RM500 sejam pertama tabung ‘anti-Rosmah’ di lancar



Kuala Lumpur 5 Julai 11:57a.m│Selepas sejam pelancaran tabung bagi membantu individu yang dituduh dalam kes contengan protes di Universiti Malaya, dana telah mencapai RM500.

Tabung yang dilancarkan pada pukul 10.00 pagi tadi ialah atas inisiatif mahasiswa universiti berkenaan yang prihatin dengan nasib tertuduh.

Pemilik akaun bank berkenaan, Ahmad Fahmi Mohd Salleh melancarkan tabung dana berserta poster dalam blog beliau dengan prasa ‘Derma-lah DEMI Menentang Rosmah’.

Beliau juga meminta orang ramai untuk menyebarkan poster berkenaan bagi meningkatkan nilai kutipan dana.

Pelbagai pihak juga memberikan respon positif dengan pelancaran tabung dana tersebut.

Dalam pada itu, dipercayai tertuduh dalam kes tersebut, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Shahrul Deen memerlukan sekurang-kurangnya RM25 ribu setiap seorang bagi membiayai yuran guaman.

Wakil keluarga tertuduh meminta pelbagai pihak untuk membantu dari sudut kewangan disamping sokongan moral.

Dua mahasiswa universiti tersebut ditahan atas pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Kedua-duanya juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara.

Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

Mereka didakwa menconteng dinding dewan tersebut, selain menyimbah petrol di permaidani dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000.

Kes akan disebut semula pada 13 Julai ini.

Bantuan kewangan boleh disalurkan ke akaun Ahmad Fahmi Mohd Salleh, Bank Islam Malaysia Berhad , di nombor 12047-02027-2969.

No comments

Powered by Blogger.