Universiti diberi autonomi tetapkan etika berpakaian
INGINKAN perhatian dan terlalu taksub untuk mengikuti aliran fesyen semasa antara faktor utama yang membuatkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) gagal mematuhi garis panduan berpakaian ditetapkan.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pelajar Kolej Universiti Sunway, Lee Siok Ping, berkata ada pelajar yang sengaja berpakaian tidak senonoh sebagai tanda memberontak berikutan masalah keluarga dihadapi di rumah.
Tidak kurang juga, katanya, pelajar perempuan yang bersaing sesama rakan mereka untuk membuktikan siapa yang lebih bergaya dan berjaya menarik perhatian pelajar lelaki.
Namun, beliau berkata menerusi teguran secara berhemah, kebanyakan pelajar mengakui kesilapan mereka dan bersedia mengubah penampilan lebih sopan.
“Garis panduan berpakaian dimaklumkan kepada pelajar semasa minggu orientasi, namun, ada kala mereka terlanggar garis panduan itu didorong naluri mahu mencuba aliran fesyen terkini kerana tidak mahu dikatakan ketinggalan zaman.
"Masalah ini perlu ditangani dengan lebih praktikal dan profesional sebagai menghormati kematangan pelajar IPT, justeru pendekatan mendidik dan menasihati adalah lebih sesuai daripada mendenda supaya mereka tidak cepat melenting dan memberontak.
"Pada masa sama, ingatkan kepada mereka tanggungjawab menghormati tubuh badan sendiri dengan memakai pakaian tidak menjolok mata serta terangkan tidak salah berpakaian moden yang sopan dan menarik
“Di kolej ini misalnya, pengurusan segera menegur pelajar yang didapati melanggar garis panduan pemakaian dan jika ia membabitkan pelajar antarabangsa, kami terangkan kepentingan mereka menghormati sensitiviti masyarakat negara ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata kementerian tidak menetapkan sebarang akta atau garis panduan pemakaian bagi pelajar IPT sebaliknya setiap universiti diberi autonomi menyediakan garis panduan pemakaian masing-masing.
Antara tuntutan perlu dipenuhi dalam garis panduan itu, katanya, adalah mengambil kira sensitiviti masyarakat, sopan serta menggalakkan pelajar menonjolkan penampilan yang mencerminkan budaya akademik dan kesarjanaan.
“Di peringkat universiti lagi pelajar perlu dilatih untuk berpakaian mengikut kesesuaian aktiviti atau majlis untuk dihadiri,” katanya.

No comments
Post a Comment