PPSMI: mengapa kena tunggu dua setengah tahun?
Oleh Dinsman
Pengumuman Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin 8 Julai bahawa kerajaan akan mansuhkan PPSMI mulai 2012 telah menyebabkan ramai orang menyambutnya dengan gembira dan bersyukur. Seorang tokoh persatuan pelajar mengirim sms kepada saya menyatakan gembiranya dan menganggap itu sebagai satu kejayaan anak muda.
Saya nyatakan kepadanya: "Belum berjaya betul lagi, anak muda! Itu baru janji, 2012 akan mula. Kenapa mesti tunggu lagi 2 setengah tahun? Kenapa tak boleh mansuhkan terus mulai 2010?"
Memang itu satu kejayaan. Tidak dinafikan. Kerajaan telah mengakui satu kesilapannya selama ini. Bukan kesilapan kecil atau sederhana, tapi satu kesilapan besar. Kesilapan yang bernilai RM12 bilion (kata suatu sumber). Bagi negara kecil seperti Malaysia, RM12 bilion adalah satu jumlah yang sangat besar. Apatah lagi kalau mengambil kira keputusan itu dibuat secara mendadak oleh seorang yang berkuasa, iaitu Perdana Menteri, ketika dia berada di hujung tempoh kuasanya.
Kini Perdana Menteri yang sudah menjadi bekas Perdana Menteri itu masih lagi berusaha sedaya upayanya (menjelang saat Muhyiddin akan membuat pengumuman), supaya dasar ciptaan terakhirnya itu diteruskan. Dan menarik juga diperhatikan bagaimana pada waktu yang sama MB Johor, Ab Ghani Othman dan Prof Diraja Ungku Aziz, pun tiba-tiba bersuara keras menentang dasar yang disebut Ungku Aziz sebagai "dasar gila" itu.
Apa pun, episod ini adalah suatu episod penting dalam sejarah negara-bangsa kita. Melaluinya kita dapat melihat betapa rapuhnya jatidiri orang Malaysia, dan betapa minda kita rupa-rupanya masih kuat dicengkam oleh kesan penjajahan.
Saya kira dua hal ini sangat penting diperhatikan. Pertama, soal jatidiri. Apakah itu jatidiri? Apakah ia diperlukan oleh sesebuah negara-bangsa, ataupun tidak? Apakah kesannya kepada pembangunan sesebuah negara-bangsa sekiranya rakyatnya tidak mementingkan jatidiri, seperti rakyat Malaysia hari ini?
(Tapi sebenarnya bukan rakyat Malaysia yang tidak mementingkan jatidiri. Yang tidak mementingkan jatidiri hanyalah segelintir pemimpin Umno sahaja, yang dikepalai oleh Tun Dr Mahathir. Masalahnya mereka memegang kuasa, maka dapatlah mereka melaksanakannya. Untuk apa mereka berbuat demikian? Cuba-cubalah fikirkan.)
Satu hal lagi ialah mengenai minda orang Malaysia yang masih kuat dicengkam kesan penjajahan. Buktinya ialah kita begitu sekali mengagung-agungkan bahasa Inggeris, sehingga memungkinkan dasar seperti PPSMI itu diterima-pakai dalam sistem pendidikan kita, walaupun melibatkan perbelanjaan yang begitu besar.
Saya malah melihatnya sebagai usaha Dr Mahathir (dan pihak-pihak tertentu di belakang atau di sekelilingnya) untuk melemahkan dan melonggarkan ikatan minda dan emosi orang Melayu dengan agama Islam. Selepas dia gagal menghapuskan Sekolah Agama Rakyat (SAR), maka digunakannya saki-baki kuasa yang ada pada dia untuk paksa rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu, supaya belajar dalam bahasa Inggeris.
Ini salah satu cara untuk memisahkan minda dan emosi orang Melayu dari Islam. Dan ini perlu dilakukannya bagi menghalang kemajuan pesat parti PAS. Semakin maju Islam di negara ini dan semakin meningkat kesedaran rakyat dalam menghayati Islam, maka semakin besarlah keahlian parti PAS dan penyokongnya. Bagaimana menghalang kemaraan ini? Mesti lemahkan penghayatan Islam.
Bagaimana melemahkan penghayatan Islam? Dengan memperkukuhkan dan meluaskan penggunaan bahasa Inggeris. Dalam konteks di Malaysia, bahasa Inggeris bukannya bahasa agama Islam. Bahasa agama Islam ialah bahasa Arab dan bahasa Melayu. Dengan memperkukuhkan dan meluaskan penggunaan bahasa Inggeris, dengan sendirinya penghayatan agama Islam akan menjadi lemah.
Hanya itulah sahaja caranya Umno dapat memanjangkan hayatnya. Sekarang menterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, mengumumkan akan memansuhkan PPSMI itu dalam tempoh dua setengah tahun lagi. Mengapa perlu tunggu dua setengah tahun lagi?
Dulu, waktu ia hendak dimulakan, waktu ia hendak diperkenalkan, tak ada pula berperingkat-peringkat, tak perlu pun kepada kajian, dan tak perlu pun tunggu supaya dibuat persediaan atau persiapan terlebih dahulu. Apa pun tak perlu. Terus jalan saja. Apa-apa masalah akan diselesaikan kemudian. Itulah makanya sampai berbilion-bilion ringgit perlu dibelanjakan.
Memang gila. Bukan dasar saja gila. Cara pelaksanaannya pun gila-gila.
Sekarang, bila nak mansuh, kena tunggu pula dua setengah tahun. Nak kena itulah, nak kena inilah, nak kena pertimbangkan masalah itulah, masalah inilah, macam-macam. Saya takut ia bukannya pemansuhan, tetapi seperti kata SN A.Samad Said, "ini adalah penangguhan pemansuhan itu." Ia bukan dimansuhkan, tetapi ditangguhkan keputusan untuk memansuhkannya.
Dua tahun setengah dalam politik Malaysia hari ini macam-macamlah boleh berlaku. Kerajaan pun boleh bertukar dalam tempoh satu hari, kan! Ini pula dua setengah tahun. Menteri pun boleh bertukar. Maka apakah keputusan tidak boleh diubah?
Tapi tak mengapalah. Eloklah kita bersangka baik. Dan kita tunggulah dua setengah tahun lagi. Namun tiga perkara yang saya sebut di atas tadi itu, tetap merupakan perkara yang perlu diperhatikan. Masalah jatidiri, masalah minda yang dicengkam kesan penjajahan, dan masalah ikatan minda dan emosi orang Melayu dengan bahasa yang membawa agama Islam.
(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 0136362408)

No comments
Post a Comment