PETRONAS MENZALIMI PELAJAR TAJAANNYA SENDIRI

Oleh: kenyir44

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan DILEMMA yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar tajaan Petronas yang baru menamatkan pelajaran.

Kebanyakan kami telah dipilih untuk diberi hadiah tajaan Petronas setelah mencapai keputusan yang cemerlang di peringkat SPM. Kami sedar bahawa Petronas berhak ke atas segalanya termasuk untuk TIDAK mengambil kami bekerja. Namun begitu, tindak tanduk dan juga prosedur PETRONA telah dan akan menggelapkan masa depan kami.

Syarat Petronas ke atas kami adalah untuk mencapai keputusan yang paling cemerlang diperingkat ijazah dan itu telah kami tunaikan. Kebanyakan kami telah mencapai keputusan sekurang-kurang Kelas Dua Atas kalau tak Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang masing-masing.

Setelah kami menamatkan pengajian, kami telah disyaratkan mengambil peperiksaan secara online dan sekiranya lulus terpaksa melalui Ujian Aptitude sebelum dipanggil untuk temuduga. Setelah lulus temuduga, kami dikehendaki menunggu sekuran-kurang nya selama 6 bulan sebelum kami dipanggil untuk berkhidmat dengan Petronas. Itupun sekiranya kekosongan wujud di Petronas. Dengan itu bermulalah tempoh untuk kami memenuhi tuntutan kontrak dengan berkhidmat dengan selama tempoh yang ditetapkan.

Selama tempoh menunggu 6 bulan – hingga 1 tahun, kami mengalami masalah yang amat besar dan sekiranya diajukan kepada pihak biasiswa Petronas, jawapan nya sangat simple.. It is ur choice. Kenapa dulu nak ambil scholarship Petronas?

Sekarang masalah kami… Bukan semua dari kami ini dari golongan yang berpendapatan tinggi. Ada dari golongan petani dan peneroka FELDA. Setelah tamat belajar dengan kelulusan yang cemerlang berbekalkan CGPA lebih dari 3.5, adalah sukar untuk kami dipanggil temuduga dari pihak syarikat2 lain apalagi diambil bekerja sementara menunggu panggilan Petronas. Alasan mereka sangat simple.. CGPA setinggi begini..takkan tak de sponsor ataupun "aikk! Scholar Petronas? Dont waste our time! For sure Petronas akan ambil!" Sekiranya kamu diambil kerja mesti tak sampai 5 bulan dah berhenti atau pun dipanggil sponsor balik. Mereka ni semua tak tahu polisi Petronas yang tidak semestinya mengambil Pelajar Tajaan mereka untuk bekerja.

Kalau sekiranya selepas 6 bulan tempoh menunggu, terdapat kekosongan di Petronas..Alhamdulillah. Tapi sekiranya kami dimaklumkan bahawa tiada department kat Petronas yang memerlukan kamu… Alangkah jahatnya Petronas walaupun tujuannya adalah murni. Kami telah membazirkan waktu 6 bulan hingga 1 tahun dengan menanam anggur di bumi gersang. Kami terpaksa pula bersaing dengan graduan yang akan keluar di tahun berikutnya.

Soalannya, tiadakah pegawai atau Naib Presiden Petronas memikirkan persoalan ini? Persoalan nya bukan untuk Petronas mengambil kami bekerja, tetapi bagaimana untuk meyakinkan majikan-majikan diluar sana untuk mengambil kami bekerja dengan wujudnya pemasalahan tatacara pengambilan kerja dan kontrak biasiswa Petronas. Ingat..bukan semua dari kami ini adalah dari golongan berada seperti para pengurusan Petronas. Apakah kejayaan kami di Universiti dengan kelulusan yang cemerlang terpaksa dihukum sebegini rupa? Apa yang kami perlukan adalah PEKERJAAN dan ianya tidak semestinya dengan PETRONAS. Kami perlu juga menyara keluarga kami kerana mereka adalah dari golongan yang kurang berada.


Terima kasih"

No comments

Powered by Blogger.