang bertindik seperti di pusat dan telinga.
Pelajar tahun akhir yang hanya mahu dikenali sebagai Mia, 21, berkata beliau kesal menyaksikan perubahan segelintir pelajar yang disifatkannya sebagai mangsa fesyen hingga sanggup mengorbankan jati diri dan pegangan agama.
“Ada pelajar baru datang berpakaian sopan dan bertudung pada asalnya tetapi selepas beberapa bulan terutama setelah mendapat wang pinjaman biasiswa berubah hingga sanggup menanggalkan tudung dan timbul situasi tidak sihat seperti ingin berlumba-lumba siapa yang lebih menonjol dan bergaya.
“Seharusnya, wang pinjaman dimanfaatkan untuk urusan pengajian kerana dikhuatiri jika terlalu taksub mengikut fesyen terkini, duit habis dibelanjakan untuk pakaian dan perhiasan,” katanya.
Seorang pelajar, Wawa, 18, yang baru seminggu mengikuti pengajian di sebuah kolej swasta mengakui kurang senang melihat pemakaian pelajar yang tidak senonoh terutama mahasiswa yang berpakaian seksi.
“Pelajar yang berpakaian menjolok mata ini boleh mengganggu tumpuan rakan di kelas, jika saya berasa demikian , apatah lagi pelajar lelaki,” katanya.
Pelajar yang dianggap berpakaian tidak mengikut garis panduan ini pula mempunyai perspektif berbeza dan alasan tersendiri berbuat demikian.
Pelajar yang hanya ingin dikenali sebagai Wey, 19, berkata beliau hanya mementingkan keselesaan untuk mengikuti pengajian, justeru beranggapan tiada salah baginya hanya mengenakan kemeja T dan seluar pendek ke kuliah.
“Saya seorang yang kasual dan selesa memakai kemeja T dan seluar pendek termasuk di kolej. Ini adalah penampilan sebenar dan saya tidak begitu menitikberatkan soal bergaya untuk ke kolej,” katanya.
Tidak dinafikan status sebagai mahasiswa universiti sebenarnya tidak menghalang penuntut untuk bergaya sama ada di kuliah atau bersiar-siar sebagai memenuhi naluri jiwa belia yang ingin kelihatan bergaya mengikut arus fesyen semasa.
Namun biarlah mengikut garis panduan ditetapkan sebagai menghormati status universiti sebagai institusi ilmu yang perlu dipelihara serta memartabat identiti mahasiswa.

1 comment
''Universiti Utara Malaysia (UUM) misalnya yang banyak menawarkan program pengurusan mewajibkan pelajar lelakinya berpakaian kemeja lengkap bertali leher setiap hari bagi membiasakan mereka dengan penampilan kemas.''
Aku teringat semasa aku kat negara omputih dulu,,, tukang kebun, cuci jamban pun pakai tie/tali leher,,,, memang nampak sopan hahahahahahahahahaha......
Post a Comment