Pegang lilin protes cara SPRM siasat Teoh Beng Hock

Dato’ Husam Musa berpendapat tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda protes boleh dilakukan, sebaliknya jika bertujuan turut serta upacara keagamaan memang tidak boleh.

“Kenapa jika perbuatan yang dilakukan pembangkang semua tidak boleh …. pakai baju hitampun tidak boleh, baju hijau tidak boleh, pegang lilin tidak boleh… semua tidak boleh.

“Pegang lilin untuk mengikuti upacara keagamaan seperti memegang lilin (colok) dan ‘menundudk-nunduk (menyembah) itu tidak boleh, tetapi jika pegang lilin sebagai tanda protes boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kehadiran, Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin pada program menyala lilin memprotes cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sehingga membawa kepada kematian pegawai khas Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

“Pemimpin Umno tidak perlu memperbesarkan isu lilin ini,” katanya.

Beliau berkata, Nizar hanya hadir sebagai tanda protes terhadap apa yang berlaku terhadap Beng Hock dan bukan menyertai acara keagamaan.

nizarprotesbunuhteoh

“Apa yang berlaku terhadap mendiang Beng Hock bukan lagi soal agama semata-mata sebaliknya soal kemanusiaan yang wajib mendapat keadilan dari semua pihak.

“Saya pun tak faham, salah ke pegang lilin dan lilit kepala dengan kain sebagai protes, pegang lilin salah, pakai baju hijau pun salah, semua tak kena kalau bertentangan dengan naluri Umno.” katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Dato’ Mohamed Daud tidak berani mengulas sebaliknya menyerahkanya kepada Mufti menjelaskannya.

Isu kecil macam ni pun tak berani mengulas, mungkin kerana Husam. Beritahu je Dato’, Halal, Haram, Harus tak payah tunggu Mufti atau Majlis Fatwa. Takkan Protes dan tak puashati dengan tindakan membunuh seseorang yang ‘bukan Islam’ tanpa sebab sebagai Haram.

Tengok ni, Timbalan Mufti Kedah berani beri komen.

Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin ketika diminta mengulas pembabitan orang Islam dalam perhimpunan nyalaan lilin, berikutan kematian kontroversi Setiausaha Politik ahli Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock, menegaskan selagi tindakan itu bukan amalan agama tertentu, ia dibolehkan.

“Lilin bukannya alat keagamaan. Majlis memperingati yang diadakan itu pun tiada unsur-unsur keagamaan. Oleh itu, tidak salah sekiranya rakan-rakan Islam turut hadir memberi sokongan atau penghormatan terakhir,” katanya.

Syeikh Marwazi berkata, penyokong Islam yang hadir kemungkinan sekadar memberi sokongan politik, malah perhimpunan itu juga adalah berlandaskan fahaman politik, dan bukannya keagamaan.

“Mereka yang hadir juga tidak membuat sesuatu yang merujuk kepada perbuatan keagamaan, jika sekadar berdiri bersama lilin, tidak mengapa,” katanya.

Menurutnya, dalam kes ini, isu agama tidak timbul kerana kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Kehadiran orang Islam di situ hanyalah sebagai menyokong rakan-rakan mereka dalam politik sahaja, dan sekiranya boleh menimbulkan fitnah, eloklah sekiranya mengelak daripada hadir dalam perjumpaan seumpama itu,” katanya.

Kematian misteri Teoh Beng Hock selepas disoal siasat selama lebih 10 jam oleh SPRM ditangisi rakyat Malaysia dari semua kaum dan agama. Tragedi ini tidak seharusnya dilihat dari kaca mata perkauman. Ia merupakan isu keadilan yang menuntut jawapan segera terhadap begitu banyak kemusykilan.

Semua kaum ratapi kematian Teoh – Mohamad Sabu
Rakyat malaysia tidak kira kaum hendaklah melihat bahawa kezaliman yang berlaku kepada sesiapapun mesti dibela, tanpa melihat dari sudut kaum atau agama. Soal hak asasi saksi termasuk hak orang yang dituduh, mesti dilindungi.

Saya amat gembira apabila peristiwa kematian Teoh Beng Hock diratapi oleh semua kaum dan penganut pelbagai agama. Kezaliman dan kekejaman mesti dilihat secara syumul , merentasi hal kaum dan agama.

Apa kata Ustazah Umno:
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato Dr Mashitah Ibrahim berpendapat tindakan Nizar boleh melanggar akidah.

Dalam isu nyalaan lilin ini sebagai tanda protes pembunuhan keatas setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock, Pemimpin Umno kini mengakui dan mengiktiraf Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz sebagai orang berkelayakan mengeluarkan fatwa apabila mereka meminta Mursyidul Am PAS itu memberi fatwa.

Sedangkan mereka mengetahui otoriti badan yang boleh mengeluarkan fatwa iaitu Majlis fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri.

Baru-baru ini Menteri Besar Perak, Dr Zambry Abdul Kadir meminta Tuan Guru Nik Aziz memberi fatwa berhubung acara protes dengan lilin.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, berkata, gesaan pemimpin Umno itu seolah-olah mereka tidak yakin dengan Majlis Fatwa Kebangsaan sehingga sanggup meminta Ulamak dalam PAS mengeluarkan fatwa.

jiwo kelate

Akhirnya, hari ini Kebinet bersetuju dengan pandangan dan protes Pembangkang supaya menubuhkan Suruhanjaya dan Inkues
Kabinet hari ini memutuskan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan minggu depan bagi menentukan punca kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock minggu lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dibuat kerana Kabinet mahu penyiasatan kematian Teoh dilakukan dengan menyeluruh bagi mencari punca kejadian tersebut.

Katanya Kabinet turut memutuskan satu suruhanjaya diraja diwujudkan dengan terma-terma khusus iaitu meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap Teoh bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.

Berita berkaitan:
Kerajaan Selangor lantik Peguam Pemerhati

Dewan Ulamak diminta bincang isu Nizar protes guna lilin – Timbalan Menteri Besar Kelantan

SPRM terima kerajaan tubuh Suruhanjaya Diraja

No comments

Powered by Blogger.