Arah pelanggan buka tudung, pengawal keselamatan McDonald's digantung kerja



Syafik Shukri Jalil, Agensi |  Disember 03, 2017 06:55 MYT

Seorang pengawal keselamatan di McDonalds cawangan Seven Sisters Road di Holloway, utara London digantung kerja serta-merta setelah bertindak mengarahkan seorang remaja Islam menanggalkan tudungnya. -Gambar fail/Reuters

LONDON: Seorang pengawal keselamatan di McDonald’s cawangan Seven Sisters Road di Holloway, utara London digantung kerja serta-merta setelah bertindak mengarahkan seorang remaja Islam menanggalkan tudungnya.

Menerusi laporan Metro.uk, wakil jurucakap McDonald’s mengesahkan syarikatnya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan melarang pelanggan yang mengenakan tudung atau hijab daripada memasuki premis mereka.

Malah mereka sangat mengalu-alukan kehadiran pelanggan daripada pelbagai agama dan meminta maaf atas kejadian yang menimpa remaja itu.

Menerusi video yang dirakam remaja berusia 19 tahun itu, dia terkejut kerana ini merupakan pengalaman pertamanya diarah berbuat demikian sepanjang menetap di United Kingdom.

No comments

Powered by Blogger.