“Beri Kami Ruang Untuk Selesaikan”



Oleh RTKY Staff

11 Jan 2018, 05:01PM

Menjelaskan bahawa dia sendiri tidak mengetahui tentang suaminya ditahan oleh pihak polis, Diana Danielle bagaimanapun memohon agar perkara tersebut diselesaikan terlebih dahulu sebelum memberi sebarang komen.

“BERI kami ruang untuk menyelesaikan perkara ini dulu. Saya tidak akan beri sebarang komen buat masa sekarang. Terima Kasih. Saya terkejut mengenai berita ini. Saya baru dapat tahu selepas dimaklumkan rakan media”

“Jadi saya tidak tahu dan tidak boleh nak komen lanjut. Ada baiknya hubungi keluarga Farid sendiri,” jelasnya kepada Harian Metro.

Hari ini, Farid Kamil dilaporkan telah ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya dan kejadian itu telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.


“Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan whatsapp 300 artis hutang ah long”

“Dia kemudian tiba-tiba menampar anggota polis dan menendang dua orang awam di lokasi kejadian tanpa provokasi,” lapor portal berita tersebut. Apa pun, adalah lebih baik kita tunggu penjelasan daripada Farid sendiri berikutan perkara ini. (rtky/s)

No comments

Powered by Blogger.