Jangan terlepas pandang.
Mohd Sobri Hashim
Dari UMNO ialah Zaid Ibrahim, dari MCA ialah Chua Jui Meng dan siapa pula dari MIC. Inilah berita yang dinanti-nanti oleh peminat politik tanahair sekarang ini berhubung dengan isu penyertaan bekas pemimpin parti kompenan Barisan Nasional BN ke parti Keadilan Rakyat (PKR) terutamanya dalam suasana Penasihat PKR Anwar Ibrahim sedang bertarung untuk tidak dipenjarakan dizaman Dato' Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Kedudukan Anwar Ibrahim sama ada di penjara ataupun tidak sudah berada di Mahkamah, nasibnya tergantung kepada KEADILAN yang sedang diproseskan oleh para Pendakwa Raya, Peguam dan Yang Amat Ariff Hakim. Apa saja keputusannya akan ada kaitan dengan perkembangan politik tanahair, masa depan politik orang melayu dan kestabilan ummah. Ini tidak dapat dielakkan kerana suasana dalam negara sekarang tergantung kepada pengaruh dan kekuatan politik satu-satu parti.
BN tidak sekuat dulu lagi, tidak dapat bermegah semasa mula-mula ditubuhkan dulu, semasa Tun Ab.Razak menjadi Perdana Menteri, Kekuatan UBN sekarang bergantung kepada kebijaksanaan Dato' Najib Tun Razak tapi tidak dengan amalan hanya berretorik saja, tindakan setiap lafaz yang dikeluarkan hendaklah disempurnakan dengan segera. Kata-kata bahawa sekarang ini Parti dan Kerajaan harus ada keperluan untuk membuat perubahan hendaklah diterjemahkan dengan tindakan.
Mengekalkan Setiausaha Agong UMNO dan menyambung perkhidmatan Ketua Setiausaha Negara tidak mencerminkan lafaz yang dibuat oleh Dato Najib Tun Razak kerana perkhidmatan kedua orang itu telah pun 'over' dan sudah 'mark time'. Masih banyak tenaga lain yang boleh dimenafaatkan untuk kekuatan parti dan kerajaan. Orang baru harus didedahkan memegang teraju untuk pentadbiran parti dan kerajaan semuga ada kekuatan baru kepada parti dan kerajaan yang boleh digerakkan untuk keutuhan parti dan kerajaan.
Orang muda muak untuk menyertai UMNO kerana mereka tahu bahawa tenaga pentadbiran parti masih lagi dimonopoli oleh orang lama yang telah jelas tidak mampu mengatasi masaalah dalam parti walaupun kes itu hanya kecil yang boleh diselesai sekelip mata.
Begitu juga pegawai kerajaan diperingkat tinggi mengeluh kerana peluang kenaikan pangkat akan terjejes kerana orang yang sepatutnya telah tamat tempuh perkhidmatan masih disambung dan disambung secara kontrek seperti sudah tidak ada lagi pegawai lain yang layak untuk mejawat jawatan tertinggi dalam kerajaan seperti Ketua Setiausaha Negara.
Dua perkara yang aku sebutkan ini adalah perkara asas bagi memperkukuhkan parti dan kerajaan bagi menarik minta rakyat supaya menyokong UMNO dan Kerajaan, sekiranya dua jawatan ini tidak diubahkan sehingga menjelang pilihanraya yang ke 13 nanti, maka apabila Kerajaan yang ada hari ini tumbang jangan menangis disiang hari.
Apa yang aku tulis ini bukan semata-mata kehendak hati, tapi realitinya inilah isu yang sering diperkatakan oleh orang-orang parti UMNO dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang berjawatan KSU, TKSU, SUB, KP, KPSU dll.

No comments
Post a Comment