kesilapan besar anggap hukum sebat 6 sebatan sebagai hukum Islam

Saya sedih kerana masih ramai orang yang mengaku beragama islam tidak faham hukum Islam.

Hukum rotan (sebat) yang dijatuhkan oleh hakim mahkamah syariah Kuantan Pahang maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 terhadap model sambilan dari Singapura, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, atas kesalahan meminum arak di sebuah resort di Cherating itu dianggap hukum Islam.

Kalau mereka menganggap hukuman itu adalah hukum Islam yang termaktub didalam Quran ia suatu kesilapan yang sangat besar.

Hukum terhadap orang minum arak hendak disebat 80 sebatan bukan 6 sebatan yang dijatuhkan oleh hakim mahkamah syariah Kuantan Pahang itu.

Itu adalah hukum dari budi bicara seorang hakim mahkamah syariah.Tidak lebih daripada itu. Kita harap hakim itu tidak menganggap itu hukum Islam. Jika ada yang anggap itu hukukm Islam alangkah malangnya umat Islam kini.

Inilah yang membimbangkan, kerana ia bukan hukum Islam yang diturunkan dan nanti orang akan anggap ia hukum islam pada hal ia bukan hukum Islam.Cuma hukuman mahkamah syariah Kuantan Pahang.

Kalau ada yang menganggap ia hukum ialam, maka bolehlah kita sifatkan ia suatu pindaan sepertimana padri padri kristian meminda isi kandung kitab Baibel menjadi siri kitab perjanjian baru.

Kita takut apa kata Generasi akan datang. Sudah tentu mereka akan menganggap itulah hukum Allah, sedangkan ia tidak ada kena mengena dengan hukum yang ditetap oleh Allah SWT.

Jika kita kata itu adalah hukum Islam maka akan rosak akidahnya. Mengaanggap hukum lain selain daripada islam lebih baik sah jadi kafir.Ragu dengan kekufuran orang kafir juga jadi kafir. Apatah lagi mengatakan Islam kepada yang bukan Islam.

Bagaimana pula jika kita menganggap hukum tidak islam sebagai hukum Islam. Jangan bergurau dengan kes ini.

Rasulullah SAW dalam satu hadis mengatakan sama ada bergurau mengatakan undang undang Islam tidak sesuai dengan zaman ia tetap menjadi kafir.

Bagaimana dengan menganggap yang bukan Islam itu Islam. Sudah tentu lebih kurang sama sahaja akibatnya.

Kita boleh bercakap bahawa hukuman itu adalah hukum mahkamah syariah atau hukum budi bicara hakim yang membicarakan kes itu.Cukup disitu sahaja.

http://komentarkini.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.