Cerita Cikgu Azizan Di Mahkamah Pagi Tadi
Alhamdulillah, mekna selamat sampai. Di sini mekna kongsikan catatan peribadi, dan tidak menyentuh atau berkait dengan mana-mana pihak. Sekiranya ada, ianya hanyalah kebetulan sahaja. Catatan ini adalah untuk kenangan dan tatapan rakan-rakan KGM, kerana ini adalah momen yang bersejarah dan harus diingati sampai bila-bila.
Di awal pagi, mekna telah dibantu oleh PDRM, yang telah membawa mekna sehingga ke tempat parkir kereta. Terima kasih #PDRM.
Sesampainya di perkarangan mahkamah, lautan biru sedang menunggu. Tercetus juga provokasi dari 'rumah sebelah'. Namun tiada serangan lawan dari pihak guru. Alhamdulillah, semuanya tenang tenang sahaja.
Alhamdulillah, berkesempatan juga berjumpa cikgu Azizan, sebelum perbicaraan, menyampaikan salam warga #KGM dan menyatakan sokongan kita. Beliau kelihatan tenang dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh warga pendidik.
Sepanduk tanda sokongan ditunjukkan di seberang jalan di hadapan mahkamah, sebagai tanda sokongan warga pendidik yang tidak berbelah bagi.
Selepas keputusan mahkamah menyatakan dilepas tanpa dibebaskan, wakil NUTP semua berkumpul dan minum pagi. Sekali lagi lautan biru memenuhi restoran itu, termasuklah mamak waiter. Hahahahahaha...
Tahniah semua guru yang memberi sokongan. Sebak ketika mendengar lagu Kami Guru Malaysia dinyanyikan di perkarangan mahkamah.
Amanah yang diberi,
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Sekali kita cikgu, selamanya kita cikgu!
Tahniah cikgu Azizan. Tahniah rakan rakan guru. Hari ini, kita telah membuktikan, kita adalah SATU!
https://m.facebook.com/groups/130952836978978?view=permalink&id=18069659329377652
No comments
Post a Comment