14 cedera dalam letupan bom di Bukit Bintang



KUALA LUMPUR: Seramai 14 cedera, seorang dikatakan parah, dalam insiden letupan bom di sebuah bangunan di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa mengesahkan kejadian ketika dihubungi Astro AWANI.

Beberapa buah kenderaan di tempat kejadian, termasuk kenderaan mewah, turut mengalami kerosakan akibat letupan bom berkenaan.

Letupan dipercayai daripada dua bom yang lemparkan ke tempat kejadian dari aras dua bangunan berdekatan.

Salah satu daripada bom tersebut tidak meletup.

Semua mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Pihak polis masih menyiasat motif kejadian.

No comments

Powered by Blogger.