DR ROZAIMI, BERSABARLAH



DR ROZAIMI, BERSABARLAH

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Dr Muhamad Rozaimi mengeluh kerana terpaksa menepis serangan penyokong PAS. Sabarlah. Anda kritik presiden dan parti depa, memang lah akan ada reaksi balas.

2) Sama je kalau anda kritik presiden parti lain. Cer cari satu dua kesilapan Abg Mat Sabu. Banyak je kesilapan yang boleh dikritik. InshaAllah walaun PAS tak kacau anda lagi. Anda kena tepis serangan trupers AMANAH pulak.

3) Nak test lagi? Cari salah Dr Wan Azizah atau salah DS Anwar. Tak ada manusia yang perfect. Mesti ada buat silap. Mesti Dr Wan Azizah atau DS Anwar ada buat silap. Bedil lah satu dua. InshaAllah, trupers PKR pulak akan serang anda.

4) Lagi mau cuba? Cuba bedil DS Najib. Yang ni lagi banyak salah silap. Takkan tak tau kut. InshaAllah macai-macai Umno akan serang anda. Mungkin anda jadi bahan kenduri dalam page-page Umno. Mungkin sampai dalam PAU kena bahan.

5) Nak lagi lagi power? Cuba kritik Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng. InshaAllah, anda kena rekrut team untuk tolong tepis. Bukan penyokong DAP saja akan bidas anda... ramai lagi yang lain-lain akan belasah anda.

6) Tak caya? Cer buat sekali dua, kita tengok. Takde isu? Ada. Mesti ada kalau tuan Dr pandai cari sebagaimana anda jumpa salah-silap yang Presiden PAS buat. Manusia, mana ada perfect der.

7) Anda marah dan menuduh penyokong PAS taksub TG Haji Hadi. Rileks. Sama je semua parti yang duk ada. Ketua kena bedil - walaun, malaun, babun, jebon semua keluar dari gua pertahan ketua mereka. Itu tipikal cara umat Malaya berpolitik lah. Tak kira Cina, Melayu, India etc. Anda rasa budak-budak parti selain PAS tidak taksub sebab anda belum pernah cuba.

8 ) Jadi, Dr Rozaimi, usah mengeluh jika diserang walaun, taksubers, macai, nangoi dan sebagainya. Hati biar teguh. Prinsip biar utuh. Contohi Ustaz Wanji. Emosi dia dah kebal daripada serangan walaun dan penyokong PAS. Bwahahaha...

Sekian

(status oleh Dr Tanaka Mustafa)

No comments

Powered by Blogger.