Mesyuarat agung Gapena bagai persidangan Umno
"MESYUARAT tak ubah macam mesyuarat Umno. Masing-masing meluah kekesalan tentang tidak ada perpaduan di kalangan orang Melayu. Bos kita sendiri lebih banyak bercakap tentang perpaduan Melayu dan kesal dengan sikap mereka yang ketepikan kedaulatan bangsa (Melayu)," keluh seorang perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Agung Ke-38 Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) di Kompleks Gapena yang baru di Jalan Brickfields, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Iklan
Belum pernah berlaku suasana macam ini. Biasanya para perwakilan bercakap tentang karya penulis atau nasib sasterawan, tentang hak cipta, tentang media ataupun karenah dan birokrasi di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tapi kali ini, pertemuan tahunan bagaikan perjumpaan ahli-ahli Umno.
Tidak ada soalan tentang royalti, hak cipta, pencabulan bahasa oleh pemimpin-pemimpin negara dan bahasa rojak yang berleluasa. Ismail Hussein mengambil masa lebih satu jam bercakap tentang perpecahan Melayu.
Ketika berucap dalam agenda tangguhan mesyuarat, wakil dari Kedah, Syed Mahadir Syed Omar menyatakan kesal akan sikap parti-parti pembangkang (PAS, PKR dan DAP) yang cuba memecah-belah perpaduan orang Melayu. Katanya, mereka cuba mempopular diri dan meraih simpati dengan mengetepikan hak-hak ketuanan Melayu.
Cukup malang
"Adalah menjadi satu yang cukup malang kalau orang Melayu di negeri lain akan menjadi macam Melayu Pulau Pinang, yang kini menjadi bangsa bangsat dan peminta sedekah," katanya sambil menjeling kepada wakil Pulau Pinang yang duduk di tepinya.
Kata Syed Mahadir (Setiausaha Satu Angkatan Sasterawan Nasional Kedah � Asasi) lagi, "Adalah satu yang cukup malang bila Melayu kini merempat di negeri sendiri. Bangun ... bangunlah kita tentang mereka yang cuba menggugat kita."
Wakil Pulau Pinang, Abu Osman Sirun (Ketua Dua Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang) turut melepas geram dan kesal kerana orang Melayu sendiri yang mengabaikan tanggungjawab. "Kelembutan orang Melayu tidak kena tempatnya, dan bangsa asing mengambil kesempatan. Kalau takut orang Melayu menjadi macam Melayu Pulau Pinang, hah jagalah diri jangan dok syok sangat," katanya.
Sebelum itu, Exco Gapena, Dr Zainal Kling mencerita sedikit bagaimana mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew (LKY) cuba mewujudkan pakatan negeri-negeri di barat Semenanjung. Dia cuba wujudkan pakatan-pakatan kecil negeri-negeri yang lain juga.
"Inilah taktik halus yang dimainkan oleh LKY yang cuba mahu menghalalkan dasar belah dan perintah," katanya.
Ismail Hussein berkata bangsa Melayu dianggap komoditi yang sedang laris dijual beli di pasaran politik. Katanya parti pembangkang asyik menjual masyarakat Melayu untuk mendapat sokongan pihak lain. "Gejala menjual kepentingan kaum Melayu berlaku secara berleluasa pada zaman pancaroba ini," katanya.
"Pada masa yang sama," katanya lagi, "berlaku fenomena pengasingan antara golongan politik dengan budayawan, ilmuan dan sasterawan dalam masyarakat Melayu, sedangkan dunia politik memerlukan golongan terbabit.
"Gapena cukup kesal kerana golongan sasterawan, penulis dan ilmuan diketepikan oleh ahli-ahli politik. Segala pandangan dan cadangan golongan ini tidak diambil hirau dan dipandang sepi saja," katanya.
Ubah perlembagaan
Mesyuarat kali ini juga telah bersetuju untuk mengubah beberapa fasa dalam perlembagaan Gapena, antaranya Fasa 3: Tujuan Penubuhan. Perubahan itu ialah:
1. Mempertahankan hanya bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
2. Menyatupadukan persatuan-persatuan penulis di Malaysia yang bergiat dalam Bahasa Kebangsaan.
3. Mempertahan dan memperjuangankan hak dan kepentigan penulis.
4. Memberikan sumbangan moral dan material secara positif kepada tujuan dan cita-cita Gabungan.
5. Mengusahakan peluang-peluang untuk penulis-penulis memajukan bakat mereka.
6. Menyatupadukan semua rakyat negara ini menerusi Bahasa Kebangsaan yang tunggal iaitu bahasa Melayu.
7. Berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan kebangsaan di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.
8. Mencari, mendapatkan dan mengendalikan harta alih dan harta tidak alih di mana-mana saja dalam Malaysia dan luar negara, dan bagi menyempurnakan tujuan ini, Gabungan bolehlah menubuhkan apa-apa entiti, syarikat, badan koporat atau yayasan.
Mesyuarat lebih empat jam itu dipengerusikan oleh Dato' Samad Maharuddin, mantan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Beliau yang juga Ketua Satu Persatuan Kebajikan Penulis Selangor (Kemudi), bersetuju agar Selangor menjadi tuan rumah Mesyuarat Agung Gapena tahun hadapan.

No comments
Post a Comment