mahathir baru sedar yang najib lebih teruk dari pak lah!

Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja jadi Perdana Menteri. Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu. Hari ni baru 4 Julai. Maknanya baru tiga bulan dia jadi Perdana Menteri. Hari ini, Malaysian Insider menyiarkan berita bertajuk "Dr Mahathir: Plan to open up economy won’t help" (Gambar di sebelah juga ihsan Malaysian Insider).

Baru tiga bulan jadi Perdana Menteri dah kena debik dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurut Dr Mahathir, liberalisasi ekonomi yang dibuat Najib tak membantu sesiapa pun. Kita pun dah dok nampak dah, orang Cina tak dibantu, orang India tak dibantu, orang Melayu tak payah cakap la...

Memang la, tak mampu sungguh kita nak percaya Najib dan Umno membantu Melayu.

Dr Mahathir juga berkata, apa yang dibuat oleh Najib itu lebih kepada nak popularkan dirinya sahaja.

Kalau masa Tun Abdullah Ahmad Badawi jadi Perdana Menteri dulu, dan jugak setahun lebih dia jadi Perdana Menteri barulah Dr Mahathir memberikan pandangan yang pada mulanya tak membantu dan penghujunganya hingga ke peringkat membunuh mati rejim dan kekuasaan Abdullah. Pada waktu itu, kira-kira pada bulan Mei 2005 barulah Dr Mahathir keluar dari pencen.

Selepas itu, beliau terus bersuara dan bersuara dan bersuara sehinggalah rejim Abdullah begitu cepat tertungging dalam pusara.

Tapi kali ini, tak dan empat bulan Najib jadi Perdana Menteri, dah kena luku suami kepada bini Najib (BN) tu.

Tetapi, jika dikenang-kenang balik, apa nak heran. Belum jadi Perdana Menteri pun Najib dah jenuh kena pulas telinga.

Dr Mahathir pernah menyifatkan Najib tidak cekap, lemah dan pengecut, tidak menunjukkan sebarang kekuatan dalam bidang politik dan lebih bersifat seorang pengikut dari seorang pemimpin.

Beliau juga tidak yakin Najib mampu menghadapi cabaran berikutan kemelesetan ekonomi global.

Bekas Presiden Umno itu juga pernah menyatakan beliau tidak yakin peralihan kuasa di dalam Umno akan memulihkan parti itu.

Beliau tidak yakin gejala rasuah dan politik wang dalam Umno dapat dibendung meskipun Najib bakal menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno.

"Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti? Saya tidak boleh yakin lagi kerana saya belum lagi nampak Najib mampu menyelesaikan masalah rasuah dan politik wang.

"Kita tidak akan dapat semula Umno yang bersih untuk mewakili kita selagi ia tidak dibendung," katanya.

Bekas Presiden Umno itu berkata, gejala itu agak sukar dikawal kerana rasuah telah menjadi satu budaya di kalangan ahli-ahli Umno yang mahukan sesuatu jawatan terutamanya menjelang perhimpunan Agug Umno.

Sebelum itu, Dr Mahathir menganggap peralihan kuasa adalah sia-sia apabila Najib menyatakan beliau mahu meneruskan polisi-polisi yang dilaksanakan oleh Abdullah.

Dari pendedahan Dr Mahathir juga, Malaysiakini melaporkan Najib dibayangi "budak-budak Tingkat Empat (Jabatan Perdana Menteri)".

Persoalannya, adakah Najib lebih teruk dari Abdullah?

Berkaitan:
Dr M: Where did Petronas money go? (Malaysian Insider 4/7/09 - Najib was DPM from 1/7/2004 to 3/4/2009)

No comments

Powered by Blogger.