umno boneka singapura?boneka gangster?

Hari ini, Raja Petra Kamarudin menyiarkan tulisan bertajuk "A flashback on the Azim Zabidi affair" dalam laman beritanya, Malaysia Today.

Sebelum ini, berdasarkan tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk "Tambak Johor," dengan serta merta ramai yang membuat rumusan bahawa Umno adalah boneka Singapura.

Bila membaca tulisan Raja Petra yang disebutkan di atas, kita tertanya-tanya berapa ramai sebenarnya pemimpin Umno yang dibela atau menjadi peliharaan BK Tan? Pada adatnya, bila seseorang itu dibela dan dipelihara, dengan mudah ia boleh menjadi boneka. Berapa ramai pemimpin Umno menjadi boneka atau pak yet BK Tan?

Saya tak larang dan tak nak halang sesiapa pun yang mahu mendedahkan siapa sebenarnya boneka DAP dalam PAS. Dedahkan dalam blog-blog masing. Pendedahan itu penting untuk dilakukan.

Kalau hantar komen yang mengandungi pendedahan berserta bukti tentang siapakah boneka DAP dalam PAS, saya akan siarkan. Kalau tak dak bukti sehingga tak pasai-pasai aku pulak yang kena saman, saya tak akan siarkan.

Setakat bagi link atau pautan, tak pa lagi.

Mari kita berbagi kerja. Hampa yang Umno, teruskan kerja hampa mendedahkan boneka DAP dalam PAS. Saya pulak, di samping mendedahkan boneka dan penagih Umno dalam PAS, kerja saya ialah menyiarkan pendedahan yang menyebabkan Umno dilihat boneka Singapura, boneka gangster, boneka kongsi gelap.

Kalau nak memajukan Melayu, PAS kena debik Umno bila Umno buat salah dan Umno kena debik PAS bila PAS buat salah. Insya Allah, Melayu akan maju. Memajukan Melayu tidak racist.

Berikut ialah apa yang saya tulis lama dahulu dalam posting bertajuk "Bendahari Umno, betui ka hang tipu RM1,318,000?". Supaya senang nak baca terus, saya siarkan semula di sini kerana ia berkait rapat dengan tulisan Raja Petra yang saya sebutkan di atas:

Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin mendedahkan, pada 31 November 2007, seorang ahli perniagaan, Lu Leong Seng membuat laporan polis ke atas Bendahari Umno, Datuk Abdul Azim Mohamed Zabidi di Balai Polis Kajang.

"(Sehingga) hari ini, sudah tentu dan seperti yang dijangkakan, tidak ada tindakan diambil oleh pihak polis," dakwa beliau.

Laporan itu dibuat, katanya, kerana Abdul Azim, yang juga Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN), didakwa enggan mengembalikan saham berjumlah RM1,318,000.

Menurut Raja Petra, perkara itu bermula apabila Transquay Ventures Sdn Bhd hendak disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Bagi membolehkan penyenaraian , katanya lagi, Abdul Azim dilantik sebagai pengarah syarikat itu pada 20 Oktober 2003.

Perlantikan itu, menurut Raja Petra, dibuat berikutan dakwaan Abdul Azim bahawa syarikat itu mestilah menjadi syarikat Bumiputera untuk layak di senaraikan.

Berikutan itu, kata Editor Malaysia Today itu lagi, separuh dari saham syarikat itu dipindahmilik kepada Abdul Azim manakala separuh lagi dipindahmilik kepada seorang lagi Bumiputera.

Setelah saham itu berada di tangan Bumiputera sepenuhnya, menurut pendedahan itu, barulah ia layak disenaraikan.

"Azim 'membayar' kepada Lu Leong Seng untuk saham-saham tersebut pada 5 April 2004 melaui tiga cek RHB Bank. Penjualan itu bukanlah penjualan sebenarnya tetapi hanya transaksi kertas untuk menunjukkan Azim benar-benar memiliki saham tersebut dan telah membelinya," kata Raja Petra.

Lu pula, katanya lagi, hendaklah membayar sejumlah wang, tetapi bukan kepada Abdul Azim kerana Bendahari Umno itu tidak mahu dikesan menerima wang tersebut.

"Sebaliknya, Lu dikehendaki membayar kepada Tan Boon Keong, atau BK Tan yang terkenal keji itu. Pembayaran tersebut dibuat melalui empat cek Public Bank Berhad pada 8 April 2004," dakwa beliau.

Bagaimanapun, katanya lagi, penyenaraian itu tidak berlaku dan Lu membatalkan persetujuan yang dibuat dengan Abdul Azim dan meminta Bendahari Umno itu mengembalikan saham serta bayaran yang telah dikemukakan oleh Lu.

"Tetapi Azim enggan mengembalikan saham atau bayaran berjumlah berjumlah RM1,318,000 yang dikemukakan kepada Tan yang bertindak sebagai penamanya. Pada masa yang sama, Azim dan rakannya BK Tan memiliki syarikat tersebut dan wang tunai berjumlah RM1,318,000," dakwa beliau.

Sebelum ini, Raja Petra pernah mendakwa bahawa Tan ialah kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau didakwa juga menguasai sistem maklumat berkomputer polis.

Dalam akuan berkanun ASP Mior Fahim Ahmad, Tan disebutkan oleh beliau sebagai "mempunyai perhubungan yang amat baik dengan Tan Sri KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK Tan".















No comments

Powered by Blogger.