Putera Mohammed beli lukisan RM1.84 bilion



SEORANG pengunjung merakam gambar lukisan Salvator Mundi yang dipamerkan sebelum dilelong di New York baru-baru ini. FOTO EPA-EFE


New York: Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman disahkan sebagai pembeli misteri lukisan Leonardo da Vinci yang dijual pada harga AS$450 juta (RM1.84 bilion) dalam satu acara lelongan bulan lalu.

Maklumat itu didedahkan dalam laporan yang dikeluarkan oleh The Wall Street Journal, kelmarin.

Akhbar itu yang memetik perisikan Amerika Syarikat (AS) dan sumber enggan dikenali melaporkan, putera muda itu menggunakan khidmat perantara untuk mendapatkan lukisan Salvator Mundi itu.

Ia dipercayai dihasilkan sekitar 1500 dan adalah karya terakhir Da Vinci yang dimiliki pengumpul lukisan.

Pada mulanya lukisan itu dianggap satu salinan, namun ia disahkan asli beberapa tahun lalu.

Menurut Rumah Lelongan Christie, lukisan berkenaan kini menjadi milik seorang putera yang sebelum ini hanya dikenali sebagai Putera Bader bin Abdullah bin Mohammed bin Farhan al-Saud.

“Dia adalah proksi bagi Mohammed,” kata seorang sumber dunia seni rantau Teluk kepada The Wall Street Journal.

Pada Rabu lalu, muzium Louvre Abu Dhabi mengumumkan lukisan Da Vinci itu akan dipamerkan di sana.

No comments

Powered by Blogger.