"Kita Menang Kerana Maksiat Musuh"

Kita menang, kerana kita taat kepada Allah. Kita menang, kerana kekuatan rohani yang ada pada kita semua. Kita menang, kerana kita berupaya mengalahkan nafsu tidur kita, bangun untuk bersama-sama bermunajat kepada ALLAH pada pagi ini.


Dan sebaliknya pula jangan kita lupa, bahawa kita menang juga kerana maksiat-maksiat yang dilakukan oleh pihak musuh kita.

Justeru itu, janganlah pula kita tergolong di dalam orang yang melakukan maksiat kepada Allah agar pertolongan Allah sampai kepada kita.

Kepada yang tidak mampu untuk memberi sumbangan tenaga, maka jangan berdukacita, kerana anda berpeluang mendapat pahala yang sama darjatnya dengan orang yang berada di medan perang dengan memberi sumbangan harta anda.

Ingatlah, bahawa umat yang paling mulia itu adalah umat yang tergolong dikalangan mereka yang mendokong Al-Quran dan beribadat pada waktu malam.

Sifat perjuangan yang paling penting itu adalah tauhid, yakni perjuangan yang mengesakan Allah tanpa melakukan kesyirikan kepadaNya.

Yang kedua adalah takbir, yakni kita membesarkan dan mendahulukan hak-hak Allah daripada hak kita.

Ketiga, tanzim; kita yakin bahawa tanzim dalam parti kita ini adalah yang terbaik, tanpa tanzim yang terancang, kita pasti akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang.

Yang akhirnya, adalah kekuatan; justeru saya menyeru kepada ahli jemaah sekalian, agar kita sama-sama mengeluarkan seluruh kekuatan kita dalam hari-hari yang terakhir ini bagi mengalahkan UMNO.

Insya-ALLAH, pertolongan ALLAH itu adalah dekat. TAKBIR!

- Diubahsuai daripada Tazkirah ringkas selepas Subuh, oleh YB Ust Muhammad Mustapha.

No comments

Powered by Blogger.