AMK SELANGOR HENTIKAN LELUCON JELEK ;PKR PENGKHIANAT RAKYAT SELANGOR



AMK SELANGOR HENTIKAN LELUCON JELEK ;PKR PENGKHIANAT RAKYAT SELANGOR

1. PAS Selangor baru sahaja selesai mengadakan Himpunan Fastaqim 2.4 di Shah Alam selepas ada "suara ghaib" yang mengeluarkan arahan tidak membenarkan PAS menggunakan Stadium Tertutup Kuala Selangor sebagai langkah menjaga "keharmonian permuafakatan parti2" dalam kerajaan Selangor kononnya.

2. Himpunan itu juga adalah sebagai satu Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Selangor untuk menghadapi PRU 14 akan datang. Ini bererti jentera PAS sudah bersedia 100% untuk bertugas dan memenangkan parti dan mana2 rakan yang bersama dengan perjuangan PAS. Barangkali bekas teman2 dalam kapal PH pun pernah merasai semangat dan kerja buat jentera PAS. Dan bukan hanya pandai "berkokok" gegar tapi akhirnya mengekor di belakang bapa ayam yang garang.

3. Membaca kenyataan Setiausaha AMK Selangor yang dikeluarkan Malaysiakini mengatakan “PAS Khianati Kerajaan Selangor” adalah lelucon dan satira politik jelek PKR. Usahlah menafikan pengkhianatan yang dilakukan PKR di dalam Negeri Selangor. Cukuplah Langkah Kajang iaitu mandat rakyat yang dikhianati sebagai satu contoh menunjukan siapa pengkhianat Rakyat Selangor sebenarnya.

4. Hentikanlah memperendahkan Rakyat Selangor dengan lelucon jelek kalian. Rakyat Selangor bukan bidak-bidak yang boleh digerakkan mengikut selera kelaparan berkuasa yang menafikan kepentingan Rakyat.

5. AMK Selangor mungkin separa sedar saat membuat kenyataan tersebut akibat "mabuk dengan konflik kem2 dalam parti mereka". Kanak-kanak kecil mungkin lebih memahami bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah mandat PRU 13 yang lalu. Saling kuat menguat melainkan ada adegan "tikam beradab" dalam beberapa sandiwara "PENAFIAN 2018" yang boleh AMK dapatkan jawapan dari pimpinan tertinggi mereka sendiri. Cerita PRU 14, kita buka "langkah tari seni silat" masing2 di medan sebenar nanti.

6. Cadangan saya eloklah AMK Selangor selesai isu-isu semasa pentadbiran untuk pengal yang terakhir memerintah ini dengan membantu YAB Menteri Besar. Barangkali juga boleh mengadakan "Himpunan dan Pelancaran Jentera PKR Selangor" yang ditunjangi oleh AMK bagi memastikan jentera benar2 wujud dalam mempertahankan "kewibawaan Menteri Besar". Dikhuatiri takut terkial2 mencari petugas saat PRU menjelma apabila "BOS" mula bersuara. Begitu juga AMK boleh bantu selesaikan krisis PM dalam HARAPAN sebelum menunding jari pada PAS. Anak-anak muda yang menyokong HARAPAN telah mula protes dan didapati sudah mula membawa kempen #boikotPRU akibat calon PM kitar semula HARAPAN.

7. Selangor Negeri makmur yang memiliki rakyat yang bijaksana, memerlukan pemimpin yang telus dan berkaliber. Insyallah PRU 14 menjadi medan PAS berbakti pada Rakyat Selangor sebagai "track record" yang telah sedia ada bagi memartabatkan Islam dan Rakyat. Reputasi Cemerlang Adun-Adun serta Exco-exco PAS Negeri Selangor tanpa pengkhianatan menunjukan bahawa PAS bersedia membawa era baru pemerintahan yang lebih telus dan berintergriti demi Rakyat Selangor yang bersih dari satira jelek yang mempermainkan perasaan dan kepercayaan Rakyat.

8. Cukuplah mencipta “Luka Kecil” buat rakyat, dirisaukan ianya menjadi barah yang sukar dirawat. Orang melayu Islam kaya dengan adat, budaya dan budi pekerti. Jangan dijadikan khianat sebagai adat pemimpin politik biarlah bak kata pepatah “Adat bersendi Syarak, Syarak bersendi Kitabullah”.

Mohamed Sukri Omar
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

6 Jamadil Awwal 1439 | 22 Januari 2018

No comments

Powered by Blogger.