orang manek urai berjaya memperbodohkan UMNO dan muhyiddin. tengok bukti!

SUNGAI SOK, 13 Julai - Kempen bagi pilihanraya kecil Manek Urai ini semakin hebat walaupun hingga ke jam-jam terakhir ini, baik calon mahupun jentera parti, masing-masing terus perhebatkan tugasan dan tanggungjawab


Calon PAS, Abe Uji pagi ini masih meneruskan sesi ziarah menemui penduduk di sekitar UPU Lata Rek, Chuchoh Puteri dan Sungai Sok.


Sesi ziarah ke Kampung Sungai Sok tadi, diketuai Ketua Penghulu, Mohamad Zin. Abe Uji bersama rombongannya meluangkan masa beramah mesra dengan keluarga seorang warga emas, Omar bin Ya dirumahnya tadi.


Omar, 78, yang berkerja sebagai tukang urut sambilan menyatakan perasaan gembira dan terharunya dengan kunjungan Abe Uji itu.

"Ambo memang dok tunggu Abe Uji datang rumah ambo ni," ujarnya memberitahu akan tetap menyokong Abe Uji sambil diiakan isteri dan anak lelakinya.


Dalam perbualannya bersama Abe Uji, beliau memberitahu semalam rumahnya dikunjungi serombolan pemuda BN siap membawa bahan-bahan binaan rumah untuk meraih undi beliau sekeluarga.


"Serupo kata tok guru, orang beri pitih kito ambik, pangkah tetap bule," katanya lagi.


Kenyataannya ternyata benar, di hadapan rumahnya sahaja sudah penuh dengan bahan-bahan binaan seperti simen, pasir, kayu, batu batu.


Sementara itu, Ketua Penghulu memberitahu kawasan Sungai Sok dengan 80 peratus penduduknya terdiri daripada pekebun dan penoreh getah, adalah kubu kuat PAS.


Bersetuju dengan undi pengundi luar penentu kemenangan PAS, beliau berkata, daripada 987 pengundi, 350 daripadanya adalah pengundi luar.


Jika dilihat daripada rekod PRU Manek Urai pada 2004 dan 2008, UPU Sungai Sok membantu kemenangan calon Pas, Paksu Wei dengan peningkatan majoriti 34 undi dan 56.58 peratus.


Oleh itu, beliau sangat mengharapkan agar pengundi luar terutamanya Sungai Sok yang masih belum balik untuk mengundi esok, dapat berbuat demikian bagi memastikan kemenangan berpihak pada calon Pas, Abe Uji bagi meneruskan tanggungjawab yang ditinggalkan Paksu Wei.

No comments

Powered by Blogger.