Nik Aziz Bidas Zambry Haram!

PAS serah pada Dewan Ulama tentukan tindakan Nizar

RANTAU PANJANG: Pas menyerahkan kepada Dewan Ulama untuk mengeluarkan fatwa atau hukuman terhadap tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Dr Mohd Nizar Jamaluddin yang menyertai majlis nyalaan lilin di Ipon bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaacob berkata pihaknya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan Dewan Ulama PAS untuk kemukakan sebarang pandangan.

"Kita serah sahaja kepada Dewan Ulama PAS untuk tentukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek fasa kedua di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Zambry yang mahukan ulama PAS memberikan pandangan agama terhadap tindakan Nizar yang menyalakan lilin untuk memperingati kematian Teoh.

Di KOTA BHARU, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas tindakan Nizar itu.

Ketika ditanya, Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya mempersoalkan aspek politik mengenai Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak.

Nik Abdul Aziz mempersoalkan kesahihan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir kerana ianya dianggap bertentangan dengan amalan demokrasi.

"Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasipun dia (Zambri) tak pakai....Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu", katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim. BERNAMA

1 comment

Tok Mudim said...

Jawab ggapo nyah Tuey Ghurru

Powered by Blogger.