Tukar Rosmah: AIC gesa Selangor bertindak segera

Oleh Sam Ahmad

Ekoran daripada seruan oleh masyarakat kampus Universiti Industri Selangor (UNiSEL) agar ditukarkan canselor mereka yang ada sekarang, Kelab Anwar Ibrahim (AIC) telah menggesa kerajaan negeri Selangor bertindak dengan segera dan suatu permerhatian yang serius hendaklah diberi.

Para mahasiswa yang hadir pada program “Forum dan Pidato Memperkasakan Mahasiswa & Realiti Politik Kampus” sebulat suara telah menyatakan pendirian menolak Datin Paduka Rosmah Mansur sebagai canselor mereka.

Kenyataan AIC yang diwakili oleh presidennya Muhammad Shukri Md Saad antara lain melahirkan sikap khuatir mereka jika resolusi itu tidak diterima, “AIC khuatir jika suara warga kampus ini tidak dipedulikan, kelak ia akan memberi kesan negatif yang lebih besar ke atas warga UNiSEL serta menjejaskan prestasi serta motivasi pelajar universiti itu sendiri secara khususnya.”

Resolusi supaya ditukar canselor Unisel itu terhasil daripada cadangan seorang mahasiswa, terus diadakan ‘pengundian’ oleh Anwar Ibrahim dan kesemua mahasiswa dan pensyarah yang hadir ke dewan itu mengangkat tangan tanda setuju canselor ditukarkan.

“Seluruh dewan yang penuh sesak dengan warga kampus mengangkat tangan dan bersorak selepas Anwar mengajak pelajar untuk mengundi terhadap cadangan seorang pelajar agar Rosmah digantikan. Ini merupakan isyarat yang sangat jelas bahawa terdapatnya keresahan yang sangat kuat di kalangan warga kampus tentang status Canselor mereka sekarang.”

Dalam kenyataan itu juga, AIC turut menggariskan 3 alasan mengapa perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri Selangor:

“1. Mengadakan sessi terbuka bersama pelajar untuk memahami rasional keresahan mereka dan mencari penyelesaian bersama, ATAU

”2. Memperbaiki imej Rosmah agar khidmat dan fungsinya sebagai Canselor UNiSEL boleh dibanggakan oleh seluruh warga universiti tersebut, ATAU

”3. Menimbangkan secara serius saranan warga UNiSEL untuk menggantikan Canselor mereka dalam masa terdekat.”

Dalam beberapa perenggan terakhir kenyataan tersebut, Sdr Sukri Saad selaku presiden juga mengingat kepada pihak yang berkenaan “warga kampus, seperti juga rakyat, mempunyai hak untuk diwakili oleh figur yang boleh mereka banggakan.”

kenyataan penuh

Kenyataan Media
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

11 Julai, 2009

AIC gesa Selangor Pertimbang Saranan UNiSEL

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) menggesa agar Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar Selangor dan pengerusi kepada Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB), yang bertangunggjawab sepenuhnya menguruskan Universiti Industri Selangor (UNiSEL), agar mempertimbangkan secara serius dan bersegera seruan warga kampus UNiSEL untuk menukarkan Canselor mereka sekarang, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Seruan ini telah dibangkitkan oleh pelajar sendiri dalam satu sessi soal-jawab bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ketika program “Forum dan Pidato Memperkasakan Mahasiswa & Realiti Politik Kampus” di kampus UNiSEL Bestari Jaya, Batang Berjuntai pada hari Khamis lepas.

Seluruh dewan yang penuh sesak dengan warga kampus mengangkat tangan dan bersorak selepas Anwar mengajak pelajar untuk mengundi terhadap cadangan seorang pelajar agar Rosmah digantikan. Ini merupakan isyarat yang sangat jelas bahawa terdapatnya keresahan yang sangat kuat di kalangan warga kampus tentang status Canselor mereka sekarang.

AIC khuatir jika suara warga kampus ini tidak dipedulikan, kelak ia akan memberi kesan negatif yang lebih besar ke atas warga UNiSEL serta menjejaskan prestasi serta motivasi pelajar universiti itu sendiri secara khususnya.

AIC juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Selangor agar menangani masalah ini dengan :

1. Mengadakan sessi terbuka bersama pelajar untuk memahami rasional keresahan mereka dan mencari penyelesaian bersama, ATAU

2. Memperbaiki imej Rosmah agar khidmat dan fungsinya sebagai Canselor UNiSEL boleh dibanggakan oleh seluruh warga universiti tersebut, ATAU

3. Menimbangkan secara serius saranan warga UNiSEL untuk menggantikan Canselor mereka dalam masa terdekat.

Apapun, AIC melihat bahawa Kerajaan Selangor tidak boleh berdiam diri dan harus memberi reaksi dalam perkara ini.

Warga kampus, seperti juga rakyat, mempunyai hak untuk diwakili oleh figur yang boleh mereka banggakan.

Dalam hal ini, warga UNiSEL juga mempunyai hak untuk mempunyai Canselor yang mereka rasakan sesuai untuk mengangkat maruah dan semangat mereka dalam menjadikan Universiti Selangor sebagai sebuah universiti yang disegani dan dihormati.

AIC sekali lagi menyarankan pada Kerajaan Selangor melalui Menteri Besar agar perkara ini diambil perhatian secara serius dan bersegera.

“Pemangkin Agenda Perubahan”

Muhammad Shukri Md Saad
Presiden
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)
(shukri@anwaribrahimclub.com)

No comments

Powered by Blogger.