News Update :

TEGURAN TERBUKA BUAT PENERBIT, TENAGA PENGAJAR DAN PESERTA DA'I MILLENIA TV3

August 17, 2015



Hafez Sabri
‪#‎Share‬ n ‪#‎viral‬


Semalam Da'i Millinea mula berpencak di TV3. Prgram ini dikatakan membawa mesej dakwah, para peserta yang menggelarkan diri mereka dai'e diprogramkan pihak penerbit utk lalui aktiviti:

1. Wargame lelaki perempuan
2. Pumping lelaki perempuan sekali
3. Para daieyah kurang menjaga adab, menjerit hingga hilang watak daie ketika main wargame antara lelaki perempuan.
4. Kawat sebelah menyebelah tanpa jarak
5. Daieyah buat sesi luahan pasal cinta tak kesampaian
6. Da'i ikat kaki dengan da'iyah semasa explorace atas alasan denda.
7. Main pistol air antara peserta lelaki dan perempuan.

Tentunya ini semua mengundang persepsi negatif masyarakat apabila diadakan slot "ukhuwwah" yg bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa batasan yg jelas.

Perlu diingat:

1. Ikhtilat perlu dijaga.

Islam yang syumul mengangkat maruah wanita dan menjaga umatnya dengan batasan ikhtilat (pergaulan) antara lelaki dan perempuan. Walau apa niat sekalipun untuk dakwah, aturan yang ditetapkan Allah SWT tetap perlu dijaga. Niat tak menghalalkan cara. Sebagai peserta sebuah rancangan realiti yang mahu merebut gelaran "Dai'e Millenia", bukankah menjaga akhlak dan adab itu merupakan peribadi seorang dai'e? Islam ada meletakkan kelonggaran dalam muamalah antara lelaki dan perempuan dalam urusan perubatan, jual beli dan pendidikan. Namun melonggarkan syariat dalam aktiviti yang dipaparkan bukanlah termasuk dalam pilihan terutama dengan status rancangan yang mempunyai mursyid dan murobbi sebagai panduan.

2. Role-model masyarakat.

Dalam keadaan masyarakat harini yang amat memerlukan bimbingan pendakwah untuk kembali ke dalam hidup berteraskan Al-Qur'an dan sunnah, kewujudan rancangan bercorak Islamik di kaca televisyen memberikan alternatif yang sangat baik. Namun pengisian yang benar-benar mendidik perlu diteliti kerana tentunya masyarakat akan mengambil hujah yang dekat dengan mereka. "Oh mestilah boleh kalau setakat bergurau main pistol air dan lain2 antara lelaki perempuan, tgk tu dalam TV pendakwah pun boleh."

Benar, manusia tidak sempurna. Namun sebagai peserta sebuah program yg ingin melahirkan idola pendakwah terbaik harus mengingati bahawa amanah besar dipikul oleh para peserta ialah sebagai "duta Islam".

Diharapkan mereka yg berkepentingan dlm menjayakan prgram ini dpt jadikan teguran ini sbgai iktibar dan pengajaran.

Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan kuatkan diri kita untuk memikul amanah dakwah ini.

"Kita adalah pendakwah sebelum segala sesuatu"- asy-syahid Imam Hasan al-Banna

Akhukum Fillah
Hafez Sabri
(Pengerusi Lujnah Dakwah Pemuda PAS Malaysia)

Artikel berkaitan AGAMA

Share this Article on :

1 comments:

saidin mat daud said...

kerana org di belakang daie millenia tv3 ini adalah pelakon

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.