Hentikan fitnah kepada Milo, Sunquick dan Nescafé
Hentikan fitnah kepada Milo, Sunquick dan Nescafé.
Sambil menghirup Nescafé O pagi ini (tanpa gula & susu), saya masih lagi menerima pertanyaan mengenai isu yang tular tak habis-habis.
Izinkan saya katakan sekali lagi, ketiga-tiga bahan tersebut TIDAK mengakibatkan gout dan masalah buah pinggang.
Ini beberapa fakta:
1. Untuk gout, anda boleh baca info simple ini dari NHS UK (https://www.nhs.uk/conditions/Gout/). Baca disitu: terang-terang disebut risikonya termasuk orang tua, lelaki, perempuan selepas menopaus, yang gemuk dan beberapa lagi.
2. Penyakit knronik buah pinggang mana boleh kita tahu dengan pegang-pegang. Ianya pembunuh senyap; tiada simptom sampai peringkat akhir. Jadi, yang berisiko mohon buat saringan. Baru tahu.
Nak ambil Milo, Sunquick dan Nescafé secara sederhana tiada masalah. Cara pengambilan yang sihat:
1. Milo. Buat kosong. Buat di rumah; bukan di kedai yang biasa campur macam-macam. Dalam milo sendiri dah ada gula, cocoa, calcium dan beberapa vitamin & mineral. Ok sahaja nak ambik. Satu gelas yang kosong anggaran 100-120 kcal. Kalau tiap-tiap jam minum, memang lah bermasalah. Jadi berpada-pada lah.
2. Sunquick ke, mana-mana brand jus lain ada banyak gula ya. Boleh saja ambil tapi macam biasa, kurangkan frekuensi. Sekali sekala ok. Jangan amalkan minuman manis macam ini. Akan tetapi, TIDAK menyebabkan apa-apa penyakit secara langsung.
3. Nescafé memang kegemaran saya. Saya punya O, kosong, buat sendiri di rumah. Anggaran kalori 6-10 kcal. Tapi kalau anda letak susu pekat manis, gula dan macam-macam, meninggikan kalori itu. Ha, tak lama lagi anda akan dapat Kencing Manis dan jadi Obes/Gemuk! Itu baru berisiko penyakit buah pinggang.
Cukup-cukuplah copy paste send info-info yang ternyata mengarut. Kita nak masuk tahun 2018 ni. Jadikan ini azam tahun baru anda!
Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi.
No comments
Post a Comment