shahrizat tanya tok guru berdoa apa di manek urai?

Oleh: WFAUZDIN NS

“Semasa saya datang ke sini, saya banyak melihat poster Tok Guru (Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat) menadah tangan berdoa, saya tertanya-tanya apakah doa beliau? Apa yang saya fikir, sekarang sudah 20 tahun Allah SWT memberi Pas untuk memerintah negeri ini, tetapi Kelantan masih teramat miskin, saya sedih melihat keadaan penduduk di sini,” katanya.(http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2928855.asp)


ITU mukaddimah saya yang memetik kata-kata Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil yang datang berkempen ke Manek Urai. Beliau juga melahirkan rasa sedih apabila melihat rakyat Kelantan `teramat miskin'. Miskin dari segi mana, Wallahu Aklam. Ketua Wanita Umno itu sendiri pun datang ke Kelantan dengan mempamirkan `kemiskinan' maruah dan moralnya apabila langsung tidak menutup aurat sebagai seorang wanita Muslim. Bukankah itu miskin juga Justify Fulldi sisi agama?

Sebenarnya isu miskin dan pembangunan sudah lama ditolak oleh rakyat Kelantan, bukan kerana mereka menolak kekayaan atau pembangunan, tetapi mereka lebih utamakan kekayaan budi pekerti, moral dan keagamaan. Kelantan juga bukan negeri yang termiskin seperti yang didakwa oleh Shahrizat seorang menteri yang dilantik walaupun kalah di dalam pilihanraya itu. Ketua Wanita Umno tersebut sebenarnya sudah kehilangan idea untuk berkempen. Beliau tidak mampu berhujah dalam soal akhlak dan moral, apatah lagi dalam soal agama kerana peribadi beliau sendiri sentiasa menyalahi hukum.

Pelikkah Shahrizat melihat Tuan Guru berdoa? Apakah Sharizat ingat Tuan Guru berdoa agar Allah menjadikan semua rakyat Kelantan kaya raya? Jika beliau masih tertanya-tanya tentang apakah doa yang dibacakan oleh Tuan Guru Nik Aziz itu, beliau harus bertemu dengan Tuan Guru untuk bertanyakan kemusykilan beliau. Manalah tahu, Sharizat boleh juga belajar berdoa sedikit sebanyak bagi menambahkan `doa makan' yang beliau tahu itu. Jika jiwa atau perasaan sudah tidak tenteram apabila melihat orang berdoa, saya sendiri tidak tahu jenis muslimah apakah Shahrizat ini.

Tahukah Shahrizat bahawa Allah memberikan peluang untuk Pas memerintah di negeri Kelantan ini bukan untuk Pas mengkaya-rayakan rakyat Kelantan dengan keduniaan semata-mata. Mungkin itu matlamat Umno, tetapi tidak buat Pas. Kalau itu matlamat Umno, terbukti Umno juga gagal untuk mengkaya-rayakan rakyat di bawah pemerintahannya, malahan rakyat bertambah susah dan menderita. Umno gagal untuk mengkaya-rayakan rakyat di dunia, apatah lagi di Akhirat. Buktinya, Shahrizat masih `miskin' keilmuan agamanya walaupun memakai tudung yang mahal untuk menutup sebahagian rambut di kepala.

Saya nasihatkan agar Shahrizat tidak lagi menyentuh soal agama di bumi Kelantan lagi demi untuk menjaga imej dan air muka beliau sendiri. Lebih baik beliau bercakap soal nasib-nasib wanita dan keluarga yang terus teraniaya kerana suami mereka ditahan di bawah undang-undang zalim ISA itu.

No comments

Powered by Blogger.