HOMEMADE: BUAT TELUR MASIN GUNA TELUR AYAM
Projek telur masin homemade guna telur ayam.
Yeah... Setelah hampir 10 hari diasinkan, sudah boleh rebus. Rasanya tidak masin sangat, sangat kena dengan selera. Paling penting lebih jimat dari beli telur masin di pasaran.
Buatnya sgt mudah :
1. Didihkan air. Masukkan garam kasar sehingga larut dalam air (1 cawan garam utk 3 cawan air). Kemudian, sejukkan.
2. Basuh bersih telur ayam.
3. Masukkan telur dalam balang, kemudian air garam yg dah sejuk. Pastikan semua telur betul2 tenggelam. Tunggu sehingga 10-14 hari baru rebus. Nak lagi masin, rendam lagi lama. Saya rendam 10 hari je, dah rasa lemak2 masin tu.
Selamat mencuba! Silakan share kalau bermanfaat. Tak perlu minta izin. 😊😊
Kredit ini kpd suheni nurdin #mahn
No comments
Post a Comment