Kematian Jong-hyun: Umat Islam haram ikut aksi berkabung dengan lilin - Mufti Perak
Wan Syamsul Amly, Astro Awani |  Disember 23, 2017 08:56 MYT
HARUSSANI: Ia budaya kafir dan tidak harus menjadi ikutan terutama kepada golongan muda beragama Islam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menghadiri acara penghormatan terakhir kepada artis atau selebriti dengan aktiviti membawa belon dan lilin jelas merupakan perbuatan haram kepada orang Islam.
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, ia juga budaya kafir dan tidak harus menjadi ikutan terutama kepada golongan muda beragama Islam.
"Tidak boleh. Haram kalau buat kerja macam itu. Kalau artis atau individu itu orang Islam, kita hadiahkan al-Fatihah. Kalau bukan Islam, takkan hendak doakan syurga pula?
"Sudahlah dia bunuh diri, kenapa hendak ikut budaya kafir? Buat apa?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
No comments
Post a Comment