Alibaba catat jualan RM75 bilion 24 jam, RM41 bilion sejam



GLOBAL 12 NOV: Syarikat gergasi e-dagang China, Alibaba mencatat rekod baharu apabila meraih jualan AS$18 bilion (RM75 bilion) menjelang tengah hari ini selepas memperkenalkan acara beli-belah terbesar di dunia, dikenali sebagai Single’s Day sejak tengah malam semalam.

Jualan sebanyak AS$10 bilion (RM41 bilion) berjaya diraih dalam tempoh sejam selepas acara itu bermula sekali gus mengatasi rekod pada tahun lalu iaitu AS$17.7 bilion (RM74 bilion), lapor REUTERS.

Acara itu diadakan setahun sekali dan memberi peluang kepada pembeli untuk mendapatkan tawaran murah dalam tempoh 24 jam.


Selain itu, kira-kira 1.5 bilion bungkusan dijangka akan dihantar kepada pembeli dalam tempoh enam hari akan datang.

“Ini merupakan acara besar untuk China, untuk ekonomi China. Pada Single’s Day, membeli-belah ialah sukan dan hiburan,” kata Pengasas Bersama dan Naib Pengerusi Ali Baba, Joseph Tsai.

Tambah Tsai, peningkatan pendapatan lebih 300 juta pengguna kelas pertengahan negara ini telah membantu memacu penjualan atas talian syarikat tersebut.

Dalam pada itu, Fu Wenyue, 23, berkata, dia telah membelanjakan kira-kira AS$600 (RM2,511.90) untuk pakaian, kosmetik dan perkakasan dapur pada acara berkenaan.

“Saya sudah membeli beberapa barangan tetapi belum puas berbelanja lagi,” kata Wenyue.

=EZY=

No comments

Powered by Blogger.