Kes Pelajar UM Rosmah Puaka: Shazni bebas, polis gagal lanjut

Brickfield 20 Julai 06:12p.m | Mohd Shazni Munit Ithnin dibebaskan tepat jam 3.45 petang tadi di balai polis dekat sini.

Beliau sebelum itu di bawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi bagi dilanjutkan tempoh tahanan reman namun ditolak oleh mahkamah kerana beliau memberikan kerjasama sepenuhnya semasa soal-siasat.

Investigation Officer (IO) Najib dalam kenyataan kepada majistret bertegas untuk melanjutkan tahanan reman atas alasan Orang Kena Tuduh (OKT) hanya menjawab ‘Saya akan jawab dimahkamah’ semasa soal siasat.

Namun kenyataan tersebut disanggah oleh peguam Shazni, Mohd Radzlan dengan mendakwa OKT berhak untuk menjawab demikian mengikut akta dalam Perlembagaan Persekutuan.

IO Najib juga beralasan OKT tidak memberi kerjasama sepenuhya semasa soal-siasat, namun peguam mengkritik dengan mengatakan pelbagai kemudahan dan kerjasama telah diberikan kepada pihak polis

Kerjasama tersebut termasuk memberi keutamaan kepada prosiding mahkamah pada hari kuliah serta tidak menemani anak guamnya semasa soal-siasat walaupun beliau berhak berbuat demikian.

Majistret kemudian akur dan memutuskan untuk menolak lanjutan reman berkenaan.

Terdahulu, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) tersebut telah melaporkan diri untuk bekerjasama dengan pihak polis Jumaat lalu.

Beliau sebelum ini dicari bagi membantu siasatan kes contengan provokasi ‘anti-Rosmah’ dan cubaan membakar bangunan universiti.

Shazni yang kelihatan lemah tetapi ceria ditemani peguam, Mohd Radzlan serta ibu bapa beliau disambut oleh penyokong dan sekumpulan ahli persatuan tersebut.

Menurutnya peguam beliau, polis berkemungkinan mendakwanya di mahkamah pemimpin pelajar tersebut awal minggu depan.

Sebelum beredar dari balai polis berkenaan, Shazni sempat menyatakan kepada media, “Ada beberapa pengalaman menarik saya nak bagitau”.-mahasiswakini

No comments

Powered by Blogger.