PELAJAR HIDAYAH CENTRE ANTARA 6 INDIVIDU YANG MELAFAZKAN #SYAHADAH DI HADAPAN DR ZAKIR NAIK



PELAJAR HIDAYAH CENTRE ANTARA 6 INDIVIDU YANG MELAFAZKAN #SYAHADAH DI HADAPAN DR ZAKIR NAIK
----

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berbangsa Punjabi antara yang melafazkan syahadah di hadapan ribuan yang menghadiri ceramah pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik di Stadium Hoki Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Lelaki berkenaan yang berasal dari India, Hurender Bal Singh, 23, membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan penjelasan diberikan Dr Zakir berhubung soalan yang diajukan mengapa bukan Islam perlu memeluk Islam untuk berkahwin.

Sebelum membimbing lelaki berkenaan melafazkan syahadah, Dr Zakir berulang kali bertanyakan kepadanya sekiranya ada sesiapa yang memaksanya untuk memeluk Islam.

“Tidak, tiada siapa yang paksa saya. Saya percaya kepada ALLAH dan Nabi Muhammad ialah pesuruh ALLAH dan saya dengan rela hati mahu menjadi seorang Muslim,” kata Hurender .

Sejurus selepas itu, seorang wanita beragama Kristian yang memakai jubah dan bertudung tanpa memberitahu namanya, turut menyatakan keinginannya untuk mememeluk agama Islam.

Dr Zakir bertanyakan kepada wanita berkenaan sekiranya beliau percayakan ALLAH dan Nabi Muhammad sebagai pesuruh ALLAH, dan wanita itu menjawab ‘ya’, lalu membimbingnya mengucapkan dua kalimah syahadah disusuli sorakan hadirin sebagai tanda sokongan.

Malah, ada antara hadirin yang tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata kerana terlalu gembira.

Selepas menjawab beberapa soalan daripada hadirin, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Muchelle turut mengumumkan ingin melafazkan syahadah, sekali gus dibimbing pendakwah berkenaan untuk berbuat demikian.

Selain itu, seorang pelajar Hidayah Centre dari Sarawak, Joel anak Along, mengambil keputusan untuk memeluk Islam selepas bertanyakan kepada Dr Zakir mengenai hikmah syahadah.

Beliau yang telah mempelajari agama Islam sejak beberapa tahun lepas yakin dengan keputusannya itu selepas berpuas hati dengan jawapan diberikan pendakwah berkenaan.

Lebih manis 3 lelaki saudara baru naik ke pentas memeluk dr Zakir Naik di depan khalayak ramai.

- Anna Suhana

Captain : Wanita ini antara yang melafazkan syahadah dibimbing Dr Zakir Naik, semalam. #drzakirnaikKL

No comments

Powered by Blogger.